Header Ads

ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY - REMAJA AUTISME BERJAYA DALAM SENI MUZIK

Ariq Azhafi aka Timeboy - remaja autisme berjaya dalam seni muzik. Bagi sesiapa yang masih belum mengenali Ariq Azhafi atau nama penuh beliau Mohamed Ariq Najmi Bin Mohd Azhafi berumur 17 tahun, telah dilahirkan pada 04 Disember 2001 di Muar Johor. Ariq adalah remaja istimewa dan berani tampilkan diri untuk membuktikan bahawa dirinya juga layak untuk berjaya sama seperti orang lain.

Beliau digelar “TimeBoy”??? 
Tak semua remaja berani seperti ariq walapupun beliau istimewa tetapi beliau cuma menggunakan kelebihannya untuk tampil menjadi lebih berani. Ariq jarang untuk bercakap dan hanya bersuara pada masa tertentu sahaja. Mungkin pada pandangan mata kelihatan normal tetapi Ariq agak sukar untuk memulakan perbualan.


Sewaktu umur Ariq 10 tahun (selepas 2 tahun proses rawatan dan terapi) doktor telah mengenal pasti dan mengesahkan bahawa beliau ialah seorang Autisme (Sindrom Asperger) iaitu dalam katagori masalah pertuturan. Namun ianya tidak menghalang remaja istimewa ini untuk meneruskan dan mendalami minat dan bakat seni muzik beliau.

Tentu ramai yang tertanya-tanya, apa yang membuatkan Ariq berani untuk ke depan? Katanya selain daripada minat, Ariq nak membanggakan keluarga bahawa dia juga mampu memperbaiki diri ke arah lebih baik. Menurut kata ayahnya, sejak Ariq hadirkan diri ke kelas vokal, sedikit sebanyak dapat membantu memperbetulkan percakapan Ariq dengan lebih baik.




Pada awalnya, Ariq hanya suka menyanyi dan bermain gitar sebagai hobi tetapi klimaks Ariq bersunguh-sungguh untuk tampil menyanyi bermula daripada persembahan mini konsert anjuran sekolah muziknya. Galakan daripada keluarga dan cikgu vokal supaya Ariq lebih banyak bergaul dengan orang ramai agar lebih yakin pada diri. Ha, sebab itu sebagi ibu bapa harus menyokong minat anak sebab kita sendiri tak tau apa kelebihan mereka.



LAGU “KITA” SEBAGAI TIKET ARIQ UNTUK BUKTIKAN BAKAT NYANYIAN

Lagu dan lirik "KITA" ini dicipta oleh ayahnya untuk beliau sebagai permulaan dan pengenalan Ariq Azhafi di persada seni muzik tanahair.

"KITA" menceritakan tentang perhubungan kasih antara keluarga dan sahabat. Dari sudut yang tersirat pula, "KITA"merupakan satu metafora untuk golongan istimewa ini. Secara khususnya, lagu ini juga adalah lambang kasih sayang seorang ayah kepada anak istimewanya.




Akhir sekali, ucapan dan harapan daripada Ariq Azhafi :

" Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah SWT di atas segala kurniaanNya ini.

Kepada Ayah, Mama, Atok Aki (pencetus minat seniku) dan Atok Wan, terima kasih yang tidak terhingga di atas segala pengorbanan, kasih sayang dan sokongan yang tak berbelah bagi.Teristimewanya pada Atok Aki dan Atok Wan yang bersungguh untuk Ariq masuk ke kelas vokal dan muzik di Melaka.

Kepada Uncle Ijam #BJProStudio terima kasih di atas segala semangat, galakan dan kepercayaan anda... juga semua warga BJ Production Studio dan Muo FM terima kasih diatas segalanya.



Terima kasih kepada Pengetua, Cikgu Norhan, Cikgu Hana dan semua guru-guru unit Pendidikan Khas SMK Tengku Mahkota, Muar Johor. Teacher Kevin Ong, Ms Yeo and Mr Steven, tq so much for all the encouragements and all the supports in every way.. and i am still in the learning process 😆
Terima Kasih juga kepada Uncle Zai @ Dean Mohamed di atas segala pengorbanan masa dan tenaga untuk menjayakan Video Klip "KITA".


11 comments:

  1. Tahniah ariq berani buktikan kebolehan diri. Semoga success selalu.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah rezeki sentiasa ada untuknya. Ya Allah jngan kau putuskan rezeki anak ini . Amin

    ReplyDelete
  3. siapa kata budak autisme x boleh berjaya

    ReplyDelete
  4. patut dibuat contoh.. bagus sgt.. moga terus berjaya..

    ReplyDelete
  5. Wah so inspiring, kalay ada azam and usaha maka semua boleh tercapai

    ReplyDelete
  6. It's not easy for an autistic boy to be able to do this

    ReplyDelete
  7. Mereka yg autism ni sebenarnya mempunyai kemahiran dan bakat masing, good luck adik Ariq

    ReplyDelete
  8. Ensem la ariq ni. #Ehh.. Haha
    Tak nampak pun mcm ariq ni ada kekurangan tau. Tahniah ariq, sebab berani tonjolkan bakat.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. yang penting kuat semangat dan berani untuk ke depan demi kehidupan yang seperti orang normal.. hensem adik ariq ni kan..

    ReplyDelete
  10. Wahhh smart ariq ni.. Anak istimewa.. Moga berjaya selalu

    ReplyDelete
  11. Tahniah Ariq dan keluarga.. semoga terus succes ya..

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.