Header Ads

Muka Cantik Tapi Gigi Kuning l Aril Glow

Muka cantik tapi gigi kuning l Aril Glow. Dulu selalu terfikir macam manalah tengok gigi artis putih-putih. Bila tengok iklan kena gosok gigi pasti gigi akan bersih.

Zira dari kecik sampai besar sental gigi dengan berus tak juga putih. Kerap pula belek gigi dekat cermin dengan harapan gigi esok putih itu "mustahil" bila ada iklan pen pemutih gigi khas untuk putihkan gigi, mulalah nak try sebab gosok gigi tak putih-putih.


Pen pemutih gigi ARIL GLOW, membantu memutihkan gigi tanpa perlu jumpa doktor. Anda boleh lakukannya di rumah, berkesan selama 30 minit dan di luluskan oleh KKM. Walaupun pakai pen pemutih gigi moden ni tapi zira tetap gosok gigi untuk mengelakkan bacteria, sebab macam-macam kita makan.

APAKAH SENSITIVITI GIGI

Bagi yang tak biasa pakai mungkin rasa lain macam dan mungkin sesetengah orang akan alami gigi sensitive tapi sementara je, anda tak perlu risau akan hilang kesensitifan gigi tu selepas rawatan di hentikan. Ia di sebabkan oleh gel yang membuatkan stuktur gigi kekurangan air untuk tembus dan bersihkan kotoran gigi.

Ini pakacing lama, hanya ada satu pen pemutih saja, terbaru ada dua dan pakacing lebih exclusive. 

Kandungan yang terdapat di dalam gel ini ialah glycerin di mana ia menyerap air daripada gigi, sekaligus mengganggu keadaan isotonic dan menyebabkan gigi sensitive. Bagi tau kurang faham, erti kata lain ialah semasa proses pemutihan gigi yang menyebabkan sensitive tapi siapa yang masih rasa gigi sensitive di galakkan menggunakan ubat gigi sensodyne.

ADAKAH IA MERBAHAYA PADA GIGI?

Pemutih gigi Aril Glow tidak akan menyebabkan gigi menjadi nipis dan menukar permukaan gigi. Walaupun anda pakai 10 sekalipun. Anda boleh pakai berapa lama sekalipun sampai dapat tengok keputusan yang memuaskan.

Kesan pemutihan gigi tak kekal jika anda tak jaga pemakanan, gigi semula jadi akan kotor dan kuning dari masa ke semasa, ia bergantung pada pemakanan kita juga. Kalau nak kekal elakkan minuman soda, wine, rokok dan makanan berwarna yang boleh menyebabkan gigi kuning.


Pernah tak tengok atau belek gigi kita makin lama makin kuning sedangkan gosok gigi hari-hari, itulah puncanya sebab tak jaga makan. Zira akui kadang jeles tengok model, atau artis gigi cantik je putih pula tu, kita tak tahu rahsia gigi putih sebab tak di dedahkan, kalau ramai tahu mesti berebut-rebut nak Aril Glow.

SIAPA YANG BOLEH GUNA PEMUTIH GIGI ARILGLOW

  • Umur 12 tahun ke atas
  • Mereka yang mempunyai masalah gigi kuning
  • Lelaki dan wanita
  • Ibu menyusu
  • Mereka yang memakai braces
  • Wanita mengandung tidak di galakkan 

Elakkan perkara ini selepas rawatan (24-48 jam) 

Selepas rawatan pemutihan, liang-liang enamel akan terbuka dan ini menjadikan lebih mudah terdedah kepada apa-apa kotoran. Apabila liang tutup, dimana biasanya terjadi 24-48 jam selepas prosedur. 
  • Gigi palsu
Ia hanya berkesan pada gigi semula jadi sahaja, kalau ada yang nak putihkan gigi anda boleh cadangkan pemutih Aril Glow tapi bagitau awal ia untuk gigi semula jadi takut ada rakan anda pakai pastu kata tipu sebab dia letak dekat gigi palsu. 
  • Minuman yang bersih 
Tadi zira ada bagitau nak kekalkan gigi putih elakkan air berwarna kerana ia boleh menyebabkan gigi kuning, jadi air yang boleh di minum seperti air masak, air suling dan susu. Lemon, jus oren dan apa sahaja jus buah perlu di elakkan. Teh, kopi, minuman bergas serta minuman tenaga juga perlu di elakkan untuk mengekalkan gigi putih.

  • Makanan yang perlu di elakkan 
Antara makanan yang kita tak sedar dan membuatkan gigi kurang putih ialah lobak, buah oren, brokoli, bayam, coklat, tomato, mentega. 

CARA PENGGUNAAN 
  1. Elakkan guna mouthwash sebelum rawatan, bersihkan gigi terlebih dahulu menggunakan tisu sehingga keluar apa sahaja yang melekat pada permukaan gigi dan gigi dalam keadaan kering.
  2. Ambil pen pemutih gigi dan putihkan mengikut arah jam sehingga keluar gel. 
  3. Apabila gel keluar, sapu pada permukaan gigi pastikan sapu hingga rata. Sapu nipis sudah memadai dan elakkan terkena gusi. Biarkan selama 30 minit serta jangan telan dengan sengaja.
  4. Kemudian tutup mulut, kumur dan bilas dengan air paip. Selepas itu, berus gigi dan gosok sehingga keluar gel yang masih melekat pada gigi. 
  5. Gunakan 2 kali sehari, waktu paling sesuai ialah waktu pagi dan malam sebelum tidur. 
  6. Pakai secara konsisten untuk kesan yang terbaik. Simpan di tempat yang sesuai dan elakkan terkena matahari. Boleh letakkan di dalam peti ais tetapi jangan letak dalam freezer. 
Anda boleh lihat testimoni mereka yang sudah pakai pen Pemutih moden ini memang berkesan, mereka yang isap rokok tu wajib cuba sebab lepas pakai mesti tak percaya itu adalah gigi anda putih dan bersinar. 



Pengalaman pakai produk Aril Glow ni, memang rasa lain, mana taknya masa nak sapu kat gigi terkena gusi tapi jangan risau tak bahaya pun. Alhamdulilah, Allah panjangkan umur dan zira masih sihat.

Nak pesan sikit, elakkan minum air panas atau sejuk ia tak bagus selepas rawatan boleh mengubah suhu pada gigi anda. Bulan puasa ni, sedapkan minum air sejuk dapat hilangkan dahaga. Kalau nak minum tunggu 4-5 jam, guna gincu "smudge proof" untuk pastikan lipstick tidak terkena pada gigi kerana lipstick boleh menyebabkan kotoran pada gigi. Boleh order di website. 

Website : arilglow.com
Page : arilglowhq

8 comments:

  1. Wah, menarik ni... Boleh la nak try...

    ReplyDelete
  2. Benda ni akan nampak kesan dalam berapa lama ya.. Haritu zaza ada jugak google pasal nak putihkan gigi.. Tapi banyak jumpa yang jenis arang.. Ni jenis macam pen mcm senang je guna dia..boleh simpan dalam peti ais jgk yea

    ReplyDelete
  3. sally pernah guna pelekat utk putihkan gigi...mmg jadi tapi bukan utk jangka masa lama la sebab kita still makan minum setiap hari kan...boleh suggest kat kengkawan

    ReplyDelete
  4. wah.. macam2 yea produk pemutihan gigi sekarang ni.. ingatkan ubat gigi dan arang je.. sekarang gel bentuk macam pen pulak. senang nak bawa mana2 ni

    ReplyDelete
  5. gigi kunibg sebab minum kopi tiap hari..hehehhe... memang time menyentak tu sampai nak patah berus gigi..hahaha..ada juga gigi sensitif..sampai terpaksa cabut pun pernah. rasanya akak pun kena dapatkan produk ni.

    ReplyDelete
  6. I pun nak try this because my teeth become yellowish because of drinking too much coffee

    ReplyDelete
  7. apa rasa ek...teringin gak nak try
    jemput ke Blog saya, ada GIVEAWAY sedang berlangsung...TQ

    ReplyDelete
  8. wah menarik
    bagus dicuba nih

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.