Header Ads

6 Sebab Mengapa Anda perlu Tonton Operasi X The Movie

6 Sebab Mengapa Anda perlu Tonton Operasi X The Movie, Ramai yang tak sabar nak tengok filem Operasi X, sebab ada Dato Awie ke anda minat hero lain? Operasi X ni menceritakan tentang perjuangan anggota polis dalam membanteras geng belut yang menyeludup dadah antarabangsa. Filem ini telah di tayangkan pada 1 November 2018.



Sabtu lepas, waktu pagi Zira ada larian amal anjuran sekolah tapi untuk orang luar pun boleh kategori terbuka. Lepas habis larian tu memang kaki sakit-sakit senam tak betul. Tengah hari tu, tanya sepupu nak tengok tak cerita Operasi X sebab bila baca trailer macam best filem aksi ni.

Zira memang suka tengok filem aksi, rasa mencabar dia lain macam. Filem tempatan mendapat sambutan baik oleh rakyat Malaysia dan ianya adalah perkembangan positif untuk industri filem di Malaysia. Bila dapat peluang tengok di pawagam dah ada aksi tembak-menembak untuk permulaan cerita.



Masa nak pilih tempat duduk tu banyak dah penuh mujur, ada dua tempat kosong. Tak sabar masa tu nak update movie Operasi X ni berkenaan filem terbaru arahan Sandosh Kesavan. Ada juga part yang kelakar, tapi masya'allah memang ada juga hilang feel sikit nak tengok sebab bila part yang lawak ada beberapa penonton gelak tak ingat dunia oii, baru nak focus tengok hilang feel tau gelak besar macam tengok maharaja lawak, tu yang tak faham.

Okey, nak kongsikan kenapa anda perlu tonton filem Operasi X :

1. Plot filem ini menunjukkan sedikit sebanyak kisah bercorak kepolisan yang jangan mudah putus asa jika ada kes, kena terus berjuang pertahankan negara.

2. Asp Redzuan sangat di perlukan dalam anggota polis kerana dia ada kemahiran tersendiri untuk membanteras jenayah. Di sebabkan kematian sahabat baik inspektor Aman, Asp Redzuan meninggalkan dunia siasatan jenayah kerana sahabat baik ya mati di hadapan matanya sendiri dan Asp Redzuan tidak mampu buat apa-apa.

3. Datuk Mokhtar (Datuk Yusof Haslam) telah mencari Asp Redzuan di merata tempat bersama DSP Anwar (Rahhim Omar) yang telah membawa diri untuk memberitahu siapa dalang sebenar yang telah membunuh sahabat baiknya itu.



4. Barisan pelakon yang handal. Semua pelakon menjalankan tugas dengan baik. Apabila Asp Redzuan mula sambung kes jenayah seludup dadah, beliau telah memanggil beberapa pakar untuk membantu selesai kan kes jenayah tersebut, iaitu pakar hack, smatch, driving dan penyamar. Bila semua pakar berkumpul bagi zira ini dah start best.

5. Dalam kes macam ni, pakar hack memang sangat di perlukan untuk jejak pe jenayah dan mencari bukti tumpaskan penjenayah. Selain itu, pasti ramai yang suka drive laju atas jalan raya sebab tu ramai kena saman. Kelajuan juga perlu juga untuk banteras jenayah sebab dari situ kita akan tau lokasi mereka. Tapi anda jangan lupa bawa laju dan bahayakan pemandu lain.

6. Geng penyeludup dadah sangat serius dan ganas tapi dalam masa sama mereka ada sifat penyayang. Belut berhasrat menyerahkan empayernya smuggle kepada Mat Bong (Amerul Affendi) tapi hasratnya tak kesampaian kerana Mat Bong telah mati di tembak.



Terdapat pelbagai watak dan cerita yang telah di bawakan dalam filem Operasi X ni, kalau serious tak best jugakan. Kalau nak tau part mana yang kelakar anda perlu tengok sendiri tak bestlah nanti kalau dah tau semua tak mendebarkan atau tertanya-tanya sebab dah tau.




Setiap pakar ada keperluan tersendiri untuk banteras penjenayah. Boleh di katakan mereka ni tulang belakang Operasi X. Bila Belut menyalahkan Asp Redzuan atas kematian adikkan, Asp Redzuan telah menunjukkan bukti siapa yang sebenar membunuh adik kesayangan belut. Dalang sebenar ialah eh.. nak terbongkar rahsia pula, kena tengok sendiri baru syok.


Pendapat Zira
Ramai yang akan benci bila dapat kawan talam dua muka. Kawan yang macam ini yang kita perlu berhati-hati dan jangan terlalu percaya walaupun dah berkawan lama. Kesimpulannya, banyak masej yang kita dapat belajar dari filem ni seperti kasih sayang, persahabatan, dan perjuangan. Jangan lupa follow laman sosial operasi X dan hastag #OperasiX #OperasiXThemovie #Dreampictureproduction

Facebook l twitter l Instagram 

3 comments:

  1. banyak pulak eh filem macam ni sekarang, nanti ada masa nak gi tengok la

    ReplyDelete
  2. laa.. gelak beso sangat keee.. hahaha. ni mesti lawak sangat ni kalau dah gelak beso sampai mengganggu orang lain nak fokus

    ReplyDelete
  3. Hahaha mmg kelakar, sesekali tengok cerita macam ni, layannn

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.