Header Ads

Westside Bistro tampil Dengan Menu Baru

Westside Bistro tampil Dengan Menu Baru, bagi yang masih tidak mengenali tentang Westside Bistro anda boleh datang ke Shah Alam untuk mengetahui hidangan yang di sediakan oleh restoren tersebut. Penampilan menu baru yang di sediakan oleh restorent tersebut adalah berkonsepkan santai ia adalah kombinasi selera Barat dan Timur.


Untuk pengetahuan semua Westside Bistro sudah lama beroperasi sejak tahun 2010 ia terletak di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), menu baru yang di hidangkan ialah stik dan gril bermula 4 oktober 2017 dari jam 6.00 petang hingga 10.30 malam setiap hari rabu hingga ahad. Makanan yang di hidangkan memang sedap memang rasa puas harga juga berpatutan  terdapat juga promosi istimewa untuk pengunjung dari Shah Alam dan kawasan berdekatan.


Semasa kami sampai chef sedang menggril daging, nampak ia kelihatan begitu sedap dengan minyak yang menitis-nitis di tempat pemanggang dan bau ramuan masakan tersebut membuatkan zira tak sabar nak makan serta nikmati hidangan tersebut.



Yang bestnya menu kali ni Chef sendiri yang buat iaitu Jamili Napiah, yang yang teringin makan ala-ala omputih anda boleh mencuba hidangan utama Stik and gril - Daging panggang skewer, kambing panggang skewer, dan ayam panggang skewer. Kepakaran chef memasak membuatkan hidangan tersebut sangat lazat kerana ia menggunakan mahan-bahan segar.

Hidangan sizzling skewer menjadi lengkap apabila ia di gabungkan dengan hidangan lain yang sentiasa menjadi tumpuan pengunjung yang datang ke restoren Westside Bistro. Promosi masih berjalan sehingga 31 oktober 2017. bagi mereka yang ingin berjimat jangan lepaskan peluang untuk dapatkan harga promosi menerusi laman https//sacc.onpay.my/order/form/wssteakandgrill .



Nak tau cara lebih jimat? Wow, bestkan dapat berjimat, caranya anda boleh tempahan pada hari rabu dan khamis, kanak-kanak berumur 7 hingga 10 tahun akan dijamu secara percuma di buffet kanak-kanak yang disediakan. Sentara kanak-kanak bawah 6 tahun akan dijamu secara percuma sepanjang waktu operasi stik dan gril.


Bagi pengunjung yang suka dengan ruang Westside Bistro anda boleh mengadakan majlis atau sesi perbincangan di sini. ia boleh memuatkan sehingga 100 orang pengunjung dalam satu masa mengikut budget penganjur. Tidak hairanlah jika ramai yang membuat tempahan kerana ia adalah kawasan yang strategik dan terletak di tengah-tengah bandaraya Shah Alam. 


Buka itu saja ada juga hidangan lain yang pasti menyelerakan anda, selain itu Westside Bistro juga menyediakan dessert yang begitu sedap, rasa strawberry di tambah dengan coklat dan aiskrim pasti tekak ini rasa sejuk dan selesa.





Bagi mereka yang berminat boleh hubungi info di bawah untuk menempah meja khas takut penuh jika lambat order.

Untuk maklumat lanjut:-


Facebook : westsidebistro

Instagram : @westsidebistro
No. tel      : 03-555118858

No comments

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.