Header Ads

rezeki di bulan syawal

Assalamualaikum 

Dekat sini siapa masih mood raya walaupun sudah masuk kerja/ belajar? Ehem, aku pun masih dalam mood raya sebab tak sempat beraya dengan kengkawan. walaupun cuti seminggu mengalahkan orang bekerja tapi tak boleh beraya ramai yang cuti  tiga ke empat hari, kalau ramai yang dah mula bekerja tak kan nak pergi raya. Im lonely, anyone want to raya with me? 

Kebiasaannya, selepas seminggu syawal pasti akan ada rumah terbuka.... alhamdulillah kali ini aku banyak invitation jumlah semua minggu ni 7 buah rumah. Minggu ini sahaja tau minggu depan tak tau ada ke tak. Jadi kena ambil kesempatan makan sampai kenyang, huhu.... sesiapa yang tinggal dekat bangi harap jemput aku la ye. Terharu sangat bila ramai yang invite aku ke open house, terasa diri ni sangat penting dan di hargai. *muahh cikit* 

Sebelum menjadi seorang yang busy, aku kena siapkan kerja bagi mengelakkan kehidupan menjadi huru hara. Kalau ramai yang jemput ke open house tiap hari amatkan happy dompet aku kerana tidak perlu mengeluarkan wang sesen pun tetapi yang pastinya paling happy adalah perutku kerana tiada lagu yang akan berbunyi daripada perutku seperti lagu raya. " orang kata perut kenyang hati senang ".



Kalau sempat nanti aku ceritakan kat korang entry open house tapi kalau aku rajin dan datang mood nak buat entry satu persatu tapi jika kelamasan menjelang aku cerita satu entry terus, hamik kau terkebil-kebil nanti korang nak baca, mesti korang tak kisah sebab dah lama sangat tak buat entry tu yang idea kelaut di hanyut oleh ombak. 

kalaulah dekat bilik ada internet sudah pasti kerajinan buat entry tu datang sebab masa kat bilik banyak idea sampai tercurah dan tertumpah kalau dah ada idea tu kena terus buat kalau tak ia akan hilang sekelip mata. 

3 comments:

  1. akak maaih mood raya..sok je 5 tempat rumah terbuka...:-))

    ReplyDelete
  2. Banyaknya jemputan... untung sangat perut.. rezeki hari raya sakan ni.. hehe..")

    wawa suka pergi open house..")

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.