Header Ads

Kemeriahan Sepetang bersama blogger 2016

Assalamualaikum 

Alhamdulillah, ini kali ke tiga aku joint sepetang bersama blogger dan makin murah rezeki walaupun tak dapat hadiah utama tetapi setiap kali #sbb aku dapat hadiah, rasa seronok sangat jaoint event santai macam ni dan berkongsi pengalaman dengan mereka banyak benda sebenarnya tentang networking yang aku tak tahu. Jadi bila berjumpa kenalan baru masing-masing akan kongsi mereka. 

Aktiviti kali ini di adakan seperti tahun 2014 indoor, jadi korang boleh pakai bermacam-macam pesen terutamanya gugurl, mesti nak pakai cantik-cantik, pakai makeup , tudung lilit tapi jangan sampai terbelit. Yang bestnya, banyak cabutan bertuah itulah semua orang tunggu-tunggu betul tak?  Nasib baik aku ketemu sama blogger Khai azfar dan Mek Onie boleh la jalan sesame dengan dorang sambil cari hotel Grand Campbell. 


Adik beradik EaOfficialcrew akhirnya dapat berkumpul. Masa event je la dapat berkumpul , selain tu cotcet-cotcet je la dekat whatapp “apalah yang di bebelkan tu”.



Jarang jumpa kotaklense, ya ampun… betapa jakunnya seorang mahluk ini teruja habis sebab lepas snap gambar terus dapat gambar, tak payah tunggu dua ke tiga hari. Aku ingat lagi dulu-dulu masa zaman camera Kodak kena tunggu beberapa hari untuk dapatkan gambar. Sekarang, dua ke tiga minit ja dah siap. Orang kata masa semakin pantas teknologi pun semakin canggih. Cantik mak hang, suka tengok gambar-gambar ni semua semua nampak ceria ja.


 Ini pulak group BBN , ramai ahli best blogger network dapat cabutan bertuah termasuk aku. Boleh la bagi family jajan sikit hasil cabutan bertuah “ macam bagi budak kecik cikedis” tak sempat nak menyelit dorang dah abis selfie takpe yang penting sempat jumpa beberapa orang.  

Yang tak dapat hadir tu, semoga dapat berjumpa di lain hari. Eh, lupa nak cakap siapa yang berniaga tak kira kecil-kecilan atau pun besar-besaran boleh joint sepetang bersama blogger boleh kongsi ilmu dengan para blogger. Kalau nak tau bila event sepetang bersama blogger di adakan rajin-rajinlah tengok page iu-hazirah ataupun instagram @iuzira.


 Akhir sekali selfie bersama rakan blogger, credit denaihati.com 


1 comment:

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.