Header Ads

FELINNA BOUTIQUE PERKENAL DUTA & KOLEKSI REKAAN FELINNA RAYA 2016


Kalau bab baju terkini mesti orang pompuan nak tau apa fesyen pada tahun ni yang sesuai di gayakan pada pagi raya nanti. Walaupun puasa belum tiba, bab raya laju je tapi biasalah orang pompuan nak buat persediaan semua nak awal kalau tak nanti kelam kabut , itu tak siap ini tak siap dengan busy kerja lagi bagi mereka yang bekerja. 

Pada 13 mei 2016, Kuala Lumpur. satu butik terkenal iaitu Felinna Boutique telah memperkenalkan duta kepada koleksi rekaan sempena Hari Raya Aidilfitri #FelinnaRaya2016 duta yang bertuah ialahhhh... jeng, jeng, jeng "eh, macam nak sebut nama cabutan bertuah pulak. Okey, mereka ialah pasangan sejoli selebriti Atita Haris dan NasT. majlis yang diadakan di Flora Tarrace. 

Nak tahu kenapa Nadia Felinna Abd Fattah iaitu pengasas Felinna Butik memilih pasangan selebriti sebagai duta ia dilihat berikutan kesesuaian personaliti sebuah keluarga bahagia yang menjadi perhatian di laman sosial Instagram. 

Menjadi ibu muda yang disenangi ramai adalah impian setiap wanita, NasT juga sering mendapat perhatian di laman sosial. Pada majlis tersebut, Felinna turut melancarkan 10 koleksi rekaan #FelinnaRaya2016 yang turut merangkumi tiga rekaan untuk ibu dan anak. Manakala, terdapat juga tiga rekaan menarik untuk para lelaki di pagi raya. Trend dan rekaan yang simple #FelinnaRaya2016 lebih kepada plain atau tidak bercorak menjadi pilihan masyarakat sekarang. Permainan warna warna blocking dan pastel menarik perhatian penggemar rekaan ringkas dan sopan. 




Setiap rekaan, corak dan potong baju biasanya aku selalu ambil berat sepaya bila kita pakai selesa, pakai baju dari sampai petang mestilah kena selesa. Tak sangka,
konsep rekaan #FelinnaRaya2016 kali ini juga menitikberatkan potongan untuk kelihatan lebih langsing dengan permainan warna, fabrik dan perincian setiap rekaan.

Setiap model menggayakan rekaan terbaru felinna butik yang didatangi warna-warna menarik, walaupun ia ringkas tetap nampak menarik ramai. Antara rekaan Felinna raya yang menjadi sebutan di laman sosial instagram dan Facebook adalah rekaan Primrose, Calleryana, Azalea, Kurung Raisya, Kebaya Salma, Orchid , dan Khimar. 






Rekaan lelaki lebih kepada lengkap Kurta moden untuk yang tampil segak untuk digayakan pada Hari Raya Aidilfitri nanti. Primrose terdiri daripada 5 warna, iaitu lavendar, kelabu, merah jambu, biru kehijauan dan hitam. Penggunaan material valentro dan chiffon menguatkan rekaan ini untuk tampil lebih menarik. Potongan kembang chiffon di bahagian tepi memberi kesan langsing kepada si pemakai.

Rekaan Calleryana pula merupakan set ibu dan anak. Terdiri daripada 5 warna, antaranya merah jambu, biru, oren, hitam dan hijau. Setiap ibu moden sekarang gemar memakai pakaian yang sama warna dan corak bersama anak jadi mereka boleh memilih rekaan Calleryana untuk digayakan pada hari raya.








RR Exclusive by Rafie Ramli, adalah satu nama baru di bawah jenama Felinna Boutique, koleksi ini diwujudkan untuk membantu para lelaki tampil bergaya di hari raya seiring dengan Isteri masing-masing.

Di bawah RR ada 3 jenis rekaan dikeluarkan. Iaitu kurta moden printed , kurta panel dan kurta plain. "Kurta moden printed merupakan set lengkap kurta dan seluar slack yang menggunakan fabrik berkualiti tinggi sesuai dipakai oleh sang jejaka di hari raya mahupun hari biasa. Fabrik yang sejuk, membantu si suami untuk sentiasa selesa dan bergaya,"

Yang bestnya harga di felinna butik sangat berbaloi iaitu tidak lebih dari RM200. Rekaan yang lain dari pasaran semasa kerana wujudnya poket serong dan keunikan yoke dia bahagian bahu hadapan dan belakang  adalah kekuatan bagi rekaan ini. 



Dalam pada itu, Felinna Boutique turut meneruskan tradisi untuk menyediakan 100 pasang rekaan untuk diberikan secara percuma kepada #HijrahFelinnaLovers, jadi korang boleh beraya dengan hati yang gembira. 

8 comments:

  1. Baju laki tu smart2! Kalau yazid tengok ni mesti dia nak beli... hikhikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a, suka gak tengok koleksi yang laki biasa tengok design sama je bosan

      Delete
  2. Wow.. nice and beautiful
    Labuh dan memenuhi tuntutan agama
    Suka sangat.

    ReplyDelete
  3. cantiknya.. simple je design.. tapi wow!

    ReplyDelete
  4. Cantik koleksi baju2 dia.

    ReplyDelete
  5. Semua design lawa2 (^_^)

    Selamat berpuasa Zira :)

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.