Header Ads

Belum Rainforest Resort

Assalamualaikum

Bab-bab kehijauan sumber alam semula jadi ni memang teruja sangat-sangat la, sampai satu tahap kawan kat belakang zira wat tak tau je jalan menonong tengok pokok-pokok kat keliling "begitu selfishnya bila masuk hutan" teruja dengan ciptaan Allah. Jadi bila anda masuk hutan dengan saya jangan jalan bersama saya jika tidak saya akan tinggalkan anda tak pun anda yang akan tinggalkan saya, *wah,ayat cam dah hebat sangat je pasal hutan* jangan main-main bila masuk hutan tau sebab nak masuk hutan ada pantang larangnya.

Sebelum pergi ke Rainforest Resort rombongan SMCC1M singgah di Kellie's Castle di sambut oleh pengurus besar Kellie's Castle, Encik Zamari bin Muhyi. Setiap destinasi pelancongan mempunyai keindahan tersendiri terhadap rekabentuk mahupun alam semula jadi yang menjadikan pelancong teruja dan kagum. Ini menjadikan kepuasan kepada pelancong asing yang telah melawat Malaysia. Justeru itu, tidak hairanlah semakin ramai pelancong yang datang semata-mata ingin melihat sendiri kahijauan pokok dan senibina istana yang menjadi simbol satu kisah cinta yang romantis.

Bersatu dengan alam rimba, untuk merasai hidup di dalam hutan ualls bole berkhemah dalam hutan ataupun melakukan aktiviti memancing yang kaki pancing tu pasti ualls tak kan lepaskan peluang ni, betol tak? Cara untuk selamatkan hutan rimba di samping mengelakkan haiwan pupus, ini adalah cara terbaik untuk hutan ia juga bole meningkatkan pendapatan ekonomi negara ia semakin popular dikalangan pengembara yang gemar meneroka hutan.

Tan Sri Datuk Dr Haji Mustapha Kamal berkata segala aktiviti pelancongan harus dijaga untuk mengekalkan sumber warisan kita. Belum - Temenggor di percayai telah wujud lebih daripada 130 juta tahun dahulu menjadikan ia lebih tua dari Hutan Amazon. Cuba bayangkan betapa tuanya hutan ni dan pokok masih terpiliharan dengan baik jangan jadikan aktiviti pembalakan sebagai satu langkah untuk musnahkan hutan yang ada. Belum - Temenggor ditengah-tengah hutan ini ada tasik buatan yang meliputi kawasan seluas 15,200 hektar. 

Untuk menyertai program 3 hari 2 malam hanya mengikuti pakej yang bermula pada harga RM400 dan terdapat 5 buah chalet dan dorm yang boleh memuatkan sehingga 50 orang. SMCC1M berpeluang mengikuti program Green Ranger iaitu melihat tabiat hidupan-hidupan liar dan tumbuhan-tumbuhan liar yang belum pernah dilihat.

Peserta SMCC1M juga berpeluang melawat taman herba yang terletak berdekatan Belum Rainforest Resort, pelbagai jenis serangga dan burung juga dapat dilihat ada juga burung Engang yang semakin pupus dapat dilihat iaitu Plain-pouched Hornbill boleh ditemui. Aktiviti kayak sambil mengelilingi pulau-pulau di Belum juga disediakan dengan sewa RM30 untuk sejam kepada yang gemarkan cabaran, rakit juga disediakan untuk merasai kelainan semasa berada di pulau-pulau di Belum apabila kita melakukan aktiviti sebegini kita dapat menjiwai alam semula jadi dan merasai ketenangan. 

Alam semula jadi amat mendamaikan, bestkan pusing pulau naik bot sambil lihat suasana sekeliling yang menghijau.

 dari jauh nampak cam banyak pulau je

 Chelet di Rainforest Resort
melihat kehidupan dihutan dan menikmati kehidupan alam semula jadi bersama rakan sangat seronok.

 anak sungai di kawasan hutan memang bersih dan jernih, hati-hati bila lalu anak sungai takut tergelincir.

 Ni la muka-muka peserta SMCC1M, ceria je kan.

10 comments:

  1. assalamualaikum...

    mmg terkenal 'royal' hutan belum nih :)

    slmt thn baru 2014

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikum salam...
      owh, penah pergi ke?
      selamat tahun baru juga

      Delete
  2. siyesly sy minat aktiviti riadah mcm ni

    ReplyDelete
  3. bagusnya golongan muda suka aktiviti macam green ranger ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, leh tau lebih mendalam pasal khidupan alam

      Delete
  4. Seronoknya dapat buat aktiviti macam ni plus pemandangan kat sini cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan, kalau ada rezki bole la pegi sana

      Delete
  5. Akak zira .. mohon copy gamba .. nanti sy credit kan kat akak :D

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.