Header Ads

kelebihan smartphone ZTE Blade V7 Lite


ZTE Blade V7 Lite telefon pintar telah dilancarkan pada bulan Februari 2016. Kini telefon pintar  ZTE Blade V7 Lite telah menjadi tumpuan ramai. Aku suka survey telefon pintar yang ada untuk mengetahui apa kelebihan yang terdapat di telefon pintar.

Demi kepuasan diri dan tak nak menyesal di kemudian hari selepas membeli, aku pasti akan lihat ciri-ciri kamera tersebut, ia amat penting bagi aku kerana setiap gambar yang kita ambil adalah kenangan yang indah dan sukar untuk kita dapat sekali lagi. Apabila telefon kamera tak jelas, kita akan merasa tak puas hati terhadap sesuatu gajet. Nak beli sesuatu tentu ada budget, dalam hal membeli telefon pintar dan sebagai seorang yang kurang berkemampuan serta kedekut, aku cuma budget untuk membeli telefon pintar sebanyak RM800 sahaja. ZTE Blade V7 Lite dikuasakan oleh 1.3GHz quad-core pemproses MediaTek MT6735P tentu harganya mahal dan ia datang dengan 2GB RAM. 


Kenapa aku terpikat dengan  ZTE Blade V7 Lite ialah ia mempunyai Multifunction Fingerprint Sensor apabila kita offkan telefon ia berfungsi unlock serta merta, dengan penggunaan 5 jari kita boleh terus ke applikasi yang kita mahukan menggunakan Apps shrotcut. Apps Lock membolehkan kita mengunci aplikasi kegemaran dan kandungan peribadi seperti imaj, teks dan fail. Jadi, takde siapa boleh ceroboh masuk tengok kita punya gambar peribadi.


Ciri-ciri yang terdapat di telefon pintar tersebut membuatkan kita rasa puas hati kerana ZTE Blade V7 Lite mempunyai 8MP dengan flash pada bahagian belakang dan depan sesuai untuk selfie juga mempunyai sikongan pencahayaan bagi mendapatkan gambar yang terbaik dalam setiap sudut seperti Beautify, Vgesture selfie, smile capture face detection dan panorama selfie. Banyak juga kelebihan yang terdapat di telefon pintar ZTE Blade V7 Lite kamera belakang pula mempunyai 13MP AF Auto Mode dan Pro Mode tentu gambarnya cantik seperti menggunakan kamera mahal berharga berpuluh ribu ringgit.



Dengan saiz yang sesuai untuk di bawa ke mana saja memudahkan kita menggunakannya, kalau besar sangat telefon pintar tersebut susah nak simpan dalam beg atau masuk poket. Mempunyai ketebalan 7.9mm dan saiz 5 inci beresolusi HD. Mempunyai sistem operasi Android yang menarik dan menyokong 4G LTE dengan dua sim. 

Selain ciri-ciri diatas mesti ramai yang mahukan kelajuan mengakses internet laju dan pemindahan fail dengan cepat. Ciri-ciri tersebut terdapat di ZTE Blade V7 Lite jadi korang mesti suka dan tak perlu tunggu loading untuk akses internet, pilihan penyambungan termasuk Wi-Fi, GPS, Bluetooth, 4G.


Nak tau harga  ZTE Blade V7 Lite ni? ianya hanya RM699 je, amboi murahnya ada lebih rupanya duit yang aku budget untuk dapatkan sebuah telefon pintar. Tapi disebabkan tengah ada promosi telefon pintar ZTE Blade V7 Lite berharga RM499.

Wah, murahnya rasa nak dapatkan sekarang je, bukan selalu ada promosi macam ni. Kalau korang nak beli telefon pintar ZTE Blade V7 Lite boleh ke laman web lazada #LazadaZTEv7Lite ,kena cepat tau kepada yang tengah plan nak beli telefon baru, takut promosi tamat. Sangkaan aku meleset, sebelum dan selepas promosi tetap harga mampu milik cuma kita dapat jimat sedikit duit yang ada jika beli semasa promosi. Dah tau apa kelebihan yang terdapat telefon pintar inikan apa tunggu lagi cepat buat tempahan sekarang. 

This post is an entry for the InvolveAsia x Lazada MY blogger contest
ZTE Blade V7 Lite and Lazada voucher sponsored by Lazada Malaysia and shopcoupons.

7 comments:

  1. mcm best je. like the idea of multifunction fingertip sensor..

    ReplyDelete
  2. Makin canggih2 sekarang ni... tak terkejar..

    ReplyDelete
  3. haiii... blogwalking here... wahh cantiknya blog.. :D

    ReplyDelete
  4. mmg power zte ni..murah pulak ..

    ReplyDelete
  5. Salam,

    My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

    Thanks :)

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.