Header Ads

Buffet Ramadhan 2019 Villa Istana Melaka

Buffet Ramadhan 2019 Villa Istana Melaka, assalamualaikum semua kali ni zira nak share tempat berbuka puasa dekat Melaka mesti ada yang nak tau, selalu share dekat Selangor/KL. Warga Melaka yang nak merasa menu berbuka di tempat lain zira cadangkan kepada anda datang ke Ayer Koreh, Melaka.





Villa Istana Melaka ini terletak di Ayer Keroh, Melaka siapa pernah tengok cerita 'Jodoh-jodoh Annisa' di Astro Prima di sinilah tempatnya set penggambaran yang mereka buat. Sempena bulan Ramadhan 2019 Villa Istana Melaka menyediakan buffet bertaraf 5 binatang yang pastinya ramai pengunjung suka kerana ia memenuhi citarasa orang ramai.



Bukan itu saja, layanan dan perkhidmatan yang bagus semasa menikmati juadah berbuka sepanjang Ramadhan memang memuaskan ketika berbuka juadah sepanjang bulan Ramadhan 2019. Kadang service yang kurang baik membuatkan kita tak puas hati tapi di sini memang bagus dan di yakini berbaloi.




Ini antara pakej family yang di sediakan. 

MENU BUFFET RAMADHAN 2019 VILLA ISTANA MELAKA 

Sajian Menu Buffet Ramadhan 2019 @ Villa Istana Melaka menyajikan pelbagai sajian traditional dan moden yang digabungkan dengan aneka juadah 'Menu Wajib' antaranya ialah Kambing Grill, Nasi Briani dan Nasi Serai yang di hidangkan dengan Ayam Masak Merah, Ayam Goreng, Daging Bakar Masak Lemak Ciki Padi, Daging Dendang, Dading Rendang, dan banyak lagi.










Alamat 
Villa Istana Melaka 
Lot 11319 PM1313 Jalan TU1, 
Taman Tasik Utama Ayer Keroh, 
Melaka. 

Harga Buffet Ramadhan 
Dewasa : RM45.00 (per pax) 
Kanak-Kanak : RM29.00 (per pax) 

KEMUDAHAN YANG DI SEDIAKAN

Tempat makan yang selesa, serta di lengkapi dengan penghawa dingin ia mampu memuatkan 500 tetamu dalam satu masa. Dewan ini juga menyediakan wifi percuma sebab itu ia menjadi pilihan ramai untuk berbuka tak kira bersama ahli keluarga, rakan sepejabat dan majlis meraikan anak-anak yatim.

Penyediaan ruang parking yang luas memudahkan pengunjung untuk datang makan di sini. Tandas awam dan bilik solat juga di lengkapi dengan sejadah, selipar, serta tempat wuduk agar para pelanggan dapat menunaikan solat magrib dan isyak dengan selesa selepas berbuka.








Di sebabkan ramai pengunjung gemar datang anda di galakkan membuat tempat terlebih dahulu untuk mengelakkan kekecewaaan. Buffet Ramadhan 2019 Villa Istana Melaka ini berlangsung 6/5/2019 - 1/6/2019. Anda juga boleh menempah bilik penginapan di Villa Istana Melaka, design bilik nampak mewah dan ruang yang luas. 

Tempahan untuk keluarga, korporat dan berkumpulan juga di sediakan terdapat tawaran pakej menarik untuk anda. Jika anda ingin membuat tempahan atau ingin bertanya pakej-pakej menarik yang di tawarkan zira kongsikan detail untuk memudahkan anda hubungi mereka.


Facebook

Instagram 

Nombor telephone 
06-233 0205
017-340 8715
016-790 0804
010-794 0115
017-335 7466

1 comment:

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.