Header Ads

7 Cadangan Makanan Halal di Shah Alam untuk Foodies!

 7 Cadangan Makanan Halal di Shah Alam untuk Foodies! Shah Alam Malaysia, ramai sudah sinonim dengan nama tempat ini disebabkan lokasinya yang strategik di dalam negeri Selangor. Ia juga sering dikunjungi kala hujung minggu untuk bersantai dan untuk para food lovers sudah tentulah memburu makanan yang rare dan terbaik untuk dicuba.


Sememangnya di dalam kawasan Shah Alam ini memang ada pelbagai tempat makan menarik yang rata-rata masih tidak diketahui ramai. Bagi yang sedang mencari apakah makanan yang patut di cuba untuk area Shah Alam ini, di sini akan dikongsikan tujuh cadangan makanan halal di Shah Alam yang special dan patut di cuba oleh semua. 


#1 - Nasi Kalut Jitra Mai



Gerai Nasi Kalut Jitra Mai menyajikan nasi kandar yang sememangnya sudah terkenal di Utara. Bagi mereka yang teringin atau mungkin rindu dengan makanan utara, anda boleh nikmati nasi kandar dengan kuah yang padu di sini. 


Setiap pinggang dilengkapi dengan nasi kuning Kedah disertai dengan kuah pekat dan lauk pilihan. Jika makan di sini jangan terkejut bila melihat barisan panjang yang ada walaupun ia hanyalah sebuah gerai sederhana. 


Address: Jalan Keluli AN7/AN Seksyen 7, 40000 Shah Alam 

Operation Hours: 12pm – 12am daily, closed on Friday


#2 - Karnivor Malaya



Karnivor Malaya akan membuatkan anda terbeliak! Manakan tidak, ia merupakan tempat makan khusus untuk pencinta menu daging yang tegar. Daging di sini special kerana ia dimasak perlahan-lahan selama 12 jam dengan kayu bakau hingga sempurna. 


Menu daging ini turut disajikan dengan hidangan sampingan seperti coleslaw dan kentang putar. Crazy Carbonara dan Lamb Rosemary mereka juga sama popular untuk di cuba.


Address: Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Operation Hours: 4pm – 11pm


#3 - Uncle Crab Seafood



Sekiranya anda suka makanan Melayu Thai, Uncle Crab Seafood di Shah Alam adalah tempat yang sesuai untuk dikunjungi. Keistimewaannya terdapat pelbagai jenis makanan laut dimasak bersama dan dicurahkan di atas meja untuk dikongsi oleh semua orang. 


Sekiranya anda lebih suka makanan klasik, boleh cuba hidangan ikan kukus ala Thai, ayam pandan, ikan dengan sos tiga rasa, telur masin atau udang mentega. 


Address: 7, Jalan Boling Padang G13/G, Seksyen 13, 40100 Shah Alam 

Operation Hours: Mon-Fri: 12.00 noon – 11.00pm / Sat-Sun: 11.00am – 12.00 midnight


#4 - Ehsan’s



Ehsan's adalah restoran yang menyajikan campuran masakan Pakistan dan Malaysia. Mereka telah berjaya memilik ramai pelanggan tetap dikalangan tempatan disebabkan rasa menu makanan mereka yang sedap-sedap! 


Terdapat banyak menu pilihan di sini seperti Chapati, Cheese Naan dan Murtabak Singapore Stan. Murtabak khas mereka dipenuhi dengan keju dan daging cincang yang juga sedap. 


Address: B.LG.17, Vista Alam, 3, Presint 4.5, Jalan Ikhtisas 14/1, Seksyen 14, 40000 Shah Alam 

Operation Hours: 7am – midnight


#5 - Naan Lounge



Dibuka oleh dua beradik keturunan Pakistan, Naan Lounge adalah tempat untuk pergi di Shah Alam bagi memenuhi keinginan untuk makan Roti Naan. Mereka menyajikan pelbagai pilihan naan, jika tak salah sehingga 30 jenis pilihan dan yang paling terkenal sekali adalah Nutella Naan dan juga Cheese Naan.


Address: 44, Jalan Plumbum N7/N Seksyen 7 40000 Shah Alam 

Opening Hours: 11.30am – 11.30pm, daily, 2.30pm – 11.30pm, Tues


#6 - Kambing Bakar Kontena



Berasal dari Kelantan, tempat ini terkenal dengan hidangan utama dan pencuci mulutnya. Kambing Bakar adalah menu pilihan terbaik mereka (seperti yang mungkin anda ketahui dari nama kedainya). 


Daging kambing ini juga ada yang digoreng dalam kuali yang ditutup, kemudian dicampur dengan kicap lada hitam khas yang dimasak perlahan-lahan. Jangan lupa untuk cuba nikmati sekali smoothie buah yang dihiasi dengan kiub buah-buahan dan ais krim yang amat menyelerakan.


Address: 1-GF, Seria88 Business Centre, Jalan Setia Perdana BC U13/BC, Setia Alam, 40170 Shah Alam 

Operation Hours: 11am – 11pm, daily, closed on Mondays


#7 - Nasi Kukus Tonggek



Nasi Kukus Tonggek menjadi viral di Facebook kerana keunikan dalam penyampaian makanannya. Semua bahan, kuah dan nasi dimasukkan ke dalam tin. Lain macam bukan? Benar-benar rare!


Anda kemudian boleh mengangkat tin tersebut, dan semuanya mengalir keluar seperti kek lava! Ia sememangnya sangat terkenal dan dihidangkan sehingga 1000 hidangan sehari di Shah Alam.


Address: Plot 1 I-City, Persiaran Multimedia, Seksyen 7, 40000 Shah Alam Operation Hours: 10am – 10pm, daily



Tidak Boleh Keluar Rumah? Jangan Risau, Foodpanda Kan Ada!


Tidak boleh keluar rumah tidak bererti tidak boleh nikmati makanan yang sedap-sedap. Jika terasa malas untuk masak ataupun bahan untuk masak sudah habis sekalipun, anda masih boleh nikmati menu sedap tanpa perlu melangkah keluar dari rumah. 


Salah satu cara yang terbaik adalah dengan menggunakan servis online food delivery dari pihak Foodpanda



Siapa yang tak kenal dengan Foodpanda kan? Mereka sudah lama ada di Malaysia malah sering digunakan perkhidmatan mereka ini dalam memesan makanan yang akan dihantar terus sehingga ke depan pintu rumah. Pilihan makanannya juga banyak dan boleh dipesan mengikut kehendak masing-masing. 

No comments

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.