Header Ads

pengalaman mendaki gunung irau


alhamdulillah, akhirnya tamat praktikal dan seterusnya ke fasa yang semua orang harus lalui iaitu bekerja. Sebelum itu, nak juga selebrate tamat praktikal. Kebetulan dapat whatapp aktiviti ke Gunung Irau dan tarikh itu juga seminggu lepas praktikal jadi kena kosongkan tarikh tu untuk ke gunung Irau. Selain blogging dan melukis " lukisan macam budak tadika tetap nak melukis" gemar juga mendaki. kalau boleh nak tawan semua Gunung di Malaysia ni. " macam larat.

Bila jejak je Cameron suasana sejuk tak berapa rasa mungkin masih merasai kehangatan berada di bas. Bila menjelang pagi subuh dan ketika itu kau malas nak bangun dek kerana masih di buai mimpi sudah berada di puncak buat apa nak mendaki lagi. Rupanya itu adalah mainan mimpi dan kau kena bangun serta tunaikan solat bila jejak je tanah kaki terus menggeletaq sampai ke tulang , makkk..aih sejuk naa rasa nak perap dalam bas ja tak mau turun, macam manalah depa boleh tinggal dekat sini memang perlu iman yang kuat  dan jiwa yang kental kalau nak tinggal dekat cameron.

bila dah sampai ke destinasi kena tunggu pula kereta khas untuk ke Gunung Irau, sebenarnya tak tau pulak kena naik kereta ni ingatkan sampai boleh terus naik maklumlah tak pernah pergi Gunung Irau.


Bagaikan pelarian yang tengah cari tempat berlindung agar pak polisi tak ketemu. 


Sedang memberi semangat kepada rakan yang lain agar tidak gentar, lama juga nak sampai, dapat tengok pemandangan yang menghijau di sekeliling, pokok teh, strawbery dan sayur-sayur yang segar pada pagi hari. Sebenarnya takde la pagi sangat nak dekat pukul 9 cam gitulah. 


Kebiasaannya, bila nak lakukan aktiviti pasti akan regangkan urat supaya tak kejang. Kalau boleh senaman tu buatlah sampai ringan kaki nak gerak. Aktiviti yang macam ni memang memerlukan ketahanan fizikal yang kuat, kiranya kalau tak kuat kau sukar untuk sampai ke puncak tapi kalau sampai separuh pun okey, sebab dah cuba yang terbaik.  


Bila tengah teruja nikmati suasana menghijau dalam hutan, elok posing untuk dijadikan kenangan kau kena faham kalau ada yang mengacau, Kaki pun nak bergambar untuk jadikan kenangan di hutan rimba yang penuh cabaran dan onak duri. Aku pun dah macam Jane muslimah (tarzan) yang belajar mengenai selok belok hutan cuma tak panjat pokok je. 


Kalau kau seorang pompuan dan berada di hutan/gunung boleh berangan macam prinses kejap sebab pasti akan ada jejaka yang akan jaga kau bagai bodygurd yang akan pastikan keselamatan supaya takde yang mengancam kau. Seronok juga ada yang jaga, walaupun muka aku tak macam prinses langsung masa tu dan keadaan compang-camping semacam. 


Dari jauh kau nampak ada yang sedang melambai-lambai, tapi untuk sampai ke sana perlukan masa untuk sampai, apalagi kena kuatkan kaki nak daki. Aku pun balaslah lambaian tersebut taknaklah dia rasa keseorangan dan kecewa sebab lambai sensorang.  


Pandang kiri kanan takde sapa ada, jadi juru camera masa ini adalah timer. Nak taknak kena cepat sepantas kilat duduk molek-molek agar gambar tak goyang. Kalau selfie tak nampak pemandangan belakang yang ada nanti 3 muka setepek kat camera. (memang tak cun langsung) 


Masa untuk masuk ke dimensi lain, nampak tak yang macam gua kat belakang tu, sebenarnya keliling tu adalah akar pokok yang telah bergabung dan jadilah macam gua. 

Cabaran yang harus hadapi adalah lalu lumpur. korang kena hati-hati nak lalu sini sebab salah langkah je terus kasut kau akan di cat warna coklat yang tidak akan dapat di Chow kit atau pasaraya tapi itu juga akan jadi kenangan pahit manis pada masa akan datang.



Ini adalah kumpulan marathon, mana taknya aku tengah terkedek-kedek langkah berhati-hati supaya kasut tak kena cat coklat tapi akhirnya tewas, ada kesan cat coklat seperti belacan. Kalau belacan betul takpe juga boleh masak buat sambal belacan. Sedapnyaaa.


Sempat menyelit di tengah akar, Kena bertahan kalau nampak semut berkeliaran demi mendapatkan sekeping gambar yang ohsem.


Pertama kali main masak-masak dekat gunung ni , dan inilah makanan yang paling sedap yang pernah aku rasa waktu tu, walaupun ada makanan lain aku terpaksa menolak dahulu utamakan Maggie yang membuatkan aku terliur. Ya Allah, nikmat tau makan maggie waktu lapar. Orang yang pernah rasa lapar akan rasa nikmat dan syukur.


Abaikan mata yang tengah pejam, mungkin masih di awangan dan tidur lena di bas.


Alhamdulillah kali ni dapat jejak Gunung irau pula, terasa macam hidup di zaman batu cuma dah moden sikit tak payah nak cari ranting-ranting kering untuk hidupkan api demi mengisi perut yang lapar. 


Dalam otak hanya pikir tangga. Masa nak turun gunung rasa nak cabut kaki je buat tongkat. Penat yakmat, sakit kaki susah nak di gambarkan. Tapi jangan sesekali mengeluh sebab dah tau kaki akan sakit buat apa daki. Banyak kali juga berhenti nak rehatkan kaki.


Masa mendaki dah tamat, masa untuk shopping. Kalau ke Cameron tak shopping strawberry tak sah. Pandang strawbery merah-merah tekak ni dah rasa masam manis ni belum makan lagi.


Mata masih melilau cari strawberry yang segar tapi tetiba di tegur oleh blogger yang agak pemes di carian engine tentang tip-tip yang di kongsikan di blog beliau iaitu Hasrulhassan. Selepas borak dalam 5-6 minit  kami selfie. Feeling retis jap, aku tak pernah bergambar dekat pasar brinchang atau mana-mana pasar sekalipun, cuma peminat berjumpa dengan artis je dorang akan bergambar. sebab tu aku rasa happy jumpa sifu Hasrulhassan dia memang jarang turun Kl tu yang tak sangka jumpa dekat Cameron. 

33 comments:

  1. Best dpt mendaki. Org kata kene stamina tinggi utk mendaki ye..akk failed lgi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a kak kena kuat kalau tak kuat tak sampai puncak

      Delete
  2. Best dpt mendaki. Org kata kene stamina tinggi utk mendaki ye..akk failed lgi ni

    ReplyDelete
  3. bestnya dapat mendaki ramai ramai

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai-ramai meriah nak daki tengok ada yg kat depan rasa nak daki semangat sikit

      Delete
  4. X dpt ole-ole pun dari cameron 😜
    Btw, congratz sampai jgk puncak 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, sampai puncak pun sebab ada yang bantu :)

      Delete
  5. X dpt ole-ole pun dari cameron 😜
    Btw, congratz sampai jgk puncak 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. camne nak bagi ole-ole, pagi tu tengok dah hilang. kene tinggai orang tu dah balik dulu. T_T

      Delete
    2. Sp srh x menawarkan diri utk memfollowkan diri balik bersama ke kmpg��

      Delete
  6. Wahh.. bukan senang nak panjat2 gunung ni.. sakit kaki klu tak betul2... tak hajak HH panjat gunung sekali ke tu hehee.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sakit kaki, tapi sekarang dah okey. khai Khalid saya jumpa HH lepas turun gunung nak balik dah masa tu.

      Delete
  7. hiling is one of my fav. tapi sejak naik badan ni baru naik separuh bukit dah mengah. lama x kayuh beskal.. kena kuatkan otot kaki dan pernafasan.. sure kita boleh sampai lebih tinggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak nora saya pun mengah juga nak naik, kerap juga benti masa, lagi pun tengh selsema susah nak nafas.

      Delete
  8. baru pertama kali dengar Gunung Irau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun sama, siap tanya kawan lagi gunung irau dekat mana, tak tau pulak kat cameron yang saya tau strawberry

      Delete
  9. memang best pergi gunung ganang nih, cabaran dan dugaan bersama alam ciptaan Allah swt

    ReplyDelete
    Replies
    1. best, mencabar juga cabarannya

      Delete
  10. hasrul hassan tu sanggup pergi brinchang untuk jumpa dan bergambar dengan retis iuzira...

    feeling lebih tu.. hehehe..

    ReplyDelete
  11. : tahniah akak blogger.
    kipidap.. ;)

    ReplyDelete
  12. Ada yg hampir putus asa mencari tangga😌😌

    ReplyDelete
    Replies
    1. penat cari tangga tak jumpa2

      Delete
  13. Ada yg hampir putus asa mencari tangga😌😌

    ReplyDelete
    Replies
    1. setelah beberapa jam akhirnya jumpa tangga

      Delete
    2. Wlu telah jumpa tangga putus asa n rasa menyesal melibatkan diri masih dinikmati d titian sudut tangga..dgn secebis paksaan dr pasukan akhirnya sang negatif d buang daerah lalu si "jepun mix jawe" smpi ke pangkal jalan..sekian terima kasih

      Delete
    3. Wlu telah jumpa tangga putus asa n rasa menyesal melibatkan diri masih dinikmati d titian sudut tangga..dgn secebis paksaan dr pasukan akhirnya sang negatif d buang daerah lalu si "jepun mix jawe" smpi ke pangkal jalan..sekian terima kasih

      Delete
  14. seronoknya pergi mendaki. =)

    done follow =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. best, kalau boleh nak daki tempat lain pulak

      Delete
  15. TEBING TINGGI BACKPACKER(fb)
    Khidmat Guide Gunung Sekitar Cameron
    Khidmat kami meliputi:
    -permit
    -laporan balai polis
    -khidmat guider
    -kit perubatan (asas)
    -walkie talkie
    -khidmat 4x4

    ANDY
    017-9997790
    whataps/call/sms

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.