Header Ads

7 Benda Boleh Buat Untuk Jana Income Waktu PKP Dilaksanakan

7 Benda Boleh Buat Untuk Jana Income Waktu PKP  Dilaksanakan. Ramai yang mengeluh waktu PKP di larang untuk bekerja jadi bila duit makin susut nak bagi anak makan pun susah sebab tak ada duit. Pada mulanya hanya 14 hari tapi di lanjutkan 14 hari lagi iaitu sehingga 14 April 2020.

Di sebabkan perintah kawalan pergerakan (PKP) ini ramai yang cari pendapatan sampingan atas sebab ingin membantu anda, zira nak share idea yang sesuai untuk anda jana income sampingan waktu pkp.

Cara Jana Pendapatan Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di laksanakan.

Sejak perintah kawalan pergerakan ramai yang terkesan antaranya peniaga jalanan, pekerja kilang, usahawan dan ramai lagi kerana PKP ini kita di larang untuk bekerja.


Jumlah pesakit Covid-19 yang semakin meningkat pkp fasa 2 terpaksa di laksanakan untuk memerangi covid-19 bukan untuk menyusahkan rakyat ini juga demi keselamatan negara, dengan ini kerajaan juga cuba membantu rakyat sedia memberi bantuan kewangan kepada setia ketua keluarga yang layak iaitu Bantuan Prihatin Nasional.

Antara Cara untuk Jana Pendapatan semasa PKP :-

1- Bina Kedai Online Shopee


Jika anda tiada produk untuk di jual, anda boleh DM seller shopee untuk jual semula di shopee. Tiada masalah untuk jual semula dan naikkan sedikit harga di shopee. Untuk dapat number tracking anda kena tanya seller. Pilih barang yang hot semasa PKP dan di cari oleh pembeli.

2- Jadi Penghantaran barang atau makanan

Di sebabkan PKP ramai yang tak mahu keluar rumah tetapi ramai yang shopping online. Jadi di sini anda boleh jadi runner bagi mereka yang ingin khidmat anda. Food panda dan Grab food juga antara permintaan tinggi semasa pkp.
3- Jual Makanan dari rumah

Ini apa yang zira nampak ramai yang buat. Mereka ambil order dan hantar ke customer. Waktu pkp ni tentu ramai yang lapar dan mencari makanan jadi anda boleh buat apa-apa makanan tetapi permintaan roti sangat tinggi siapa yang tahu buat roti boleh ambil tempahan. 

4- Buat Topeng Muka

Bagi yang tahu menjahit anda boleh jual topeng muka ikut saiz dewasa dan kanak-kanak. Topeng muka jika kita tak pakai tak boleh masuk pasaraya. Untuk mereka yang tak tahu jahit anda boleh ambil tempahan cuba tanya tailor sama ada boleh buat atau tak topeng muka jika ada permintaan. 

5- Kutip Komisen 

Ini seperti dropship atau number 4. Anda hanya ambil order dan bincang dengan seller sama ada boleh buat makanan atau tak, tapi yang hantar makanan juga adalah seller. Anda cuma promot makanan yang mereka jual dan kutip komisen. 

6- Jual Kudapan

Musim Covid-19 ni tentu ramai yang duduk rumah dan masing-masing lapar jadi anda boleh jual merepek atau apa-apa kudapan yang hot. Bila dapat makan sambil tonton television mesti sedapkan. 

7- Jual produk dari China 

Banyak produk adalah keluaran China termasuk topeng muka dan barang di kedai Rm2. Barang di shopee dan lazada juga ada keluaran China. 

mungkin ramai yang telah hilang kerja jadi dengan idea yang zira kongsikan dapat bantu anda untuk tambah sedikit income, zira sarankan anda cuba produk makanan kerana rakyat Malaysia suka makan



2 comments:

  1. Kalau rajin berusaha pasti ada habuannya

    ReplyDelete
  2. Di sebalik musibah, ada hikmahnya.. bila PKP dilaksanakan, ada saja rezeki yang Allah berikan pada kita, memberi pelbagai idea untuk kita teruskan kehidupan demi kelangsungan hidup sepanjang musim Covid-19 nie..

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.