Header Ads

Lifestyle Blogger Pilihan 2018

Lifestyle Blogger Pilihan 2018, Kalau anda minat membaca artikal apa yang anda suka baca? tentang gosip ke, fasyen ke atau makanan. Di sebabkan sekarang ni zaman moden kalau nak membaca tak perlu pergi kedai buku hanya tekan je keyboad laptop atau touch phone dah boleh dapat bermacam-macam info yang kita nak, tapi anda perlulah bijak pemilih jangan benda auto hang pi baca lepas tu sebarkan dekat orang ramai, kan jadi huru hara nanti.

Kalau tak tau sesuatu benda itu betul atau tak lebih baik diam, betul tak? semenja suka baca info dan artikal dekat internet Zira ada satu habit yang kalau suka baca blog orang mesti kadang nak tau apa cerita seseorang tu nak update, lebih kurang macam stalker atau busy body orang puteh kata. maaf rasa macam tak lengkap kalau tak menyibuk tentang orang lain nak tau juga apa perkembangan seseorang tu nak maju kehadapan.

Sekarang ni antara blog yang banyak baca ialah http://www.tengkubutang.com/ blog ni sekarang banyak kongsi resepi, geram pula tengok nak makan tak boleh, tak kan nak makan screen pula dah la ada tengok resepi kek coklat moist, coklatnya meleler warna kek yang pekat di tambah pula tengok waktu tengah lapar. Ishhh, tak boleh jadi rasa nak gigit laptop ni je bila nafsu menguasai diri. Nasib baiklah masih boleh sabar lagi. Kalau tak ada juga nombor yang hilang dekat laptop.

BAHAYA betul baca blog tengku butang, makin nak puasa makin banyak pula resepi yang dia kongsi nasib baik belum puasa lagi boleh la pi cari dekat pasaraya beli dan makan puas-puas nak buat tak sempat kena tunggu nak siap masak, tak kuasa zira nak buat time tengah lapar. Melainkan teringin nak rasa air tangan sendiri. Eh, ceh macam pro je buat jadi ke idak tu.


Zira ada baca satu artikal di blog http://www.syamimisaad.com/ tentang sambal petai, Ya allah sekali lagi aku di goda dengan makanan yang aku suka tiba-tiba teringat sambal petai masa sepupu Zira kawen minggu lepas. Memang sedap sambal petai tapi petai sikit tak puas makan, punya la korek sambal nak cari petai ibarat cari HARTA KARUN sedap gila makan nasi panas-panas dengan sambal petai. Anda yang tak suka makan sambal petai tu baik cuba baru tau rasa nikmat makan.

Nak tau kenapa Zira suka, petai ni kalau kita makan rasa rangup walaupun dah masak. Bila kita kunyah tu rasa nak kunyah lagi beza sangat kalau makan kerepek walaupun ia juga rasa rangup tapi bila kunyah rasa tak sama. Jika anda dengar ura-ura makan petai KENCING HANCING itu semua mereka yang tak tau basuh bila kencing. memanglah kencing itu hancing. Ada ke kencing bau minyak wangi? nak tau juga kalau wangi, wangi tu macam mana tertanya-tanya sambai sekarang. Lain kali nak kencing tu basuh bersih-bersih barulah tak tinggal bau.


Blog http://www.wawaashiharaa.com/ suka tulis pasal kecantikan. Ada juga wawa ni buat video cara makeup senang je bila Zira tengok cara dia makeup. Cepat betul, calit sana calit sini siap, wah ni kalau keluar dengan somi tak perlu ambil masa lama nak solek. Macam-macam teknik yang wawa ni ajar tapi Zira satu pun susah nak ikut mungkin kurang barang kot itulah tak menjadi.

Sebelum ni ada tengok gambar, wawa ni selfie gambar katanya meup awek cendol. Eh dah kenapa nak ikut awek cendol dah la menyampah kadang aku tengok. Pipi merah macam terlebih blusher letak ni mesti kejap je abis pakai blusher tapi memang menjadi wawa ni makeup awek cendol pandai dia makeup. Anda yang nak belajar makeup boleh baca blog wawa, barang makeup yang dia pakai pun tak mahal dekat Guardian pun ada tau.


Bila tengok orang lain bercuti kita pun teringin nak bercuti, cenburu tengok mereka yang dapat bercuti dengan keluarga atau kawan. Dekat blog http://www.cahayapermata.my/ ada beberapa artikal yang telah di kongsikan tempat-tempat menarik. Kalau yang ada plan nak bercuti di Perak boleh baca artikal Ajla, mana tau nak survey harga dulu ke nak simpan duit untuk bercuti. Sebenarnya nak bercuti ni tak perlu duit yang banyak melainkan kalau nak pergi shopping memang kena simpan duit lebih.

Bagi yang nak cari tempat tinggal untuk bercuti, memang detail la si Ajla ni share dekat blog, Anda kena baca dari ke HOMESTAY sampailah ke tempat-tempat yang menarik untuk di lawat. Anda boleh belajar cara proses sabut kelapa, macam-macam kita boleh buat dengan kelapa. Dalam dan luar boleh guna tak rugi kalau dapat lawat tempat-tempat macam ni. Bagi yang ada anak nak membesar Anda boleh bawa mereka tengok sendiri cara proses kelapa.


Blog http://www.zazaiman.com/, Zira suka tengok ownernya makin lama lakin cantik pula. Tak taulah apa yang dia pakai, kena stalker blog zaza ni baru tau rahsianya, tak makeup cantik bila makeup lagi super cantik. Banyak jenis produk yang zaza di pakai, bila tengok kelebihan produk yang dia guna bagus-bagus patutlah nampak makin lawa.

Yang paling Zira suka artikal yang Zaza ni share ialah masker telur tak perlukan modal yang besar nak pakai masker. Pi dapur itu je tip yang di share, Sambil PAKAI MASKER sambil goreng telur sedap tu kulit cantik dapat perut pun kenyang. Ada 5 cara yang di kongsilah oleh zaza nak tau apa bahan-bahannya kena baca blog beliau. 


Bagi yang tak tahu, Wendy adalah blogger Chinese http://www.wendypua.com , bagi yang tak tahu tentang fashion, anda boleh usha blog wendy macam-macam dia share pasal fashion. Dari hujung rambut hingga hujung kasut. Cara nak shopping dengan cara yang jimat pun ada di kongsi, yang ni mesti orang perempuan sukakan. Sangat mudah nak beli barang online dan cara jimat jika tau stepnya.


Bagi yang nak tau cerita tentang kekeluargaan, dan nak mendirikan rumah tangga sesuai sangat baca blog ni https://www.dianarashid.com/ bila baca perkongsian yang ada dekat artikal beliau rasa seronok berkahwin walaupun takde pengalaman lagi. Cari ilmu kekeluargaan dulu baru rumah tangga bahagia di samping cari jalan menyelesaikan masalah kekeluargaan jika ada apa-apa berlaku kita dah tahu cara nak selesaikannya.

Kadang masalah KELUARGA berpunca dari wanita, ada juga bercunca dari lelaki bergantung diri seseorang itu. Kalau tahu cari jalan penyelesaiannya rumah tangga akan harmoni tapi bagi yang kurang ilmu rajin-rajin cari info cara untuk selesaikannya antaranya baca blog Kak Diana, Best pula baca artikal kenapa semakin ramai wanita cari jodoh melalui online antaranya senang nak stalker tapi kena tahu caranya sebab Zira ada pengalaman jodoh online dan jodoh orang tua, tapi kawinnya susah nak cakap bila dapat kawin.


Zira suka baca TUTORIAL di blog http://www.cikash.com , macam-macam tutorial yang di kongsikan oleh Sharifah Ashikin nama sebenar Cik Ash. Cik Ash juga antara blogger yang ramah , tutorial yang di kongsikan pun senang kita nak faham terutamanya cara letak watermak di melalui Photoscape, sangat mudah nak buat tapi anda perlu download terlebih dahulu photoscape.


Inilah secara ringkas antara sebab kenapa ira suka baca blog-blog mereka, setiap blog ada info tersendiri dan keistimewaan masing-masing berbeza. jadi jika anda nak tau info tentang keluarga, fashion atau makanan boleh rujuk blog yang telah Zira kongsikan tadi.

9 comments:

  1. blog2 yang selalu ain usha ni.hehhehe..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih hazirah.. Alhamdulillah seronok dpt kenal2 dgn blogger2 dalam list ni.. Masing2 ada kelebihan mereka kan

    Utk kulit zaza pakai ephyra dgn satu cream jerawat dari farmasi

    ReplyDelete
  3. Menarik blog-blog mereka. Ros sendiri pun suka singgah blog mereka, banyak perkongsian kan.. resepi, kecantikan, isu semasa. Ha itulah yang orang cari :)

    ReplyDelete
  4. Semua kita kenal juga..cuma ada yang belum junpa..ada yang dah jumpa

    ReplyDelete
  5. Thank you zira pilih kita.. Hehe.. Yg lain lagi hebat2... Wawa suka baca blog org snyap2.. Jd silent readers.. Hehehe..

    ReplyDelete
  6. Semua blog yang best2..Rajin update dan aktif kat sosial media.. tahniah semua..

    ReplyDelete
  7. semua blogger2 hebat ni. Ada yang CR dah baca lama da blognya, ada yg baru CR follow.
    semoga semuanya makin maju dlm dunia blogger :)

    ReplyDelete
  8. Mekasih zira selitkan sikit cerita kita diblog. 🤗
    Amboi.. Ramainya yang tergoda dengan sambal petai. Hehe

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.