Header Ads

Teratak za'ba

Assalamualaikum 

pertama kali aku jejak negeri sembilan, masa nak sampai rasa jauh perjalanan padahal Selangor sebelah je dengan Negeri Sembilan dah macam jiran, tujuan pergi sana sebenarnya nak ke kampung Lonek, terlupa pulak teratak za'ba dekat situ. Ada juga lalu teratak za'ba tapi aku ni kalau sekali pandang bukannya perasan masa tu dorang ada buat pertandingan drive kereta memang cantik kereta yang bercorak baru bila ada percikan tanah dekat kereta dorang.


Teratak Za'ba diambil daripada nama Tan Sri Zainal Abidin Ahmad di Kampung Kerdas, Batu Kikir ia adalah tumpuang orang ramai dan pelancong untuk datang ke Malaysia. Beliau adalah tokoh bahasa, pemikir dan cendekiawan ulung Melayu teratak za'ba diperbuat daripada kayu cengkal (penak) dan reka bentuknya masih bercirikan rumah tradisional nageri Sembilan. Reka bentuk yang unik ini menarik perhatian aku sebab pintu masuk tak terlalu tinggi ketinggian dia untuk orang-orang macam aku kepada mereka yang tinggi kalau nak masuk kena la tunduk sikit macam nenek-nenek si bonggok tiga yang dah berumur



Tan Sri Zainal Abidin Ahmad (Za'ba) penterjemah bahasa sebab tu ada buku jepun dekat meja tu. ophhhss, jangan sentuh mesin taip, itu untuk beliau mengarang dan menterjemah bahasa asing.


rasa macam bingit je ni siap tutup telinga dengan muka kerut-kerut dah macam makan limau masam, huhu aku aca-aca je rentak lagu pun tak keluar macam mana lagu tu kuat je dekat sebelah. Bila aku tengok balik dah macam orang nak azan pun ada " hahaha taip sambil senyum kambing tengok diri sendiri beria-ia tutup telinga".


duduk dah macam wanita melayu terakhir je, teratak za'ba ni luas tapi dia rendah dan tak macam muzium tapi kalau masuk banyak buku-buku lama.


ini adalah teratak Za'ba, luaran dia nampak macam sebuah rumah tradisional, kawasan rumah dia pun luas dan bersih macam rumah kampung. Seronok kalau balik kampung rumah dia macam ni baru ada feel rasa suasana kampung, "hoho baling kampung" gitu. Rumah sekarang kebanyakannya batu jadi berbeza sikit bila balik raya.

2 comments:

  1. lama tak masuk rumah kayu macam nie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang susah nak jumpa rumah kayu

      Delete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.