Header Ads

Tip Kecantikan l Cara Berfacial Di Rumah Menggunakan Vibration Lontophoresis Instrument

Tip Kecantikan, Cara berfacial di rumah menggunakan vibration lontophoresis instrument, Ia juga di kenali sebagai setrika wajah. Tentu anda tak pernah dengar atau jarang dengar. Nampak biasa je tapi bila try luar biasa, ye la zira tak pernah jumpa seterika muka ni tiba-tiba Stokis bagi reward benda ini tanpa memberitahu apa kegunaannya.

Zira duk belek-belek apa la kegunaannya, bila tengok gambar tau sikit-sikit sebab ia menunjukkan kegunaannya dekat muka. Nak baca apa yang di beritahu dekat kotak memang tak faham sebab bahasa cina. Jadi trylah seterika muka, terdapat (+) positif dan (-) negatif bila apply, rasa macam buat facial dekat SPA memang Wow sangat kulit jadi lembut.


Bila sudah ada setrika muka atau vibration lontophoresis instrument anda tidak perlu lagi bersusah payah nak pergi salon atau Spa untuk mendapatkan rawatan. Nak cantik kita kena facial baru nampak awet muda. Jika anda tidak ada vibration lontophoresis instrument anda boleh pergi Spa sekurang-kurangnya sebulan sekali.

KELEBIHAN VIBRATION LONTOPHORESIS INSTRUMENT
  • Mengurangkan kedut di muka
  • Membuatkan wajah anda lebih bersih
  • Getaran Micro & Induksi (pembersihan): menciptakan arus letrik berfungsi menghilangkan kotoran yang tidak dapat dikeluarkan dengan cara biasa, seperti debu. Digunakan bersama-sama dengan toner
  • Getaran mikro & Induksi: menghasilkan arus elektrik untuk penyerapan maksimum ke lapisan kulit. Digunakan bersama-sama dengan serum / krim muka anda dengan menggabungkan getaran fizikal urut.

Anda boleh guna alat ini supaya wajah sentiasa muda dan lebih cantik serta jauh dari kekotoran debu. Yang bestnya ia bukan saja untuk perempuan malah lelaki pun boleh pakai. Tak kanlah orang perempuan je nak cantik lelaki pun nak muka kelihatan kemas dan cantik. Zira tak pasti dekat Lazada atau shopee ada ke tak, sebab ini stokis yang bagi sebagai penghargaan. Tapi biasa online ada anda boleh cari di mana-mana shopping online.

Yang umur bawah 20 tahun, boleh guna tapi tak boleh terlalu kerap sebab kulit anda masih sihat. Bagi yang umur 20an ke atas anda boleh guna 3 kali seminggu yang bestnya ia juga boleh memberi wajah anda lebih tirus atau bentuk V dapat juga hilangkan pipi yang tembam. 

Dapat hilangkan mata panda, tapi dengan setrika wajah ini anda boleh mengurangkan mata sembam. Anda ada tak baca Tip kecantikan kulit yang zira share sebelum ini? antara nak kelihatan muka nampak muda tak boleh ada double chain di bahagian dagu. Okey dengan setrika wajah ini juga dapat menghilangkan double chin. Bagi yang agak berumur anda boleh pakai lama sedikit supaya ia berkesan tapi bagi mereka yang takde double chain atau masih muda tidak di galakkan pakai tapi kalau nak cuba jangan terlalu lama.

8 comments:

  1. Amboiii nama dia kemain, tak tersebut kita. Haha. Dia guna battery eh zira?

    ReplyDelete
  2. teringin nak ada satu..nti boleh beli

    ReplyDelete
  3. sakit tak guna ni zira? ada tengok kat youtube.. tapi macam nak tahu gak pengalaman zira guna ni

    ReplyDelete
  4. Kita teringin nak try benda alah ni.. Tapi tak reti... Tgk fungsi2 dia pon not bad best... Sllu kt facial mesti ada kan...

    ReplyDelete
  5. Wahh dah ada macam-macam sekarang ni kan, alat kecantikan. Macam best je ni, anti kedutan :)

    ReplyDelete
  6. First time shad dengar pasal seterika muka ni. Menarik jugak ya.

    ReplyDelete
  7. First time dengar pasal alat seterika wajah ni.masa guna tuh x melecur ke muka tuh ye...ke mcm mana..hahaha

    ReplyDelete
  8. wah tq zira atas perkongsian

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.