Header Ads

Pengalaman Buat Rawatan Estetika MediSpa Klang

Pengalaman Buat Rawatan Estetika MediSpa Klang, ramai yang tahu Estetika adalah pusat Spa yang menyelesaikan masalah muka, tidak seperti Spa lain yang menawarka khidmat rawatan urutan badan sama ada moden mahupun traditional.

Estetika MediSpa mempunyai alat yang detail dan canggih dengan pekerja yang mahir dan berpengalaman. Anda juga boleh dapatkan khidmat nasihat yang berkesan dari doktor cara penjagaan kulit wajah ianya gratis tidak perlu di bayar "tercakap indonesia pula" zira memang perlukan khidmat nasihat dari yang pakar sebab kulit ni mengada.


Bila jerawat hilang kuar yang lain, kalau kecil boleh terima lagi ini seketui besar pula tu, malu tau terpakse cover dengan foundation. Muka ni nak pakai lama jadi kenalah jaga elok-elok, kalau kawen nanti suami pun tengok muka dulu, betol tak? kalau tak jaga elok-elok takut suami lari kang zira pula yang meroyan.

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga try service Estetika MediSpa. Bila tengok gambar-gambar di instagram @EstetikaMedispa ramai pula artis yang datang tu yang nak try, ye la kita tengok muka artis cantik-cantik sama ada lelaki mahupun perempuan semua cun, teringin juga nak cantik macam depa, manalah tau cantik macam artis tup-tup terus jadi artis "hahaha".


Yes, zira pergi Estetika MediSpa di Klang, kalau korang tak tau ia berdekatan dengan GM Klang. Sebut je GM mesti masing-masing cakap Oooo... tak perasan pun. Jika anda masuk dari diri ia berada di bahagian kanan. Memang mudah je datang, nak cari pun tak susah. Sebelum datang anda di galakkan buat appointment terlebuh dahulu, supaya mudah untuk buat rawatan dan depa ni akan layan anda bagaikan raja, cara percakapan pun sopan dan lembut je.

ANTARA KEPAKARAN DI ESTETIKA MEDISPA DALAM MENYELESAIKAN MASALAH IALAH :-
  • Mengurangkan minyak dan kotoran pada kulit
  • Atasi masalah liang roma terbuka
  • Jerawat dan jeragat
  • Menghapuskan kedutan
  • Mencerahkan dan melembapkan kulit
  • Menghilangkan parut jerawat.
Selain itu, antaranya khidmat nasihat ialah mereka kata kena pakai sunblok atau serum untuk penjagaan kulit dan zira ada masalah whitehead jadi nak hilangkannya kena pakai sunblok atau serum. Sunblok pun tak pernah pakai, patutlah masalah tak selesai, serum pun baru berjinak-jinak nak pakai. Bagi yang ada sunblok, mereka nasihatkan pakai 4 jam sekali supaya kulit sentiasa lembap. Anda juga di galakkan memakai barangan di watson dan guardian atau antarabangsa.



Sekali lepas dah tengok menu yang di sediakan, terus rasa macam nak buat semua service yang di tawarkan. Tapi, bila di fikirkan poket hampir kering pilih yang betul-betul kulit ni mempunyai masalah tersebut. Rawatan di sini sangat bagus, layanan pun tiptop... tu yang macam nak buat semua.

SERVICE YANG DI SEDIAKAN IALAH :-
  • Teen Facial
  • Vibrant
  • Diamond
  • Youth Code
  • Dermoexpert Therapy
  • Acne-Ac Clean
Zira bersetuju memilih service Dermoexpert Therapy atas nasihat doktor. Kalau pilih sendiri mungkin ambil masa yang lama untuk pilih sebab taknak menyesal. Masa buat rawatan anda akan di beritahu apa yang mereka akan letak, sama ada gel, scrub atau pancuci muka. Bila pejam mata sambil di urut-urut muka rasa syok je.


Anda boleh pilih treatment mengikut masalah wajah anda, jangan salah pilih nanti masalah lambat selesai. Anda boleh dengar nasihat atau cadangan yang di beri jika tidak pasti treatment apa yang perlu di ambil.

Selepas buat rawatan di Estetika medispa ni, muka licin je. rasa best macam nak pergi tiap minggu je sebab cara rawatan mereka bagus layanan pun tiptop. Orang Klang yang ada masalah muka kena datang sini tapi sebelum datang anda perlu buat appointment terlebih dahulu. Kenapa kena buat appointment dahulu sebab yang yang suka treatment dan mereka berpuas hati jadi di sebabkan rawatan ini mengambil masa, anda perlu buat appointment.


Pihak Estetika akan mengutamakan kepada pelanggan yang buat appointment. Anda tidak perlu tunggu untuk buat rawatan kerana apabila sudah buat appointment rawatan akan di jalankan mengikut treatment yang anda inginkan. Untuk maklumat lanjut:-

Alamat : Unit 5 Jalan Kasuarina 2/KS7 Bandar Botanic Klang
No tel     : 014-5333259


19 comments:

  1. Macam kerap je zira pi buat rawatan kat medispa. Bestnya

    ReplyDelete
  2. bestnya.. teringin nak gi spa manjakan diri..

    ReplyDelete
  3. Bestnya..kalau akak buat confirm tidur hahaha...tp bgus umur swmakin meningkat memg kena jaga kulit muka

    ReplyDelete
  4. Mmg best spa ni.. sekali sekala buat treatment muka kan..nak harap sendiri mmg malas..teringin nak kocikkan liang roma ngan blackhead kt hidung ni

    ReplyDelete
  5. Ramai yg lt best buat rawatan ni.. kena cuba ni

    ReplyDelete
  6. Bestnya buat rawatan muka. Kalau dekat confirm akak jadi pelanggan di sini..

    ReplyDelete
  7. TB pun teringin nak manjakan wajah dekat spa2 macam ni. tapi muka plak tengah problem ni. huhuu..lupakan dulu

    ReplyDelete
  8. medispa dah nak bukak kt tmpat zaza jgk.. hehe..boleh la pergi..tak silap bln ni jgk pbukaan

    ReplyDelete
  9. Wah..menariknya..canggih betul alat dia..siap ade topeng

    ReplyDelete
  10. I will go and visit next facial time.

    ReplyDelete
  11. Bestnya buat treatment. Emi dah lama tak buat treatment bagai ni, Tak sempat

    ReplyDelete
  12. Hazirah harga dia start dari rm berapa ye utk pakej2 rawatan. Zaza nk pergi la sbb dia nk bt pbukaan kt temerloh.

    ReplyDelete
  13. bestnya sesekali dapat buat treatment kan

    ReplyDelete
  14. hazirah berapa harga permulaan ye buat rawatan kat sini? zaza pun nk try insyaallah..xsbr nk tgu pbukaan kt temerloh nanti

    ReplyDelete
  15. Syoknya g spa.. Lama tak g spa.. Kena g ni

    ReplyDelete
  16. Syoknya g spa.. Lama dah tak pergi spa ni

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  18. Boleh cube ni.. kena buat temujanji dlu kn

    ReplyDelete
  19. bestnyaaaa pegi spaaa kena urut2 hehe..

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.