Header Ads

Mega bazaar hijrah 2016

Assalamualaikum 

Pada ahad lepas iaitu 14 februari ada mega bazar dekat Midvalley alhamdulillah, ada masa juga pergi dan peluang melihat suasana kemeriahan mega bazar di Midvalley. Nak save date bukan senang, aku pergi pun nak jumpa Abang aku, tapikan sangatlah hampa dia tak dapat datang pada hari ahad tu ada hal kecemasan yang tak dapat di elakkan.

Nak tahu apa yang aku mula-mula nampak masa masuk MEGA BAZAR HIJRAH? sangatlah terkejut bila apa yang aku bayangkan tak sama. banyak baju orang pakistan dan kebanyakkannya penjualnya adalah dari orang pakistan, tapi aku masuk jela alang-alang sampai takkan tak nak tengok barang pakistan. Banyak juga barang yang menarik antaranya tembikar, baju, sari pun ada dan lain-lain.

Lepastu nampak pentas, Ha... baru betul yang ini mega bazar rupanya salah masuk. Meriah sangat event ni pertama kali datang event Mega bazar hijrah ia di buat setiap tahun. Siapa yang tak dapat datang tahun ni boleh datang tahun depan.


Dekat banner ni boleh tengok aktiviti Mega eheh bazar , jadi tak payah pening-pening nak tau apa aktiviti lepas itu,dah ada kat banner.




Dekat sini ada 150 booth, banyak kan macam-macam ada jubah,blouse, makanan, minuman,perfium pun ada bukan itu sahaja, artis juga turut serta dalam aktiviti meja bazaar. Kebanyakkannya kat sini usahawan bumiputra jadi boleh tengok makanan apa orang malaysia jual.


Yat Hamzah, comel je orangnya, masa masuk booth ni tetiba Yat suruh jadi model sementara nak soh orang tengok, tetiba malu ittew. Lepas tu dia test dekat orang lain pulak katanya nak main lilit-lilit tudung. Memang senang pakai shawl SucibyYathamzah sekejap je dah siap.


Sempat lagi bergambar dengan Harfeez Adam. Macho tak orang kat sebelah saya ni? Aku pun tak ingat dia belakon cerita apa, cuma penah nampak dia kat TV


LYNK.COM, sebelum ni penah ceritakan siapa yang dah lupa meh nak cerita sikit. Lynk ni kalau korang daftar sangatlah untung sebab boleh buat duit online, yang takde modal nak berbisnes boleh daftar lynk free je tau ia adalah Malaysia URL shortener.Cara nak dapatkan duit online melaluinya korang cuma keja rajin share Link dengan rakan-rajan, sedara, serta jiran tetangga. lepas dorang klik link korang boleh tengok berapa banyak yang orang dah klik. Bila dah hujung bulan boleh cashout duit yang korang dapat dari lynk, Mudahkan tapi nak buat tu tak semudah yang di sangka kena rajin berusaha baru dapat hasilnya. 

2 comments:

  1. Haaaa aa kan nak buat sesuatu kena ada keyakinan kena ada usaha..kalau malas alamaknya takde hasil laa ..

    ReplyDelete
  2. Haaaa aa kan nak buat sesuatu kena ada keyakinan kena ada usaha..kalau malas alamaknya takde hasil laa ..

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.