Header Ads

majlis buka puasa bersama anak-anak rumah baitul rahmah di vivatel kuala lumpur

Assalamualaikum

Alhamdulillah, dah lama tak buka puasa dengan anak-anak yatim, kali ni dapat juga peluang buka puasa dengan anak-anak yang comel ini di Vivatel Kuala Lumpur. Bulan ramadhan yang mulia ini Vivatel Kuala lumpur telah menjemput seramai 30 orang anak-anak dari rumah Baitul Rahmah, Rawang Selangor untuk berbuka puasa bersama. 

Keprihatinan pihat Vivatel meraikan anak-anak rumah baitul rahmah membuatkan anak-anak ini senyum gembira dapat menjamu makanan yang ada. Majlis iftar ini berhampiran lobi hotel Vivatel iaitu di Retro Cafe. Bila korang melangkah masuk lobi terus nampak Retro Cafe, mudah je nak cari. 


Anak-anak rumah baitul rahmah tiba pada jam 6.30 petang bersama penjaga mereka dengan pengangkutang yang disediakan oleh Vivatel. Pihak hotel telah mengiringi anak-anak tersebut untuk duduk di meja khas yang di sediakan oleh pihak Retro cafe. Kesemua tetamu yang hadir di layan dengan baik bagai tetamu terhormat. 


Acara dimulakan dengan bacaan doa selamat dan diikuti dengan ucapan oleh Pengurus Besar Hotel, Encik Nasir Ismail dan juga Penjaga rumah Baitul Rahmah iaitu Puan Dayang sapiah. Pengurus Besar hetol berkata aktiviti majlis iftar bersama anak-anak kurang bernasib baik adalah salah satu cara pihak vivatel mengambil berat terhadap mereka terutamanya apabila musim perayaan tiba. Setelah selesai ucapan kesemua tetamu di jemput berbuka puasa. Hidangan yang di sediakan oleh pihak Retro Cafe sangat lazat. Banyak sangat pilihan sampai tak tahu nak makan yang mana satu. Apabila aku tengok sorang-sorang wajah anak-anak rumah baitul rahmah mereka kelihatan ceria dapat makan hidangan yang sedap, aktiviti begini harus di jadikan contoh kepada pihak lain bukan sahaja bulan Ramadhan tetapi di bulan yang lain juga. Agar kita dapat kongsi kegembiraan bersama. Pelbagai jenis juadah di sediakan untuk para tetamu.





Selepas buka puasa dan solat magrib, anak-anak ini telah buat persembahan dengan alunan nasyid dan persembahan ringkas khas untuk para tetamu yang hadir. Tak sangka anak-anak ini telah buat persiapan untuk kami tonton persembahan yang menarik daripada mereka. 


Sebaik sahaja selesai majlis pihak Vivatel telah memberi sedikit "goodies" serta "duit raya" kepada anak-anak rumah Baitul Rahmah.


Rumah Baitul Rahmah didaftarkan di bawah Pertubuhan Baitul Rahmah, bertempat di No. 9, Jalan Desa 7/1 Bandar Country Homes, Rawang. Telah ditubuhkan pada Februari 2010. Rumah ini menempatkan kanak-kanak dari umur 3 tahun hingga 12 tahun yang merupakan anak yatin dan juga daripada keluarga miskin, ibu tunggal dan OKU.

Bagi pihak yang berminat untuk membantu dan memberi sumbangan kepada RUmah Baitul Rahmah sempena hari raya yang bakal tiba boleh hubungi Puan dayang Sapiah di talian 019-6745706 / Puan Habibah Abdullah 0173085667. Rumah ini juga menerima sumbangan seperti dalam pendidikan, kewangan atau peralatan seperti pakaian seragam, buku, dan alat tulis.
Sumbangan juga boleh disalurkan kepada:-

PERTUBUHAN BAITUL RAHMAH
No 9 jalan desa 7/1,
Bandar Country Homes, 
48000 Rawang, 
Selangor Darul Ehsan.

Nombor akaun:
Maybank : Rahmah Resources (562991007549)

Pengetua: Puan habibah Abdullah (017-3085667)
penjaga : Puan dayang Sapiah Abg Azahar (019-6745706)

1 comment:

  1. Seronok dapat berbuka dengan anak-anak yatim ni.. Makanannya pun perghh mantap. Terbaik lah.. seronok budak-budak tu makan

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.