Header Ads

kena belajar senyum

Nuffnang AdsAssalamualaikum

ni lagi sorang tak tau la sapa yang ajar dia senyum cam tu, senyum kerutkan dahi.... pelik tapi benar, time nak amik gambar, kalau budak mesti la nak suruh senyum baru comelkan, yang ni lain critanya, kene cakap tunjuk gigi baru dia tunjuk, tapi still tak macam senyum. ish3 kene blajar senyum haziq ni.

tak tau la ni senyum fesyen apa? hanya baby tertentu saja yang bole buat :p
pelik gak, dia senyum cam tu bila tengok time dia baby sama la dia senyum tak berubah pun (senyum :) dahi kerut mulut muncung)

zira tengok haziq senyum zira plak yang terikut-ikut dia senyum cam tu ( sampai kerut-kerut dahi ) pengaruh baby.

sapa pernah tengok orang sentiasa muka masam, cuba la ajar dorang senyum tapi anda harus senyum dahulu :D mereka pasti akan turut tersenyum dengan senyuman ia seperti senaman muka.


 kerutkan dahi pas tu muncungnya mulut :*
 

bila dah besar, sama je cara dia senyum kerut dahi dan muncungkan mulut

Oleh: Syeikh Hijazi Ibrahim Tsarya

Dari Qis, dari Jabir r.a berkata:

“Nabi saw tidak jauh dari ku sejak aku memeluk Islam. Nabi saw tidak pernah melihat ku melainkan pada wajahnya sentiasa mengukirkan senyuman”. (Fath al-Bari )

Dari Abdullah bin al-Harith bin Juza’ berkata:

“Aku tidak pernah melihat seseorang yang banyak senyum melainkan nabi”. (Nawawi dari Muslim)
Di dalam riwayat lain:

“Baginda tidak pernah melihat ku melainkan aku menerima seyuman manis daripada Rasulullah saw”. (Tuhfatul Ahwazi – Tirmizi)


Senyum membuat kita lebih menarik. Kita akan selalu tertarik pada orang yang selalu tersenyum. Orang yang selalu tersenyum mempunyai daya tarik tersendiri. Wajah yang berkerut, cemberut, membuat orang menjauh  dari kita , tetapi sebaliknya senyum membuat mereka tertarik.

Senyum dapat merangsang orang lain tersenyum. Ketika seseorang tersenyum maka senyum tersebut akan membuat suasana menjadi lebih ceria, mengubah mood orang lain yang ada disekitarnya dan membuat semua orang menjadi senang. Orang yang suka tersenyum membawa kebahagiaan buat orang yang ada di sekitarnya turut tersenyum maka anda akan disukai semua orang.

Selain itu, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.


Haziq ni kene belajar senyummm
kalau ada yang salah sila la tegur zira,ceriakan hari anda dengan senyuman :)


terima kasih sudi baca :)

No comments

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.