Header Ads

Majlis Extravaganza Gala Night by Ilham Qaseh

Majlis Extravaganza Gala Night by Ilham Qaseh, Zira ni dulu tak tahu jenama-jenama shawl ni yang tahu asal besar dan panjang je shawl, jenama-jenama ni tolak tepi maklumlah budak tak berduit tapi satu je yang zira tahu nama shawl pashmina. Itu je la nama shawl yang tahu. Bila orang tahu shawl apa kau pakai cantiklah beli dekat mana ya? 


Zira dengan laju cakap tanpa berfikir, ala pashmina je. Walhal jenama lain, kalau ownernya tau mau mengamuk dia tapi itu dulu waktu tak tahu jenis dan nama shawl. Sekarang dah advance sikit bila datang ke event-event dan beramah mesra dengan pengasas yang mereka shawl tersebut. Wah, rasa bangga dapat hadir ke Majlis Extravaganza Gala Night by Ilham Qaseh ni. Cantik shawl yang pengasas tu pakai.

Tema malam itu adalah glam yang menyinari malam gala night di SACC convention center, tema tersebut membuatkan ramai yang nampak cantik dan bergaya dengan shawl Ilham Qaseh pandai dorang gayakan. Kadang terfikir macam mana nak pakai tu, Okey bagi yang tak tahu gayakan shawl tapi teringin nak pakai, Ilham Qaseh ada bagi tutorial bagaimana pakai shawl by Ilham Qaseh, mudah je kalau tak tahu juga pakai je shawl Instant lagi senang.



Founder ilham qaseh iaitu ROSNIZAN MD NAWI aka Che Zan tapi ramai yang mengenali beliau dengan panggilan Mem. Che Zan iaitu Mem muka dia persis Che Ta, cantik ja tengok. Serius, kalah kulit zira ni muka dia nampak bersih je. Beliau berpengalaman dalam online fashion hijab sejak tahun 2011 lamakan. Tahun 2011 ni zira baru nak abis diploma semester akhir, kelulusan beliau seni persembahan di UITM.

Antara rekaan ilham Qaseh ialah :-
1. Qaseh Wide Shawl
2. Qaseh Instant Shawl
3. Qaseh Twist Shawl
4. Qaseh Easy Shawl
.
Peminat SHAWL boleh dapatkan Ilham Qaseh, mudah nak gayakan kalau tak tahu boleh tengok website atau instagram. Untuk peminat shawl Ilham Qaseh ini sebenarnya mempunyai beberapa pengedar dan stokis di seluruh Malaysia, Singapore, Indonesia, Brunei, Thailand dan Timur Tengah. Pejabat berapa di Seksyen 14 Shah Alam.


Pelancaran ini memang nampak formal tapi santai, tengok gelagat Zahid dengan Bella dekat depan memang comel. Sempat lagi dia orang ngusik tetamu yang hadir malam tu. Ramai yang datang ikut tema, glam habis malam tu mengerlip tengok, stokis dan agent apa kurangnya, masing-masing nak nampak glam.


Bagi tetamu yang hadir mereka  terima satu selendang dalam goodies bag, terus zira tengok jenis kain dan material yang di reka oleh ilham qaseh. Bila dapat pegang sendiri selendang tersebut barulah tau kenapa ramai suka gayakan selendang by Ilham Qaseh. Siapa yang jenis rushing tapi gatal nak bergaya boleh dapatkan instant shawl di era permodenan ini tak susah nak dapatkan shawl segera bukan sahaja makanan pakaian tu ada yang segera.

KELEBIHAN SHAWL ILHAM QASEH


1. Mudah di gayakan
2. Hanya beberapa step sahaja untuk bersiap
3. Material yang lembut dan tidak panas
4. Sesuai untuk tema glam dan gilter serta nak nampak seri di hari raya
5. Bidang yang besar, sesuai untuk mereka yang bertudang labuh tetapi ingin bergaya
6. Banyak pilihan Corak dan warna



Selain koleksi Shawl ilham Qaseh ada SWAROVS BROOCH. Brooch tersebut memang menepati cita rasa pelanggan sekarang kerana ia mempunyai bentuk yang unik dengan bahan berkualiti tinggi juga di reka oleh Chee Zan. Bila dah ada koleksi shawl mesti rasa nak dapatkan koleksi brooch pula, cantik designnya. Boleh di pin bahagian tepi shawl dan buat juntai seperti anting-anting memang akan nampak kreative bila pakai.


Masih ada ke yang tak tahu pakai shawl Ilham Qaseh? anda boleh tengok di website Ilham Qaseh cara-cara pakai shawl dengan cepat dan pantas. Bila anda gayakan shawl ni, pasti nampak bergaya sesuai sangat buat raya dengan gaya shawl yang terbaru.



5 comments:

  1. Bolehlah beli utk pakai raya nanti...sure meletop hihi

    ReplyDelete
  2. Cantik lak yg dia pakai kt kepala tu.. Tu owner kan? Ada long shawl skli kan zira? Mahal x ek harga dia?

    ReplyDelete
  3. cantik-cantik shawl dia kan..suka pulak TB tengok.. shawl instant tu pun dalam wishlist TB tu.. huhu.. almaklumlah.. ada beg tangan ni (baby) nak kan shawl yang mudah dipakai je.. cepat ..haha

    ReplyDelete
  4. Wow! Menarik semua warna pilihan dia!

    ReplyDelete
  5. menariknya....meriah event....salam perkenalan....

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.