Header Ads

Game Comel Online Free di Plays.org

Game Comel Online Free di Plays.org | Sejak dari kecil lagi kebanyakkan orang perempuan suka benda comel tak kira anak patung atau makanan, kalau boleh semua benda nak yang comel. Jangan risau, permainan game di Play.org semua comel yang penting game ini percuma, jadi mainlah sepuas-puasnya. Nasib baik anak kecil lagi taktau main game mesti berebut dengan dia.

Kesemua game di sini sesuai juga untuk budak, jadi jika anak anda ada main game di sini tak perlu risau. Boleh pilih game yang mereka suka, game ni tak ada limit jadi tak perlu download boleh main online.  Kalau game yang kena download, selagi boleh download game kita pasti akan download, betul tak? sampai memory penuh.



Mesti korang pelik ada orang obses dengan game, ada yang biasa-biasa sahaja, sebenarnya ia bergantung jenis game yang kita minat. Zira pun ada beberapa game yang dulu suka sangat main kalau boleh taknak bangun, nak hadap game je sampai bontot panas tetap tak ganjak kecuali nak pergi tandas, makan dan solat.

Atas minat seseorang kita akan ada game kegemaran, bila kita main game ni kita rasa tak best tapi bagi orang lain best sebab itu di Plays.org banyak pilihan game yang kita boleh pilih setiap orang ada permainan yang mereka suka. 

ANTARA GANE ONLINE YANG TERDAPAT DI PLAYS.ORG


Game ini sesuai untuk budak-budak sambil main sambil belajar, kebiasaannya kalau ada game begini kadang budak tak sedar dia sedang belajar kerana dalam fikiran mereka tengah main game. Kalau Zira pun macam tu juga, contoh kita tengah main game dalam fikiran nak menang dan nak ke next level tanpa kita sedar sebenarnya tengah belajar.

Kerana sifat budak-budak hanya nak bermain, jadi kita biarkan mereka bermain sambil belajar sekurang-kurangnya mereka boleh berfikir apa nak kena buat untuk menang dan itu akan membuatkan mereka berfikir strategi untuk menang.


Zira ada try main game Zombie Typing, agak mencabar juga baru game pertama. yang banyak zombie keluar, debar pula rasa bila main game zombie nie macam nyawa di hujung tanduk tunggu masa nak kena makan dengan zombie. 

Cara bermain korang kena type selaju mungkin supaya tak di makan zombie. Fuh, sampai silap-silap tekan sebab takut kena makan zombie dah dekat pula tu. Bila dah menang untuk next level zombie tu makin laju pula dia jalan walaupun sengat-senget . 


Kali ni Zira try main game room escape dan pilih game coco monkey, belum start main lagi dah nampak monyet joget, comel je monyet tu menari tak sabar nak cari pisang. Game jenis macam ni selalu kalah geram je tau, tapi suka main sebab comel dan menarik lagi rasa nak menang bila kalah banyak kali.

Bagi mereka yang dah biasa main mungkin nampak mudah, tapi bagi mereka yang tak pernah main atau dah lama tak main akan rasa susah. Skill kena ada kalau nak menang ke next level.



Ini belum start lagi main monyet dah menari-nari, Bila dah menang pun monyet menari juga. Seronok wei. bila dah menang tapi kena hadap la kekalahan berkali-kali, hahaha. Hilang stress kejap hadap rumah yang bersepah anak campak mainan. Sementara anak tidur kita main game, terhibur juga tengok monyet ni berusaha nak dapatkan pisang.

Walaupun nampak simple tapi banyak kali kalah main game ni, ini baru level 1 dah dua kali kalah tapi bila rasa nak tengok next level macam mana game tu tetap kena teruskan main dan menang, baru boleh tengok level ke dua.  


Game tembak-tembak, game macam ni biasa budak lelaki suka bagi zira bosan rasa tak menarik tapi bila tengok game cartoon comel terus rasa nak klik game Soloer legend. Bila start main banyak pula penjahatnya, kali ni susah nak memang siapa yang terer main game ni boleh main.



Pendapat zira game tembak-tembak ni susah sikit nak menang tapi menarik, jahatnya pun comel. Di sebabkan pertama kali main taktau nak tekan lompat mana satu dan nak tembak mana satu tu yang menyebabkan kekalahan, lepastu asik jalan undur je, hahaha. Tengok tu, dah terbaring sebab kalah. kadang geram tengok jahatnya tersenyum je tengok kita kalah.







Setiap game ada tajuk khas dia, jadi kalau nak main atau nak pilih game yang kita minat lebih mudah. Dekat sini ada tajuk cartoon game, tentuk ada cartoon kegemaran korang kan, jadi boleh pilih cartoon yang kita suka bagi orang perempuan mesti minat cartoon Powerpuff Girls jadi boleh klik game tu dan main. 

Website ni gamenya selalu akan bertambah jadi korang tak akan jemu main game yang sama bila dah tamat, boleh main game lain pula dan tak akan sempat nak habiskan sebab terlalu banyak pilihan dan mencabar. 

kalau anda dapat habiskan main memang power sangatlah. Bagi mereka yang dah pernah main atau baru main boleh komen, nak tau juga yang mana satu game kegemaran korang, dah berapa game main. 

Comics games

Siapa yang suka baca komik, pasti akan main game yang mereka baca, best kan. Incredible Hulk tentu ramai tau tentang watak Hulk iaitu orang hijau dekat televition pun ada ceritanya kini game pun sudah ada. 

Sports Games

Zira ada try main Tom & Jerry Backyard Hoops, cartoon kegemaran masa kecik dulu memang meningatkan memory lama betul game ni. Comel tengok kartun dalam game kegemaran yang kita suka. Nasib baik tikus tu tengokkan je Zira main kalau kacau lagi geram tapi bila kalah dia gelakkan pula.

Siapa yang suka bersukan tapi rasa tak mampu nak keluar rumah sebab malas atau tak cukup tinggi macam Zira boleh main game ni. Biasalah kalau main bola jaring, mesti tinggi jaringnya jadi main game pun jadi la. 


Mesti ramai nak tau apa lagi game yang ada dekat website ni kan, jadi korang boleh tengok dekat list di bawah sekali memang banyak game yang ada. Boleh tengok categories yang di senaraikan seperti Art, Barbie, Music, Food, Dress up, Tennis, Train, Kids, cat dan banyak lagi.

Kalau nak senaraikan semua memang sampai esok pun tak habis type sebab akan sentiasa ada game baru. Banyak juga game yang Zira suka  lepas habis type nak sambung main game. Hilang stress bila dapat main, seronok dan pastinya tak stress sebab memory telephone penuh.


Ini Zira klik bahagian FOOD akan keluar macam ni New, Random, Categories, Register dan My faves, bila tengok bahagian bawah akan ada senarai pelbagai foods games yang kita suka. 


Semua ini adalah antara food game yang ada di Plays.org, banyakkan. Bagi mereka yang nak tau game baru korang boleh klik NEW boleh tengok game terkini mereka update. Game yang terbaru bukan satu, dua yang mereka update tapi lebih dari lima, makin tak cukup masa nak main semua game yang ada dekat website ni. 

Bila dah banyak sangat game mesti pening nak pilih mana satu, orang perempuan ni kan sikit salah banyak salah, susah nak faham. Kalau dah taktau nak main game apa korang klik je RANDOM boleh main game yang website sarankan. 


Sejak kecil lagi kita dah ada game kegemaran, kalau dah tau apa yang kita suka lebih mudah nak main game. Korang boleh search untuk cari game yang nak main, tak perlu ambil masa nak fikir nak main game apa. 

Kalau dah main dan nak sambung esok, boleh save game takkan tak berhenti langsung semata-mata main gamekan. Tolong la mak dekat dapur tu masak walaupun lelaki, ambil hati sikit, tak adalah dia bising sebab kita main game. Okey, korang boleh sebarkan website ni dekat kawan-kawan semua sebab pertama banyak pilihan, kedua tak perlu download, dan sebab ke tiga pelbagai kategori ada. 

Zaman serba canggih ni semua benda kena bayar, kena download jadi di Plays.org ni special sikit nak main game percuma sahaja jadi boleh main dengan hati senang dan berusaha untuk menang. Eh, dah macam pantun dua kerat pula.


No comments

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.