Header Ads

Mentholatum botanics berasaskan bahan semula jadi

Assalamualaikum 

Masa datang ke One utama untuk mengetahui produk baru Mentholatum botanics sebenarnya aku tak tahu sebenarnya ini produk apa. Betapa sedihnya bila tengok diri aku ni macam baru keluar gua dan baru mengetahui produk-produk terhangat di pasaran. Bila orang lain bercerita tentang Mentholatum botanics aku hanya angguk menunjukkan aku macam sudah lama mengetahui tentang produk ni. Bukan main focus lagi bila penerangan sudah di berikan dan aku mula mengetahui serba sedikit mengenai produk semula jadi Mentholatum botanics. 

Korang yang dah tahu lama tentang produk Mentholatum botanics boleh share ilmu sikit kat aku, walaupun ia sudah popular di pasaran tapi tidak ramai tahu mengenainya dan hanya tahu nama sahaja, betul tak? Mentholatum telah memperkenalkan produk baru iaitu siri penjagaan wajah yang diilhamkan oleh kebaikan alam semula jadi. Siapa yang cari di pasaranya biasa atau watson memang tak jumpa sebab  hanya terdapat di Guardian saja. Produk semula jadi memang baik untuk kulit kebiasaannya produk begini harganya boleh tahan mahal sampai pikir dua ke tiga kali untuk beli tapi  Mentholatum botanics harganya standard tak terlalu mahal dan semua orang boleh memilikinya. 



masuk je terus nampak ni, cantik kau decorationnya, nampak kemas je.... aku bab decoration suka beno di hias dengan pokok yang segar nampak pokok semula jadi di situ. produk Mentholatum botanics pun terletak cantik dekat atas tu sebagai hiasan. 


produk yang aku pegang ni ialah tea tree dan ylang ylang iaitu pencuci muka ia dapat mencegah jerawat dan bintik hitam. bila pakai kulit terasa segar, bersih dan sihat. kesegarannya akan terasa selepas pakai. 



hanya di GUARDIAN, jadi kalau nak beli korang kena serbu guardian sahaja sesiapa yang nak buka spa sesuai sangat pilih produk Mentholatum botanics nanti pelanggan korang boleh fefeling berada di taman bunga dan alam semula jadi sambil menikmati urutan SPA, bestnya.... eh, aku pulak yang terfeling lebih.





terdapat beberapa produk baru dari Mentholatum botanic iaitu

  • FACE WASH terdapat  4 Jenis berharga RM14.90 fungsinya Hydra Whitening , Pore Refining, Deep Cleansing dan Hydrating
  • PUMP WASH  terdapat 2 Jenis berharga RM21.90 fungsinya Deep Cleansing , Moisturising & Brightening
  • FOAMING WASH ada 2 Jenis sahaja berharga RM25.90 kegunaannya ialah Oil and Blemish Control dan Whitening
  • SHEET MASK terdapat 5 Jenis berharga RM6.90, Aloe Vera Hydrating Facial Mask, Pomegranate Anti-Oxident Facial Mask, Rosemary Pore Refining Facial Mask, Rosehip Oil Brightening Facial Mask dan Lavender for Soothing Facial Mask
keharuman semula jadi sangat ketara, sapa cintakan alam sekitar dan alam semula jadi harus cuba untuk merasai sendiri kang cakap lebih-lebih korang tak pecaya sebab itu aku suruh cuba baru korang tahu best ke tak produk ni.

pengalaman aku pakai produk ni sangat mudah, nak tau kenapa mudah? sebab picit je boleh terus pakai sebab ia keluar buih dan sangat berlainan seperti produk yang berada di pasaran kena gosok dulu untuk hasilkan buih, bukan sebarang buih tau kerana buih ni rasa lembut bila kat kulit.


kitorang juga di beri peluang buat teh sendiri menggunakan bahan semula jadi, aku main masukkan jer nampak macam sedap masuk, penah dengar sikit bahan tu masuk, nampak warna warni sikit masuk, nampak menarik, masukkan kat uncang.... akhirnya uncang aku dah siap dengan campuran apple flower, stevia, marigold dan lemon grass pertama kali buat uncang sendiri rasa agak pahit sedikit.... erkk  katanya stevia ni manis, jadi aku letak sikit je takut semut kejar.



Cuba tengok kami bertiga fokus betul dengar penerangan tentang Mentholatum botanics siap muncung-muncung mulut dan angguk tanda paham apa yang diterangkan tapi, sorang blogger ni Eina, bukan main tak nak pandang pun muka berlagak kot tak sabar la tu nak try produk ni lagi katanya lembut bila pakai. tak dapat pergi spa fefeling berada di spa pun jadilah.
MAKLUMAT LANJUT



Official Website: Mentholatum Botanics

8 comments:

  1. Cantik sungguh bekasnya.. Tertarik pula ena nak cuba try test benda ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada lagi.... ena , try buat manis ke pahit huhu

      Delete
  2. kan2 deco dia sangat cool, cantik, cute, nature, packaging pun cute je

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a, suka tengok simple je design dia

      Delete
  3. penah dengar. tapi, x penah try lagi. hehheeh.. nampak macam syok je :)

    ReplyDelete
  4. Hahahahaha.. K fine!! Muka sombongku dispot.. Hahahaha... Nga nak usha orang tuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... tu la tak nak pandang depan tu.... usha sapa tu?

      Delete
  5. Menariknya tengok produk ni, berasaskan semulajadi lagi tu

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.