Header Ads

Percutian Yang Tenang

Percutian yang tenang, bercuti tu dah jadi macam benda yang kena buat even setahun sekali sebab sekurang-kurangnya kita dapat merehatkan diri setelah penat bekerja dan inilah masa untuk reward diri dan keluarga setelah kumpul duit. Jadi apa salahnya untuk kita pergi bercuti sesekali. Di samping tu, kita boleh reward insan tersayang juga. Waktu ni lah kita ada masa untuk bercerita dengan pasangan dan keluarga. Kadang-kala bila hari biasa masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Kalau yang ada anak, boleh kira berapa jam je seminggu kita betul-betul spend time dengan anak-anak, teman mereka buat kerja sekolah dan main dengan mereka. Jadi, bawa mereka untuk pergi bercuti sekurang-kurangnya dapatlah kita luangkan lebih masa untuk mereka, tentu mereka suka dapat tengok dunia luar, bukan itu je mereka juga dapat cerita pengalaman bercuti dekat kawan-kawan. 


Sumber : naturallylangkawi.my


Tidak payah pergi jauh, dekat-dekat pun dah okey, Zira yakin diorang akan hargai. Kalau yang single lagi tu, masa ni lah nak hang out dengan kawan-kawan bertukar cerita dan bergelak tawa untuk lepaskan segala jenis tekanan kan. Kalau korang nak bercuti, Zira cadangkan pergilah bercuti dengan flight walaupun dalam Malaysia je sebab jimat masa dan tak penat daripada drive sendiri. Sekali sekala naik flightkan, semestinya kena tunggu mana-mana airlines buat promo, bagi korang yang tak tau sekarang ada beberapa airline buat promo memang kena grab sekarang jimat tau kalau grab awal ni. Semua orang tahu yang selalu promo dan harga super berpatutan sememangnya Airasia. 

Bayangkan tiket return dalam Malaysia macam Johor Bahru, Alor Setar dan lain-lain tak sampai RM30 pun. Murah sangat, memang rugi kalau tak beli. Selalunya memang ada orang yang akan beli awal, macam Zira juga suka beli awal lepas tu baru plan elok-elok. Kalau drive mahu ratus gak habis dengan duit minyak kereta, tol dan sebagainya lagi. Zira memang jenis yang suka plan awal, sebab lebih suka jimatkan tenaga dan masa kalau pergi bercuti. Jadi sememangnya akan elak untuk driving ke airport. Zira suka gunakan KLIA Express kalau nak ke airport daripada KL Sentral sebabnya cepat dan ia akan lebih relax. Yelah just beli tiket, tunggu train sampai pastu duduk je, senangkan bila dah sampai cuma turun ke station yang kita nak. Tak payah fikir jalan jem, nak parking mana semua. Hanya bawa diri sendiri dan barang. Bagi mereka yang memang jenis backpacker jadi memang berguna KLIA Express ni sangat conveniencelah. Lagi satu, Zira cadangkan anda beli tiket KLIA Express ni dekat Traveloka.



Traveloka ni, anda boleh book hotel, flight, flight + hotel, mudah dan jimat kalau tak percaya kena cuba dulu.


Dulu tak tahu pasal Traveloka ni sampailah member bagitau cakap kenapa aku tak beli dekat situ je berbanding beli di kaunter. Rasa pelik sebab tak pernah beli dekat situ, beza ke harga beli dekat Traveloka dengan beli dekat kaunter. Yelah kalau ikut logik, mustahilkan beli dekat Traveloka lagi murah. Bila try check, memang berbeza pun. Korang boleh beli sepinggan nasi ayamlah dengan balance tu. Lepas ni kalau nak berjalan mana-mana, memang beli dekat situ je. Kalau bernasib baik akan dapat diskaun lagi. Itu serba sedikitlah yang boleh share pasal KLIA Express ni, sebab Zira yakin korang takkan regret punyalah kalau dah guna nanti. Namun begitu, ada juga waktu-waktu tertentu tak prefer untuk gunakan KLIA Express ni atas beberapa sebablah. Jadinya, korang boleh cuba book airport coach online yang lain kalau perlu. Selalunya ni akan terjadi kalau pergi travel dengan family atau member yang lebih 4 orang sebab bila buat kira-kira dan perbandingan ia agak costlylah.

Jadi, boleh tempah airport taxi atau grab yang ada 7. Seater, ia lebih berbaloi. Bila kira cost untuk sorang boleh jadi below RM30 bergantung pada harga grab atau airport taxi. Tetapi kalau guna ni memang kena keluar awal sebab traffic ni kita tak boleh nak jangka. Bagi elak apa-apa kemungkinan korang boleh bertolak daripada rumah paling-paling pun 3 jam sebelum menaiki pesawat. 


Naik KLIA Express pun ada diskaun, memang lagi jimatlah, kat mana nak booking anda boleh booking di airport transfer

Kalau ada check in luggage lagi awal kena gerak, sebab nak check in luggage pun nanti take time. Dah lah jarak tempat menunggu flight tu boleh tahan jauh dia terutama dekat KLIA2. So, kena bijak planning masa sikitlah, kalau lambat sikit lagi ambil masa lama. Zira memang suka planing apa-apa awal, dan tak suka merumitkan keadaan. Dah kata nak bercuti, biarlah pergi bercuti yang betul-betul berbaloi. Kita boleh relax dengan sehabis baik. Ini je masa yang kita boleh reward diri, boleh rasa berbaloi kita kerja keras selama ni. Jadi, boleh enjoy masa untuk bercuti sepuas hati. Labur lebih sikit tak apa, asalkan kita dapat rasa kepuasan tu.

6 comments:

  1. Betul.Better naik flight. Beli time promo memang jimat masa,tenaga dan poket.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, sekarang pun saya tengh tempat yang best.

      Delete
  2. Kalau pergi bercuti guna traveloka memang mudah serba serbi kan. Cuti pun rasa tenang je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, pakej sekali dgn Hotel senang kan harga pun jimat

      Delete
  3. Replies
    1. Wah, ada pergi ladang anggur ke. Kat langkawi kan.

      Delete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.