Header Ads

APA YANG MENARIK DI PROGRAM NAK UBAH HIDUP - NUH 2020

Apa yang menarik di program Nak Ubah Hidup, NUH 2020. Pertama kali zira joint event Nuh di Setia City Convention Centre (SCCC) anjuran Richwork. Program ini untuk memberi semangat kepada mereka yang Nak Ubah Hidup menjadi lebih baik dan berpeluang berjumpa orang-orang yang dah berjaya. Zira tak sangka ramai peserta yang sertai program ini pelbagai latar belakang.



Program ini selama 3 hari bermula 25 January hingga 27 January 2020. Ramai juga usahawan kecil yang sertai program ini, bila berpeluang beramas mesra dengan peserta lain kebanyakkan bukan sahaja mereka duduk di Selangor tapi satu Malaysia, dari Ipoh, Melaka, Kelantan. Memang kagum sangat tengok semangat mereka datang dari jauh untuk sertai program NUH.

Percaya atau tidak hidup kita akan berubah jika kita berusaha dan berjumpa mento yang tepat untuk mengajar kita tentang perniagaan. Bagi Zira program ini sangat memberi motivasi kepada diri bagaimana rezeki kita boleh tersekat sedangkan kita hampir berjaya. Bila dapat peluang sertai, memang tak sabar sebab sebelum ni nak sertai program NUH tapi tak dapat hadir. 


Zira pun tak nak lepaskan peluang berkenalan dengan rakan baru serta bernetworking bersama mereka.

Bila berada dalam circle orang-orang positif kita lagi bersemangat nak buat sesuatu sampai habis. Bila kita terima ilmu yang sama dan dalam suasana yang tenang dan hati lapang sepanjang program berjalan feel untuk usaha lebih tu lain, sebab bersama orang-orang hebat dan berjaya. Kali ni nak kongsi apa yang menarik semasa program berjalan selama 3 hari.

4 Perkara yang menari di Program Nak Ubah Hidup (NUH 2020)

  1. Program berlangsung semasa tahun baru cina, selama 3 hari apa yang anda perlu tahu kebanyakkannya mereka yang ada adalah buat perniagaan part-time dan ptogram ini sampai malam tentu penat program dari pagi sampai malam. Itulah semangat mereka yang nak ubah hidup berbeza dengan orang lain. Bila hari cuti mereka akan rehat di rumah atau bercuti bersama keluarga. 
  2. Program ini bukan sahaja satu Malaysia sertai malah ada dari Brunei dan Singapore. Hebatkan penganjur yang anjurkan program ini.
  3. Seramai 13000 peserta telah hadir, dan mempunyai impian yang sama. Ramaikan yang nak hidup berubah lebih baik. Walaupun ramai hadir tetapi tiap kali di anjurkan orang akan hadir sebab marketing sentiasa berubah-ubah untuk mengelakkan kita akan buat marketing yang sama perlu jumpa mento yang betul. 
  4. Kehadiran Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, jarang kita hadir program keusahawan Tun M datang tapi program NUH 2020 ni julung kalinya perdana menteri Malaysia datang.

Banyak juga sebenarnya program usahawan yang zira pernah joint, tapi ini program pertama yang zira joint Perdana Menteri Malaysia hadir. 

Selain itu, apa yang menariknya jutaan ringgit jatuh, walaupun bukan wang sebenar tapi ia dapat memberi perasaan pada diri kita bila ada duit banyak ramai orang kita boleh bantu. Ramai anak didik Dr. Azizan Osman yang telah berjaya termasuk mereka yang berlatar belakang luar bandar. 

Usahawan yang dah berjaya juga ada juga naik ke pentas berkongsi pengalaman mereka hari usahawan biasa kepada luar biasa, jualan mencecah jutaan ringgit. Zira sangat kagum semangat mereka yang usaha hingga berjaya. Walaupun hanya peniaga bantal, sate, sosej, kek dan macam-macam lagi tetapi jualan mereka sangat mengagumkan. 

 Kehadiran Tun M, sangat pengejutkan para peserta yang tak sangka beliau akan hadir walaupun seketika.

Sesi peminta maaf, supaya rezeki lebih mudah dapat. Waktu ni yang datang dengan pasangan masing-masing cari suami. Ada yang nangis tak jumpa suami sebab dekat dalam line slow bila call. 


Antara peserta yang hadir, dan bakal usahawan berjaya. 

Setiap usaha yang mereka lakukan adalah paling utama tindakan, jika tak ada tindakan tentu tak akan berjaya. Program yang di anjurkan Rickworks juga sangat membantu bagi meningkatkan jualan. Kejayaan ini bukan hanya tentang jualan tapi keberkatan serta keinginan kita nak berubah menjadi baik. 

APA YANG MENARIK TENTANG RICKWORKS INTERNATIONAL 

Rickworks adalah program terbesar dalam bidang pembangunan dan keusahawan dalam pemasaran untuk meningkatkan jualan. 

Visi Rickworks International adalah menjadi "Netflix" pendidikan usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan ackses mudah ke kandungan berorientasikan result dan penyelesaian. Rickworks.com untuk inspire, aducation, add value kepada komuniti di seluruh dunia.

Sepanjang 12 tahun sejak 2008, Richwork telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi master coach Azizan Osman. Yang menarik lebih dari 650,000 peserta lelah melanggan daripada 1500 acara dan seminar. Richworks telah berjaya melahirkan lebih 700 Small Medium Enterprises (SMEs) menerusi program mentoring Rickworks (Titanium dan Spire)

Antara topic dan pengisian yang di bincangkan adalah :-
  1. Pemasaran
  2. Pengurusan bisnes 
  3. Jualan
  4. Pematuhan undang-undang
  5. Perakaunan dan percukaian
  6. Kepimpinan
  7. Operasi
  8. Pelaburan
  9. Pembangunan diri
Strategi perniagaan dan impak dalam result terbukti berjaya. Rickworks berjaya membantu beribu-ribu usahawan dan jutawan dalam tempoh 6 - 24 bulan. Dalam tempoh ini juga kita sudah dalam rasa cukup singkat untuk berjaya berbanding mereka yang dah lama berniaga tetapi tahap masing sama. 


 Hayati kesalahan, dan renungkan apa yang kita perlu lakukan selepas ini. Itu adalah perkara yang akan membuatkan kita berubah pada masa hadapan.

Titanium Rickworks 

Program High Net Worth Coaching, adalah program mentoring membership setahun untuk membimbing bisnes melangkah dengan lebih cepat dan berkesan, dengan menunjukkan cara, jalan dan kaedah terkini untuk mengembangkan bisnes 10x ganda secara luar biasa. Antara kreteria untuk pemilihan program mentoring ini adalah bisnes yang telah mencecah jualan bulanan RM100, 000 sebulan.

Sejak 2015 menerusi program Mentoring Titanium Rickworks Dr. Azizan Osman telah memberi bimbingan kepada lebih 700 usahawan cekal dalam perkembangan dan pertumbuhan perniagaan mereka yang luar biasa dan jumlah anggaran jualan tahunan untuk kumpul mencecah lebih 800 juta setiap tahun.


 Setiap kenangan pasti tak akan berulang

Setiap langkah semua orang ada impian sama iaitu "Nak Ubah Hidup". 

Antara syarikat yang telah berjaya adalah Das Abdul Global, Nurraysa beauty, Noir, Hasnuri, Sabella, Mamasab, Sambal Che Nor, Jamumall, Eskayvie, Rempah Mak Siti dan ramai lagi yang telah berjaya. Ini mereka yang telah mempunyai jualan banyak. Ada juga pakej mentoring lain untuk mereka yang baru nak menjadi usahawan.

SPIRE RICKWORKS 

Program mentoring membership ini adalah untuk mereka yang berniaga dengan jualan minima RM30,000 sebulan untuk terus tambah ilmu dari segi sale dan marketing, compliance, operations dan Leadership. Program ini juga membantu bisnes usahawan untuk berada di landasan yang betul dalam membaik pulih dalam sistem bisnes supaya lebih cepat berkembang maju. 


Setiap kata-kata mentor perlu kits dengar dan ikut jika mahu berjaya. Kita mentor suruh bertepuk-tepuk tangan, ala-ala menari gitu anda tepuk jer, okey. 

Misi dalam Spire juga adalah untuk mengubah cara usahawan dan syarikat membina bisnes dengan menawarkan pembelajaran melalui bimbingan secara online dan untuk menawarkan penyusunan jadual secara efectif dengan menonton ilmu. " At anywhere and At anytime". 

Antara bisnes mentoring daripada anak didik Dr Azizan Osman ialah :-
  • Feshion dan pakaian
  • Kecantikan dan Kesihatan 
  • Makanan dan minuman
  • Perkhidmatan professional (doctor, peguam, akauntan, dan lain-lain) 
  • Pendidikan dan latihan
  • Perkhidmatan dan kewangan, insurance dan Takaful 
  • Pembinaan, kejuruteraan, Telekomunisasi dan pembekalan
  • Perladangan dan pertanian
Jumlah anggaran kumpulan tahunan ini adalah telah mencecah lebih RM350 juta tahunan sejak November 2018. Bagi mereka yang berminat sertai program akan datang anda boleh layari next program " Nak Ubah Hidup 2020" hanya klik www.NakUbahHidup2020.com

2 comments:

  1. Assalamualaikum Sis IUZIRA, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.



    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)

    1 x RM200



    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)

    2 x RM100



    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)

    14 x RM50



    Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.