Header Ads

Telekung Reehans Pilihan Muslimah


Setiap wanita pasni inginkan keselesaan dalam melakukan apa-apa pekerjaan. Apabila kita selesa melakukan pekerjaan ia tidak akan mengganggu ibadah kita dan ia akan membuatkan ibadah lebih baik dan sempurna.



 "Ibadah Selesa, In Sha Allah Hidup Ceria" seperti Telekung Reehans menjadi Pilihan Muslimah kerana design dan reka bentuk berlainan dengan biasanya kita lihat. Jahitan yang sangat kemas dan kelihatan eksklusif, bergaya serta moden ia sesuai untuk dijadikan hadiah kepada orang tersayang atau untuk kegunaan kita sendiri. Apabila seseorang itu ingin mendirikan solat pasti mereka ingin melakukannya dengan sempurna, kesucian fabrik Telekung Reehans memberi keyakinan seseorang menghadap ilahi. 

Zaman semakin moden membuatkan kekretifan Telekung Reehans wujud yang penting rekaannya tetap menutup aurat mengikut garis panduan syarat sah solat. Pelbagai warna yang direka pasti akan menarik minat wanita muslimah untuk memilikinya. Material yang di gunakan seperti English cotton dan Italian Valentro adalah berkualiti tinggi oleh itu ia memberi fokus dan khusyuk dalam solat. 



Pelbagai koleksi Telekung Reehans:-





  • Reehans Rania
  • Reehans Nur
  • Reehans Balqis


  • Telekung Reehans Rania

    Telekung ini sesuai untuk wanita yang minat warna lembut ia mempunyai dua pilihan warna iaitu pink dan putih. Jenis fabrik yang digunakan ialah Italian Valentro sangat lembut dan selesa apabila dipakai. 

    Dua pilihan warna telekung Reehans Rania 

    Telekung Reehans Nur

    Telekung ini juga dari fabrik Italian Valentro, bercorak kosong dan ia kelihatan tidak serabut rekaan telekung ini seperti jubah corak yang terdapat pada telekung Reehans Nur ini hanya di bahagian bawah sahaja dan mempunyai 7 jenis warna, jadi kepada penggemar warna selain putih boleh pilih Telekung Reehans Nur untuk digunakan ketika solat. 


    Walaupun bermacam jenis warna tetapi ia sesuai di gunakan semasa solat kerana warnanya tidak terlalu terang sehingga menjadi perhatian orang ramai untuk melihatnya. Warna yang lembut memberi ketenangan kepada seseorang ketika beribadah. Perkara yang penting bagi wanita apabila memilih telekung ialah tidak panas apabila memakainya ketika solat.

    Telekung Reehans Balqis

    Jarang kita lihat telekung yang bercorak bunga kecil untuk pakai ketika solat. Sesiapa yang inginkan kelainan agar kehidupannya nampak lebih ceria boleh dapatkan Telekung Reehans Balqis, ia terdapat 24 jenis pilihan mengikut cita rasa pengguna. 

    Material yang digunakan untuk Telekung Reehans Balqis ialah English Cotton, Telekung Reehans ia special sedikit kerana terdapat dua saiz yang di reka iaitu M dan L. 


    Kepada mereka yang mahukan telekung yang bercorak boleh pilih Telekung Reehans Balqis untuk mengetahui saiz yang sesuai anda boleh dapatkan saiz yang ada supaya lebih selesa ketika dipakai.
    • Saiz M : Sesuai bagi mereka yang ukuran tinggi diantara 140cm - 160cm.
    • Saiz L  : Sesuai bagi mereka yang ukuran tinggi diantara 150cm - 175cm.
    Hukum wanita solat tanpa memakai telekung

    Sesiapa yang tidak mengetahui hukum wanita solat tanpa memakai telekung? hukumnya adalah sah dengan syarat hendaklah menutup aurat dan ia suci dan bersih daripada najis. Jadi tidak kisah apa yang anda pakai ia sah walaupun berwarna-warni. Pakaian yang ketat dan nipis tidaklah di anggap menutup aurat dengan sempurna. Apabila aurat terjaga in sha Allah solat terpelihara dengan tagline Ibadah Selesa, In Sha Allah Hidup Ceria, ia memberi inspirasi kepada kita untuk menjaga aurat ketika solat kerana solat adalah tiang agama. 

    Info Lanjut dan Tempahan
    WhatsApp/Tel: +6011-14481591

    Email: reehanstelekung@gmail.com
    Facebook: Reehans Telekung
    Website: www.reehans.com

    Kepada mereka yang minat menyertai kontest boleh klik di SINI  , tarikh tutup penghantaran ialah 15 September 2015


    Akhir kata, Telekung Reehans mempunyai pelbagai pilihan ia juga terdapat banyak jenis yang kita boleh pilih. Pakaian yang menutup aurat memberi kesempurnaan dalam solat. Telekung ini keluaran bumiputera yang beragama Islam jadi anda tidak perlu rasa ragu-ragu untuk memilikinya. Solat adalah perkara Wajib bagi umat islam dan kita wajib menunaikan walau dalam apa cara sekalipun yang penting aurat terjaga. 

    16 comments:

    1. good luck...untungnya dapat join..

      ReplyDelete
    2. Salam Iuzira.... singgah sambil menjengok entri berkaitan "Telekung Reehans Pilihan Ramai" Semoga ada rezeki buat Iuzira kali ini.

      ReplyDelete
      Replies
      1. amin, terima kasih Kamil salleh sudi singgah

        Delete
    3. Salam Iuzira.... singgah sambil menjengok entri berkaitan "Telekung Reehans Pilihan Ramai" Semoga ada rezeki buat Iuzira kali ini.

      ReplyDelete
    4. mm.. xde kain ye.. kira labuh la yek..

      ReplyDelete
    5. semoga berjaya dalam kontest ni.. :D

      ReplyDelete
    6. semoga berjaya dalam kontest ini nanti.

      ReplyDelete
    7. Senang betul nak pakai telekung ni sebab sekali sarung je, tak payah pakai kain. Huhuhu. Memang kena lah dengan ayat Telekung Reehans Pilihan Muslimah tu.

      ReplyDelete
    8. As-Salam.
      Terima kasih iuzura kerana sudi jayakan kontest ini. Saya dengan ini sahkan penyertaan dan doakan agar berjaya di dalam kontest ini.

      ReplyDelete
    9. wah, banyaknya... murah2 pulak tu

      ReplyDelete
    10. Nampak labuh dan materialnya pun pasti selesa bila dipakai

      ReplyDelete
    11. Moga berjaya buat Iuzira dslam kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah...

      ReplyDelete
    12. salam, BW here :)
      inovasi telekung yg sgt memudahkan kaum hawa utk beribadah
      semoga berjaya!

      ReplyDelete
    13. cantik.. dan nampak selesa dipakai...

      ReplyDelete
    14. Moga jenama reehans telekung ini dapat menjadi salah satu pilihan oleh muslimah masa kini

      ReplyDelete

    Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.