Header Ads

semoga bertemu kembali ya ramadhan :(

Assalamualaikum 

Sedih dan pilu rasanya bulan yang mulia akan pergi meninggalkan kita, ada sesetengah manusia bertungkus-lumus kumpul pahala banyak-banyak untuk bekalan di akhirat. Bulan ramadhan juga syaitan di ikat, siksaan di hentikan, masjid akan penuh, dan pahala berganda walaupun syaitan di ikat kita juga perlu jaga nafsu seperti nafsu membeli, dan makan. Ada juga manuasia yang tak saba nak tunggu bulan ramadhan habis, untuk meraikan bulan puasa mereka akan menyambut hari raya dengan penuh meriah. 

Bila bulan ramadhan datang, pelbagai juadah di jual. zira plak bila dah tengok banyak sangat pilihan dah tak tau nak beli mana 1? akhirnya cume beli nasi sebungkus dengan air, kadang makan kuih je. Satu hari zira ada bawak kuih dari rumah, banyak jugak sebab tu zira tak beli makanan len.

E : " akak, beli apa?"
me : akak tak beli apa-apa, cuma makan kuih je.
E : " cukup ke kak? kalau E mesti kena makan nasi, patutlah akak kurus"
me : cukup la ni, akak bawak kuih pun banyak.

Kita berpuasa ni, kena belajar berjimat bukan membazir & ikot nafsu, kalau rasa lapar buat  la maggi atau buat nasi goreng. Nak tau, kuih yang zira bawak banyak gak yang tak abis, sedih tau T_T tu die kata tak cukup, sepatutnya kita bersyukur dengan apa yang ada.

Maaf kalau ada yang terasa, bulan ramadhan mengingatkan kita kepada orang yang susah untuk dapatkan sesuap nasi. 

pejam celik pejam celik kejap je bulan Ramadhan akan tinggalkan kita, semoga amalan kita di terima Allah. "amin" 

selamat beribadah (^_^)

4 comments:

  1. semoga bertemu lagi di ramadhan yang akan datang.. selamat hari raya..

    ReplyDelete
  2. selamat harai raya ke-4 :)
    insyallah kita akan berjumpa Ramadhan tahun depan.

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.