Header Ads

Jenis-Jenis Sunblock Yang Sesuai Untuk Wajah Kita

Sebenarnya sebelum ni keluar tak pakai sunblock sebab bagi Zira foundation dah cukup sebab ada SPF. Bila pergi Spa buat facial mereka akan check wajah kita untuk tahu apa masalah pada wajah kita, rupanya kita tetap kena pakai sunblock. Harga sunblock agak mahal tapi ada juga yang murah, di sebabkan zira tak pakai sunblock sebelum ni beli lah mahal sikit tapi sebelum beli survey dulu sunblock apa yang sesuai untuk di pakai.

Sebelum beli kena tau masalah kulit untuk selesaikannya ada beberapa brand zira tengok, kulit zira ni berminyak, kadang kering tapi lebih kepada berminyak. Jika anda nak pilih sunblock juga boleh survey dahulu dan baca apa kelebihan produk tersebut. Kalau kita main beli sunblock tapi masalah kulit kita adalah sensitive masalah tetap tak selesai. Antara produk. Yang zira survey adalah:-

Nivea Sun Face Protect and Moisture Cream SPF 50


Bukan sahaja badan kita perlu di lindungi tetapi muka juga perlukan perlindungan dari sinar matahari. Nivea Sun Face Protect and Moisture Cream SPF 50 di perkara dengan vitamin E dan anti-oksida juga dapat mengurangkan penuaan, bintik hitam dan sel kulit mati. Harga sunblock ini agak murah bagi yang tiada budget anda boleh cuba sesuai untuk kulit kering sebab ia juga melembapkan wajah sehingga ke dalam kulit.

L'Oréal Dermo Expertise Uv Perfect Advanced Porcelain 30ml


Sesuai untuk kulit kering kerana losyen perlindung ini mampu melindungi kulit selama 12 jam. Di perkara dengan lapisan mexoryl untuk memberi perlindungan pada kulit muka agar bebas dari radikal bahaya. Sesuai juga bagi mereka yang aktif bersukan dan inginkan perlindungan sepanjng hari.

Hada Labo Air UV Moist SPF50++

Gambar Sumber google

Terbaik untuk kekal remaja, Sunblock jenis krim ini mempunyai 5 sistem peetahanan UV untuk perlindungan sepenuhnya dari sinar matahari. Ia bukan sahaja dapat melindungi kulit malah dapat mengekal keremajaan pada wajah anda iaitu mempunyai bahan anti penuaan, bebas dari garisan halus dan kedutan.

Senka Perfect UV Gel SPF 50


Sunblock terbaik gel untuk kulit jerawat. Sunblock ini jenis ringan dan tak melekat bila anda memakainya. Mempunyai hyaluronic yang memberikan perlindungan pada kulit dan tahan lama untuk muka dan badan anda. Mudah di bersihkan dan untuk kegunaan harian.

Biore UV Perfect Face Milk 30ml



Sunblock murah sesuai untuk kulit berminyak. Di rumus khas menghalang kulit dari melekit dan berminyak, juga boleh di jadikan asas solekan pada wajah. Perlindungan tahan lama dari sinar UVA/UVB sesuai untuk kulit berminyak kerana tidak menyumbat liang pori pada kulit. 

SKII  Facial Treatment UV SPF 25



Produk ini sangat popular, memang tak asing lagi bagi kita SKII juga mempunyai sunblok yang mampu melindungi kulit kita, antara kandungannya ialah Pitera ia bagus dan mudah di serap walaupun kulit anda berminyak ia boleh membuatkan kulit anda halus, lembut dan terlindung dari sinar matahari.

Parasol Sunblok SPF 33



Sunblok ini sesuai untuk pelbagai jenis kulit seperti normal, sensitif, berjerawat, acne-prone skin yang mudah berjerawat. Parasol Sunblok SPF 33 mampu melindungi sinar matahari UV yang baik sekitar 5 jam. Memang jimat jika anda mencuba sunblok ini kerana semua jenis kulit boleh pakai.

TIP PEMILIHAN SUNBLOK YANG BETUL MENGIKUT JENIS KULIT

  • Kulit kering - Sesuai mencari yang berbentuk krim atau lotion
  • Kulit berminyak - Anda boleh cari sunblok jenis gel atau oil free


  • Kulit sensitif - Anda boleh pilih yang berbentuk gel dan tidak mempunyak pengawet atau bau


  • Kulit berbulu - Anda boleh pilih jenis gel atau spray


  • Kulit gelap - Cukup dengan SPF 15
Tip menggunakan sunblok 
  1. Sapu sunblok 15-30 minit sebelum memulakan aktiviti harian
  2. sapu pada semua permukaan kulit yang terdekat pada cahaya matahari
  3. Sapu juga lipbalm yang mengandungi SPF, UVA dan UVB
  4. Gunakan berulang kali, dan guna lebih kerap jika anda  melakukan aktiviti renang dalam air.
  5. Semak terlebih dahulu tarikh luput sebelum pakai
Anda boleh pilih mana-mana sunblok yang sesuai dengan kulit anda, Kalau tak pasti boleh tengok cara pemilihan sunblok sebenarnya banyak lagi sunblok yang dekat luar sana elok tapi zira survey ini je dan nanti zira review sunblok mana yang menjadi pilihan dan kenapa pilih sunblok itu, Sekarang tengah try lagi, buat masa ni okey dan selesa pakai.


8 comments:

  1. Tq for sharing kak iuzira..Rabia ada pergi farmasi tadi..Kalau boleh boleh beli yg nivea tu

    ReplyDelete
  2. macam macam jenis sunscreen di pasaran. Yang penting kena pilih yang sesuai dengan jenis kulit kita

    ReplyDelete
  3. Rupanya kena juga pkai sunblock eh. Kita ni nak pkai FD ke krim muka pun ada masa mlas. Sunblock lg la memang takde dalam simpanan.

    ReplyDelete
  4. Byk sunblock ni kan.. Kena pilih yg sesuai dengan skin kita gak kan

    ReplyDelete
  5. terima kasih untuk tips ni Zira. baru je berjinak pakai sunblock ni.. yess, dah jumpa yang sesuai...

    ReplyDelete
  6. Macam-macam jensi sunblock ada sekrg, pilih sesuai ikut kulit muka kita..kadang ada sunblock buat muka kita minyak

    ReplyDelete
  7. Spotted a few that I use and you mentioned above too. Sun protection is very important even though we don't go out we still have to apply sun protection every day.

    ReplyDelete
  8. Good info. Sebelum ni ingatkan sunblick ni hanya untuk melindungi kulit dari sinran mathari, rupanya ada fungsi masing2 mengikut produk

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.