Header Ads

Mula Berniaga Dengan Tingkatkan Ekonomi Diri Dengan Sertai Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya

Mula berniaga dengan tingkatkan ekonomi diri dengan sertai program virtual online bina bisnes berjaya. Ramai yang mencuba untuk buat bisnes untuk tingkatkan pendapatan mereka sama ada sampingan atau sepenuh masa. Di sebabkan pendamik Covid semua orang bekerja kuat untuk jana pendapatan. Bukan mudah untuk kita baut bisnes jika tiada ilmu dan petunjuk dari orang yang pakar dan berpengalaman.

Jadi, kita perlukan mento untuk membantu dan membimbing supaya bisnes kita sentiasa berkembang. Kita perlu ada matlamat dalam perniagaan jika tiada matlamat dan hala tuju, perniagaan kita sukar untuk berkembang dan mungkin akan kerugian jika kita tidak yakin dengan perniagaan yang kita jalankan. Tahun 2021 ini juga agak mencabar kerana tahun yang kita kena biasakan keadaan pendamik dan SOP setiap masa. 

Bagi mereka yang tidak pernah berniaga, ada sebahagian usahawan juga tidak tahu cara untuk mula berniaga dengan betul menyebabkan tak mendapat hasil seperti diharapkan. Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd berkata, sebenarnya banyak peluang yang ada untuk jana pendapatan dalam era digitalisasi ini dengan ramai orang meluangkan banyak masa secara online seperti media sosial.

RichWorks lancar program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga 2021 

Mungkin ada segelintir yang masih mencari perniagaan yang sesuai dengan jiwa, anda tak perlu kalut ikut orang sebab “Ada segelintir daripada mereka ini hanya mula bisnes sebab terikut kawan ataupun nak keuntungan cepat yang akhirnya buatkan ia tidak bertahan lama. Sebab itu, ada yang tukar-tukar bisnes macam tukar baju.

“Tapi semua ini dapat diubah jika kita mula berniaga dengan asas dan prinsip yang betul bagi seseorang usahawan itu dapat menghasilkan jualan dari ratusan, ribuan, hingga ratusan ribu ringgit, insyaAllah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga di sini, hari ini.

RichWorks juga membawakan secara langsung pelancaran ini menerusi Facebook Page, YouTube dan Instagram Azizan Osman dengan pelbagai aktiviti dan perkongsian usahawan selama 8 jam secara terus-menerus. Pelancaran ini juga bersempena dengan Inner Circle Meeting (ICM) dihadiri lebih 300 ahli Titanium berada di bawah program permentoran RichWorks bersama Mentor Keusahawanan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr Azizan Osman yang diadakan dengan kebenaran pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).


RichWorks sebagai syarikat penganjur acara dan seminar terbesar dalam keusahawanan dan pemasaran di negara yang diasaskan Azizan sejak 2008 telah melatih dan membimbing lebih 1.1 juta orang dalam pelbagai industri di dalam dan luar negara yang mana pada tahun lalu saja, 777 usahawan PKS yang dibimbing dalam program mentoring Spire dan Titanium berjaya menjana jualan melebihi RM2 bilion.

Tambahnya, RichWorks nak melatih dan bimbing lebih ramai orang untuk dapat membina bisnes yang berjaya di mana pun tahap mereka berada, baru bermula, berkembang dan nak meluaskan lagi bisnes berdasarkan pengalaman dan ilmu yang terbukti berhasil melahirkan ramai usahawan berjaya sejak ditubuhkan hampir 13 tahun lalu.

Untuk daftar Program ini layari laman web www.binabisnesberjaya.com sekarang. Edisi Khas Nak Mula Berniaga yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 April nanti ditaja sepenuhnya RichWorks tanpa sebarang pembayaran perlu dibuat oleh para peserta, untuk ceburi bidang keusahawaan sememangnya tidak mudah, hati perlu cekal dan tabah untuk tingkatkan ekonomi diri. Dalam bisnes kebiasaannya ada yang sokong kita dan ada yang tidak jadi sebagai usahawan and perlu berfikir positif.


Tentang RichWorks

Richworks International Sdn Bhd adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran. Sepanjang 13 tahun yang lalu sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,100,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). 

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan. Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

Tentang Datuk Wira Dr azizan Osman 


Accredited Business, Marketing & Leadership Coach, Mentor & Strategist, Serial Entrepreneur & Best-Selling Author Azizan, seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat peningkatan luar biasa dalam perniagaan dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga mencecah jualan berjuta-juta ringgit.

HUBUNGI KAMI 

Alamat : Richworks International Sdn Bhd No. 77, Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13, 40100 Shah Alam Selangor, MALAYSIA 

  • Laman web: www.richworks.com
  • Tel: +601632346866 (Media Penghubung - Md Azrin Rosly +6012 696 2065 (Media Penghubung - Karini) 
  • Emel: karini@richworks.com.my 
  • email : omkarini.rich@gmail.com
  • Email :  azrin.richworks@gmail.com

No comments

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.