Header Ads

Nikkori Pear dan Japanese Sweet Potatoes kini berada di Malaysia

Assalamualaikum 

Nak tanya, dekat sini sapa suka tengok cerita korea atau jepun? Ni nak bagi tau lepas ni korang dah tak perlu menelan air liur bila tengok cerita korea atau jepun apabila dorang makan sweet potato dan pear. Ubi keledek di Jepun tak sama macam dekat Malaysia kalau nak tau sendiri korang kena rasa. Aku dijemput oleh Bro Framestone untuk menghadiri event Launching Nikkori Pear dan Japanese Sweet Potatoes. Pelancaran ini diadakan di MidValley Kuala Lumpur pada 30 November 2015.



Kebanyakkan rakyat Malaysia sukakan buah-buahan sebagai pencuci mulut, Syarikat ZEN-NOH dari Jepun adalah syarikat yang mengusahakan buah Nikkori Pear dan Japanese Sweet Potatoes.

Pertama kali aku tengok buah Pear besar semacam jer boleh di katakan tiga ke empat kali ganda pear biasa, besarkan. Tapi walaupun besar korang akan rasa tak cukup. Ait.... besar tapi tak cukup kenapa pulak, nak tau? Nikkori Pear ni rasa dia manis nak kunyah pun lembut je mudah hadam korang tak akan sedar kalau buah ni habis sekelip mata tapi buah ni berat tau sampai beg kertas yang kitorang bawak pun hampir terkoyak.

Ubi keledek dekat Malaysia kalau rebus tak letak garam mesti rasa tawar, betul tak?? Lain pula rasa ubi keledek Jepun ni masa nak rebus ubi keledek ni memang dekat bilik takde garam tapi kitorang redho je tawar pun tawarlah lepas masak try rasa, ya Allah nikmatnya sedap tak terkata. Bila masuk mulut ubi keledek tu manis je walaupun tak letak garam tapi kalau letak garam mesti kesedapannya lebih terasa, patutlah orang panggil ubi keledek ni sweet potatoes. Manissssss je.


Longgokan sweet potatoes, Mari-mari sapa nak beli tengah ada promosi. Bila makan pasti rasa sweet ^_^  hehe ada macam promoter tak? kredit einaangle

Sweet potato memang terkenal dekat jepun kalau korang tengok cerita korea, jepun dan kartun pada cuaca sejuk mesti dorang beli dan akan ada lori tepi jalan jual sweet potatoes ni tapi kalau dekat Malaysia lori macam tu aku tengok dorang akan cakap " surat khabar lama, besi lama tak pun tilam- tilammmm ".


Hanya Bro Framestone  sempat bergambar dengan maskot sweet potatoes, comel je aku tengok terkedek-kedek jalan dengan kepala besar ala comeynya. 

Siapa nak rasa Nikkori Pear dan Japanese sweet potatoes hanya ada di AEON BIG, MidValley Kuara Lumpur. Tempat lain belum ada lagi jadi kalau nak rasa kenalah serbu AEON BIG, MidValley. Buah Pear dan ubi keledek ni agak mahal tapi rasanya sangat memuaskan dan korang pasti takkan menyesal.

11 comments:

  1. sedapnya buah pear. hehehhe

    ReplyDelete
  2. wahhhh comelnya bro.... tp mmg puas mkan pear tu

    ReplyDelete
  3. belum pernah lagi tgk ubi yang cute mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suka ubi dia, tak letak gula pun manis

      Delete
  4. Siapa suruh lmbat bertindak la la la

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun dia jalan terkedek-kedek tetap tak dapat kejer

      Delete
  5. manis buah pear tu
    yg sweet potato tu lak super duper manis :D

    ReplyDelete
  6. Besarnya buah tu...apa rasanya ya iuzira?

    ReplyDelete
    Replies
    1. buah pear ni rasa lebih manis dari pear biasa

      Delete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.