Header Ads

Staycation Tempat Menarik Musim PKP

Staycation Tempat Menarik Musim PKP. PKP kita sentiasa duduk rumah, kadang sampai taktau dunia luar Cuma harapkan internet je untuk tau maklumat terkini. Zira pula dulu jenis tak duduk diam , mesti nak keluar tengok suasana luar walaupun dekat tapi di sebabkan PKP dan pendemamik sementara kena duduk rumah demi keselamatam keluarga.

Kadang bila teringin nak berjalan saja-saja check hotel mana tau ada tempat best walaupun masih pkp sekurang-kurang hilang sikit bosan dapat tengok suasana hotel pun dah seronok sebenarnya, sekarang dah ada anak kecik kena cari hotel yang sesuai untuk keluarga dan anak kecik. Walaupun baru 4 bulan tentu dia bosan duduk rumah lama-lama apatah lagi kita yang dewasa ni. Budak kecik lagi perlukan suasana baru untuk explore.


Bila terlalu lama duduk rumah, kita tak perlu lagi nak rancang untuk bercuti kita boleh pergi tanpa di rancang boleh juga buat kejutan untuk isteri dan anak-anak.

Untuk yang berkeluarga dan ada anak kecik kena cari tempat sesuai untuk mereka terutamanya musin covid ni kena cari tempat selamat dan boleh buat aktiviti di hotel supaya tak bosan. Bila kerajaan benarkan untuk bercuti walaupun dekat, bagus sangat tau sekurang-kurang kita tak berkurung di rumah sahaja tapi kebanyakkannya tempat kena lengkap vaksin 2 dos ya jangan lupa.

Tempat yang anda boleh staycation musim covid ni perlu cari dengan teliti bila tempat tu  sesuai dan nampak private jadi tak adalah sesak dengan orang ramai ia nampak lebih selamat. Bagi yang duduk di Kuala Lumpur ada tempat staycation yang menarik seperti Hotel Istana Kuala Lumpur City Centre, The Wistin Kuala Lumpur, Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur dan banyak lagi.


Bila ruang tempat luas kita tak perlu risau, jadi boleh rehat dengan selesa bersama keluarga, nak buat aktiviti pun tempat tak sempit

Situasi covid semasa dan impak khususnya industri pelancongan sangat terkesan, jadi anda boleh bantu mereka untuk bertahan di samping diri kita dapat hilangkan tekanan di rumah. Macam suami zira memang selalu outstation tiap bulan jadi dia akan cari hotel yang dekat dengan hospital sebab kerjanya bahagian medical. Zira boleh la suggest dia tempat staycation macam yang di sebutkan tadi balik kerja tak stress.

Walaupun zira teringin nak pergi Grand Lexis Port Dickson sebab tempat tu nampak menarik bila search ada swimming pool , fitness centre dan tempat pun bersin. Kalau tak pkp ni mesti dah pergi sana, tapi bila ada anak kecik ni kena buat aktiviti yang sesuai untuk mereka. Duduk hotel pun boleh bangkitkan suasana ceria bila keadaan keliling berbeza. Bagi yang tak boleh bercuti apa yang perlu anda buat? Mesti rindukan nak bercuti lepas penat kerja. Okey, zira boleh cadangkan anda lakukan aktiviti bersama anak nak ajak isteri sekali pun boleh lagi ceria suasana.


Swimming pool pun nampak private jadi memang best la nak berenang ke sana sini, orang pun tak ramai.


tempat makan pun bersih, jadi tak perlu risau tentang kebersihan meja pun nampak jarak antara satu sama lain.

 
Luaskan bilik ni, bagi yang ada keluarkan memang sesuai katil tak sempit, kalau suami isteri nak tidur sorang satu katil pun boleh.

Bagi mereka yang sudah mempunyai perancangan untuk bercuti, anda boleh tengok senarai hotel-hotel yang menarik di Malaysia tapi cari tempat yang private dulu buat masa ni sebab lebih selamat walaupun kadang rindu suasana riuh orang ramai seperti pasar malam dan konsert. Bila dah sampai hotel kena kena anda kena ambil gambar boleh share dengan kawan-kawan apa yang menarik dekat sana tentu ramai yang dah bosan terutamanya budak dah tak tak boleh pergi sekolah duduk rumah pun kadang mesti kena marah dengan mak sebab buat bising.

Jadi budak pun perlu kurangkan tekanan ibubapa pun perlu faham keadaan budak jangan halang mereka apa yang mereka suka buat yang penting benda tu tak salah. Bila mereka dapat lakukan apa yang di suka otak pun akan berkembang sebenarnya ibupaba perlu beri dorongan dan sokongan kepada anak-anak,

No comments

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.