Header Ads

Tips Cara Jimat Duit Beli Kereta

Cara jimat duit beli kereta, Untuk mengetahuan semua rata-rata kita perlu ada sekurang-kurang satu kereta untuk satu rumah kerana jika ada kecemasan mudah nak pergi ke mana-mana tanpa menunggu atau meminta bantuan orang lain. Jika isteri nak bersalin tak kan kita nak naik motor, tak kesian ke dekat isteri dengan bawa perut tinggal tunggu masa baby nak keluar.


Nak dapatkan harga kereta murah supaya dapat jimat duit agar tak jadi beban kerana berhutang terlalu banyak dan tak mampu bayar. Jika akhirnya kena tarik itu lebih perit kerana tak mampu bayar, duit habis begitu saja tapi hasilnya tiada. Bagi Zira bagi mereka yang tak mampu anda boleh beli kereta second itu pun sudah memadai yang penting ada kenderaan untuk bergerak keluarga juga lebih selamat jika menaiki kereta berbanding motor.

Jika anda memang ada duit simpanan untuk beli kereta baru, anda boleh beli kereta baru yang lebih selesa untuk memandu, keselesaan sangat penting supaya pemanduan lebih focus dan berjalan dengan lancar. Jika kita tak selesa memandu pasti pemanduan akan terganggu. 


Selain tu, untuk kurangkan beban hutang anda boleh bayar deposit dengan jumlah yang banyak, agar apabila bayar ansuran bulanan tidak terlalu beban dengan kadar jumlah yang banyak. Jika anda beli kereta second perlu juga check semua bahagian takut ada bahagian yang rosak dan ini akan menyebabkan pembaziran dan anda terpaksa baiki kereta tersebut. 

Kos penyelenggaraan bukan murah, walaupun benda tersebut kecil tetapi ia sangat mahal. Anda boleh bandingkan harga dengan datang ke showroom untuk melihat design kereta hinggalah ke enjen supaya semua dalam keadaan baik.

Untuk lebih jimat, apabila anda sudah ada kereta sendiri. Anda perlu check minima 6 bulan sekali atau 2 kali setahun keadaan kereta anda untuk mengelakkan perkara lain berlaku. Zira adalah insan paling exited bila dapat kereta walaupun second senang nak pergi mana-mana, walaupun dah lama ada lesen tapi baru ada rezeki memiliki kereta sendiri.


Nak lebih jimat, Anda survey dulu harga dan beli semasa promosi ini lebih jimat duit dan dapat kereta baru, seronokkan. Biasa bila ada promosi pasti rebat tinggi seperti promosi akhir tahun atau promosi tahun baru. Ia adalah peluang yang anda perlu ambil untuk mendapatkan kereta idaman. Bukan itu saja, lebih berbaloi jika kereta yang anda beli itu jimat minyak.

Sekarang harga minyak semakin naik, jika kereta yang anda beli jimat minyak pasti anda tidak terlalu beban. Walaupun zira hanya naik kereta Myvi tapi memang jimat minyak jika memandu kerap juga tengok rada minyak takut habis, tak pasal-pasal kena tolak kereta kalau habis, itu pun kalau kuat. Kereta lama susah nak dapat spare part jadi harganya agak mahal, berbanding kereta yang mudah dapat spare part ia lebih murah.

Dengan perkongsian ini, harap anda juga dapat berkongsi dengan rakan anda, Cara jimat beli kereta. Pasti ramai anak muda sekarang baru bekerja dan ingin mencari kereta agar mudah pergi kerja. Untuk mengelakkan beban mereka yang baru bekerja dan hutang kereta yang banyak, tips ini boleh di guna pakai oleh semua orang.

14 comments:

  1. Kita sokong..tips2 mcm ni boleh dipakai guna juga..supaya org kita xpyh boros sgt kan.. Beli kalau btul2 perlu shj.. Beli tme promosi pon ok juga

    ReplyDelete
  2. tq atas perkongsian sis...cantik kereta hiasan tu

    ReplyDelete
  3. Tip2 yang amat membntu trutama macam zaza yg blm ada kete lagi.. nak kena saving dulu buat masa skg ni.. Dh kukuh baru blh beli.. Insyaallah

    ReplyDelete
  4. Sebelum beli kereta ni kena buat kira-kira dulu kan. Yang bersesuaian dengan poket kita. Hihi. Bukan apa, kita tak tahu di masa depan macam mana. Jangan kerana terlalu mengejar kereta yang mewah/mahal, sampai kena ikat perut dan berhutang keliling pinggang.

    ReplyDelete
  5. beli bila jug tahu ada byk sales

    ReplyDelete
  6. Harga minyak sekarang kadang naik kadang menurun . Tapi turunnya bukan banyak mana .. so tips penjimatan minyak memang penting untuk semua orang

    ReplyDelete
  7. Bulan2 tak terbeban nak bayar, yang tu paling penting sekali..

    ReplyDelete
  8. Bagus tips ni, dulu beli kereta sebab memang betul nak guna. padahal baru habis belajar. awal-awal tu memang sakit sebab ada tanggungan lain seperti rumah sewa. Hehehe Ini kalau nak beli kereta kedua, akan check tips jimat duit beli kereta ni. hehe

    ReplyDelete
  9. Ya, sekarang kenderaan kereta memang penting. Beli secondhand pun ok aslkan elok, nanti ada duit leboh, boleh beli lain

    ReplyDelete
  10. Bagus tips ni. Yang tengah-tengah pertimbangkan nak beli kereta boleh ikut tips ni

    ReplyDelete
  11. Beli kereta dengan harga yang murah mwmang best.. cuma kena pastikan condition kereta tu ok ke tak je.. itu kalau beli 2nd hand.. klu yang baru pulak.. jenuh nak fikir kos insuran n roadtax yang mahai.. hihihi

    ReplyDelete
  12. bagus tips akak ni... kalau dila prefer kereta tak kisah lah murah janji boleh bergerak kemana sahaja...

    ReplyDelete
  13. Terima kasih atas perkongsian ini ateh. Boleh jadi rujukan acik nak beli kereta nanti

    ReplyDelete
  14. Sekarang ramai yang pakai Grabcar. Tak payah beli kereta dan panggil Grabcar saja bila perlu. Macam ni dpt jimat lebih banyak wang utk perkara lain.

    eratuku

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.