Header Ads

open house 2015

Assalamualaikum 

Benda yang korang suka selain dapat duit pastinya sang perut. Undangan ke rumah terbuka akan bertaburan ke sana-sini sehingga terpaksa menolak kerana tidak sempat. Aku akan buat entry sekali gus "gelak sambil taip entry" sebab malas nak buat satu-satu. Tempat yang pertama yang aku pergi rawang, dekat sana punyalah jauh nak sampai ambil masa nak dekat dua jam sebab salah masuk jalan, budget pukul 8 lebih sampai tapi kitorang sampai pukul 9 lebih, benda nak jadi redho je la. Untuk mereka yang gemar makan kambing golek pasti tidak akan melepaskan peluang merasainya kerana harga sekarang yang semakin tinggi. 


untuk pengetahuan korang aku cuma kenal sorang je blogger masa tu sebab kebanyakannya dekat sana pakar marketing jadi tak brapa kenal sangat cuma beberapa orang saja yang sempat aku borak dalam keadaan yang hujan dan malap jadi aku tak ingat siapa yang aku borak hari tu. Kasihanilah aku, sekejap sungguh memori ingatan ni untuk mengingati seseorang.




Seterusnya kitorang terjah rumah blogger Ujang, Aku ikut jer Nina sebab dia lebih kenal dan lagipun ia berada di bandar baru bangi memang senang nak terjah kolej kami dekat bukit mahkota tapi apa yang di plan tak jadi cuma satu rumah je dapat pergi masa hari tu T_T cedih.

Anyway, terima kasih kepada Abang ujang kerana menjemput kitorang. Datang macam kanak-kanak nak beraya ke rumah minta duit raya, kecoh lol. Kalau nak tahu aku ni sebenarnya pemalu tapi di sebabkan gemar mencari kenalan baru dan ingin meluaskan networking buat muka selamber badak je tetapi sebelum tu aku kenalkan diri juga dengan abang ujang. aku ingat abang ujang ni yang buat majalah ujang sapa yang tak tau apa itu majalah ujang pegi beli sekarang pemes majalah tu ia menjadi lagen sehingga sekarang. Ceritanya sangatlah simple tapi padat dengan cerita lawak dan boleh di jadikan motivasi kepada anak muda sekarang. 


Masa sangat cemburu dan semakin jelez sebab itu aku tak dapat jumpa En.mimpi masa open house dia. Mula-mula je happy sebab En.mimpi sendiri yang invite aku suruh datang ke open house dia dan mengatakan akan tunggu kami. Wah, terharu..... retis tunggu titewwww tapi apekan daya kita hanya mampu merancang.



aku sangatlah cemburu tengok inaainaa, kak meeya, dan yazid dorang dapat pergi open house en.mimpi

open house di subang pun tak dapat datang kerana ada perkara yang tak dapat di elakkan. Untuk memperguna masa yang ada kitorang pergi ke IOI, kebetulan jumpa Abang Sado iaitu blogger Ben Ashaari bersama Qaliff yang tengah merengek, aku pun tak tau dia nak apa masa tu sampai jumpa Nina pun dia macam gerun je nak dekat. hahaha " nasib hang la nina".

aku teringin sangat nak main ais sketing tapi dengan berpakaian dress macam tak sesuai je lagi pun baru nak belajar meluncur atas ais lain la dah pro dan power meluncur ais siap boleh buat gaya ala-ala peserta sukan olimpik takpe la kalau aku pakai dress. Ini baru nak belajar, kalau terjatuh kedebakkk macam nangka buat malu jer jadi nak belajar kena pakai yang bersesuaian terlebih dahulu.


Jadi aku cadangkan pegi main bowling walaupun berpakaian dress, ini first time main bowling pakai camtu. Ratu longkang sebenarnya takde mood nak main bowling sebab tak dapat jumpa EM walaupun rakan-rakan kata serius sikit main. Niat nak pergi open house lama-lama melencong ke tempat lain untuk mengelakkan pembaziran masa. 



bagi ruang sikit, ratu longkang nak main


Cuba tengok kami, main bowling dengan perpakaian sopan santun, Fuhhhh kasi jampi sikit 

Okey, hari yang seterusnya beropen house ke rumah shikinLepas pusing sana pusing sini, finally sampai juga. First time aku datang ke rumah dia, ha, bayangkanlah... tengok west pun salah jalan jenuh nak patah balik makin jauh perjalanan. Rasa nak marah west je, apesal tak cakap dah nak sampai?? kang dah telajak.


Di sana kami berkumpul untuk terjah ke rumah seterusnya, lebih kurang kitorang konvoi reramai seronok tau serbu rumah orang tuan rumah pun happy tengok tetamu datang awal. Katanya tengok tetamu menjamu selera pun dah kenyang.



harap semua dapat bezakan kami dan kerusi


dah la amik gambar kat tengah pagar, elok je kete polis lalu.

Masa open house MahaMahu dia ada buat contest, semakin meriah majlis open house Maha....ramai yang berebut untuk jadi pemenang bertuah. Macam-macam gaya aku tengok dorang bergambar, ada yang  ambil gambar makanan, wefie, dan selfie. Tak sabar nak tau pengumuman pemenangnya siapa? instagram aku jemput follow


Wahhh, Maha di kelilingi gegadis


Sempat juga kami berwefie sebelum ambil makanan, tuan rumah tengak busy layan tetamu kat belakang tuuuu je. Tenmgah pikir apa tah sambil usap dagu. 

Rumah yang terakhir kami terjah ialahlah Acul, mestiu semua orang kenai dia. Katanya masakan open house kat rumah dia tu acul yang masak sendiri. hehe. Semangat nak buat open house huntung bakal isteri dia nanti ringan tangan suami masuk dapur tolong.


Ai, tuan rumah macam nak menyorok kat dinding dah sama baju ngan dinding. apa-apa pun sedap makanan yang di sediakan sampai tak larat nak makan :)

Ini kali pertama aku pergi open house dengan blogger dan konvoi bersama memang seronok tak terhingga datang ramai-ramai serbu rumah orang pastu makan. Tu je la kejenya, Alhamdulillah rezaki tahun ini dapat beraya dan beropen house bersama.

selepas bersalaman, muahh kawan-kawan kiri kanan aku, nina dan yang lain menyinggah ICT pantang ada masa sikit mesti nak berjalan. Ini je la peluang untuk berjalan alang-alang penyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Nina dan aimi dah macam nak kena tendang dengan pak panda dah nasib baik dorang sempat elak. 

Terer dorang dah macam ternah belajar kongfu ja, aku mampu tutup mata je. Padahal, tengah tengok dorang berkungfu dengan panda. Tak paham napa kamera ni kelihatan nak aku tudur masa di snap. Banyak juga tempat menarik kat sini rupanya tak tau pulak penah pergi sekali ja. Okey inilah cerita yang ringkas tentang open house.

17 comments:

  1. Gambar main bowling nampak tinggi! Tiiippuuu! Hehehe.. Cute je akak ni.. Best raya tahun ni..banyak kita kluar skali kan.. Hee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, first time raya sesama ngan blogger

      Delete
  2. Gambar main bowling nampak tinggi! Tiiippuuu! Hehehe.. Cute je akak ni.. Best raya tahun ni..banyak kita kluar skali kan.. Hee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, jengan jeles saya dah tinggi :-P

      Delete
  3. wahhh meriahnya dengan open house...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa seronok je kuar sesama ngan blogger

      Delete
  4. bila lah akak dapat rasa beraya dengan blogger...macam best je

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tunggu tahun depan la sebab raya dah abis

      Delete
    2. kena tunggu tahun depan sbb raya dah habis

      Delete
  5. hahhaha next time boleh wat lagi ;) heheh best2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaállah kalau takde halangan

      Delete
  6. Bestnya dapat pergi ke open house rakan-rakan blogger dapatlah kena rumah mereka sambil berkenal-knealan sesama blogger lain. Salam Aidilfitri Iuzira....

    ReplyDelete
  7. Bestkan pergi open haus. Boleh makan macam-macam. Hehe tapi untung la iuzira dapat kenal dengan blogger2.

    ReplyDelete
  8. Kalau dapat jumpa En.Mimpi maknanya bukan mimpi di siang hari la kan iuzira?

    ReplyDelete
  9. Salam perkrnalan.macam best je...happy je nampak

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.