Header Ads

8 IKON MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA (MVM)

8 Ikon muslim volunteer Malaysia (MVM). Majlis pelantikan 8 orang Ikon ini melibatkan beberapa orang selebriti yang terkenal, bukan itu sahaja  terdapat juga usahawan dan pakar motivasi.

Jika anda ingin melakukan satu amal jariah dan ingin amalan itu sentiasa berpanjangan serta mendapat pahala. Anda boleh sumbangkannya ke Muslim Volunteer Malaysia atau jika anda mahu menjadi seorang volunteer kepada aktiviti kebajikan dan ingin mengelakkan penipuan anda boleh sertai Muslim Volunteer Malaysia.


Pihak Muslim Volunteer Malaysia (MVM) sangat mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin memberi sumbangan dan membantu mereka yang mengalami kesusahan. Baru-baru ini zira telah hadir ke sidang media merasmikan Ikon MVM 2018, malah turut  merasmikan Tabung Prihatin MVM yang telah ditandatangani oleh Penasihat MVM 2018, WebDonation MVM dan Tabung Musim Sejuk Syria di De Palma Hotel, Shah Alam. 

PERTUBUHAN SUKARELAWAN MUSLIM MALAYSIA 
  • Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia atau Muslim Volunteer Malaysia (MVM) adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah didaftarkan pada 30 Disember 2014 dan mempunyai lebih 50,000 sukarelawan di Malaysia dengan julat umur 18 hingga 24 tahun.

  • Pada 2017 MVM telah disenaraikan sebagai TOP 5 NGO pada majlis Volunteer Malaysia Awards 2016 – Anugerah Perdana Menteri  yang dianjurkan oleh IM4U dan disokong oleh Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

  • Pada tahun 2016 MVM telah berjaya menganjurkan sebanyak 33 program manakala pada tahun 2017 MVM telah berjaya menganjurkan sebanyak 55 program dan insyaAllah pada tahun 2018 MVM akan terus memperbanyakkan lagi program-program kebajikan.

  • MVM memberi bantuan dalam bentuk tindakan dan penerangan. Pembangunan sosial secara bersepadu melalui kerjasama dengan masyarakat setempat, rakan kerjasama dan pihak penaja. Membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira latar belakang politik, bangsa dan agama.

  • MVM telah mengembangkan sayap operasinya dalam pelbagai bidang termasuk membantu menghubungkan NGO-NGO lain dengan kerajaan, menghantar sukarelawan-sukarelawan MVM ke NGO-NGO yang memerlukan, membantu golongan keluarga fakir miskin, anak-anak yatim dan belia-belia Malaysia.

  • Berpaksikan ‘Tindakan Hari Ini, Mengubah Masa Depan’, program-program kelolaan MVM dijalankan dalam bentuk berfasa dan ini meliputi fasa seperti transformasi, latihan perniagaan, pemantauan ekonomi serta bantuan dana untuk suatu jangka masa tertentu.
  •   Harapan MVM untuk mewujudkan masyarakat yang prihatin di mana komuniti diupayakan, tanggungjawab sosial dilaksanakan dan masyarakat bersatu meringankan penderitaan golongan yang lebih memerlukan. 
  • MVM sangat terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana agensi sama ada kerajaan, swasta, individu mahupun pertubuhan atau persatuan lain.


IKON MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA (MVM)

Setiap aktiviti yang di lakukan oleh sebuah pertubuhan pasti ada sokongan supaya ia akan lebih kekal lama dan berkembang serta di kenali ramai. Tanpa sokongan orang ramai pasti sesebuah pertubuhan itu tidak akan kekal lama. 


Muslim Volunteer Malaysia memberi peranan sangat besar yang membantu kerja kebajikan. Oleh itu, mereka juga memerlukan sokongan selebriti sebagai ikon (MVM) 2018 seperti Dato’ Dr. Hj Mohd FadzilahKamsah (Pakar Motivasi), Datin Alyah (Penyanyi), Dila Mubarak (Pengasas Mamadil), MilaJirin (Penyanyi dan Ahli Perniagaan), Syamel AF (Penyanyi), Diana Amir (Pelakon dan Pengacara), Lah Ahmad (Penyanyi), Azmi Saat (Penyanyi)  memainkan peranan mereka menyebar kebaikkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Dengan kekuatan masing-masing, Ikon-ikon ini akan menjadi suara MVM bagi menyeru orang ramai untuk turun padang dan menghulurkan bantuan melalui hebahan di media sosial dengan menggunakan medium laman media sosial seperti Facebook, Instagram,Twitter dan sebagainya. 


Pemilihan Ikon MVM kali ini merupakan kali yang ke-2 untuk MVM dengan menjalinkan kerjasama dengan selebriti-selebriti terkenal tanah air. Tahun lepas MVM telah berjaya bekerjasama dan sehingga kini masih terus bersama dengan Datuk Prof Dr MuhayaMohamad, Datin Sri Nur ShahidaD’Herbs, HelizaHelmi, HazwaniHelmi, Datin Sri UmieAida dan AmsyarAzman.

Zira yakin, kali ini pasti ramai yang akan membuat sumbangan dengan melihat ikon kegemaran mereka berjuang untuk dapatkan sumbangan bagi mereka yang memerlukan. 
Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang susah atas sumbangan anda. Untuk maklumat lanjut anda boleh anda boleh salurkan sumbangan di bawah atau ke media sosial di bawah:-

Akaun Sumbangan:
Nama: Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia:
Maybank (56480 164 7699)
CIMB (8602 5378 07)
Bank Islam (1230 0010 0030 65)



Sebarang maklumat boleh diajukan melalui:
Emel:     salam@mvm.org.my
Telefon: 603-8074 0434
Alamat: Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia
No 12-1, Jalan Merbah 2, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor


No comments

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.