Header Ads

Belajar Buat Blog

Belajar Buat Blog, ramai yang tahu blog boleh menjana income tetapi tak ramai yang tahu cara yang betul membuat income melalui blog. terdapat pelbagai cara yang korang boleh lakukan dengan menulis di blog. Bukan itu saja, korang juga boleh jadikan ia satu pendapatan lumayan hanya bekerja di rumah.

Mesti korang pernah dengar kerja dari rumah, blog adalah salah satunya untuk kita mencari pendapatan tanpa keluar rumah, hanya menulis dan berkongsi maklumat kepada orang ramai mengikut keyword yang sesuai.



Sebelum korang membuat tajuk entry pastikan buat tajuk yang disukai Google, maksudnya mudah cari maklumat di google taip je dah keluar tajuk yang dicari. Nak buat apa-apa cerita pun tak kisah yang penting maklumat. yang pembaca mahukan terdapat dalam setiap penulisan korang.

ini adalah salah satu tip bagi blogger baru, kerana jika blog korang mesra dalam carian google pembaca secara tak langsung akan jadi pembaca setia di blog tanpa kita sedar. Selain itu, korang perlu focus satu konten seperti teknologi. 

KENAPA PERLU FOCUS PADA KONTEN

Jika korang focus pada konten mudah pembaca hendak cari maklumat, contoh telephone pintar keluaran terbaru. Setiap telephone mempunyai kelebihan dan design tersendiri yang menarik minat orang ramai untuk membeli. Sebelum orang ramai hendak membeli sesuatu barang pasti mereka serch maklumat tentang barang yang mereka inginkan sama ada ia kualiti, harga, ketahanan, kelebihan atau jenama sesuatu produk.

Kalau korang nak naikkan entry terdahulu boleh selitkan pada entry baru, ia dapat menguatkan lagi entry yang korang buat sebelum ini. ini juga cara terbaik meningkatkan trafik yang ada. Kesemua ini penting bagi blogger baru yang ingin buat duit dengan blog. Apabila korang sudah banyak entry yang telah di publishkan ia memudahkan korang buat duit dengan blog.

Bagi mereka yang masih tak faham tentang blog, korang boleh dapatkan Ebook belajar buat blog yang akan membongkar rahsia mengenai tip serta langkah-langkah buat duit dengan blog, mengikut cara yang betul dari mula hingga akhir. 

KANDUNGAN EBOOK BELAJAR BUAT BLOG
  • Bab 1: Nak buat blog tentang apa?
  • Bab 2: Langkah-langkah buat blog dengan Blogspot
  • Bab 3: SEO nadi kekuatan blog
  • Bab 4: Buat duit dengan blog 
  • Bab 5: Rahsia buat duit dengan affiliate
  • Bab 6: Rahsia buat duit melebih 4 angka di internet
  • Bab 7 Rumusan dan penutup
Lengkapkan isi kandungan yang sangat bagus untuk blogger baru. banyak rahsia yang korang akan tahu jika dapatkan ebook ini. Di samping itu, korang juga boleh baiki cara penulisan yang lebih santai agar pembaca selesa dengan penulisan korang.

Blog dapat membantu orang lain, caranya dengan mereview seperti tempat makan. jika ada di antara korang yang nak pergi Melaka tetapi tak tahu tempat makan yang best mereka boleh google untuk mengetahui tempat makan yang popular di Melaka. Entry korang secara tak langsung telah membantu mereka yang ingin cari tempat makan di Melaka.


CARA BUAT DUIT DENGAN BLOG

Dulu tak tahu pun boleh buat duit dengan blog, aku menulis sekadar hobi dan untuk mengisi masa lapang. aku gemar cerita tentang pengalaman hidup, bila kenal ramai blogger baru tahu blog boleh jana income sampingan mahupun seumur hidup, jika korang hati cekal dan tak cepat putus asa boleh dapat income berlipat ganda hanya dengan menulis sebab ia bukan mudah. 

Bila kita dengar boleh jana income beribu ringgit tanpa mengeluarkan modal yang banyak atau tanpa modal, mula-mula teruja habis bila dah lalui memang payah nak dapat income yang banyak dengan blog jadi korang target sedikit dahulu jana income melalui blog agar tak cepat kecewa.

Sewe ruang iklan di blog - Trafik yang tinggi akan menarik usahawan untuk beriklan di blog korang ini adalah salah satu marketing untuk mereka lariskan produk. Bayaran akan di tetapkan oleh pemilik blog mengikut jangka masa iklan berjalan.

Advertorial / review - jika korang review tempat makan dan ia menarik pelanggan datang ke tempat tersebut, mungkin ada antara owner restoren akan menjemput korang untuk review tempat makan mereka dan di bayar mengikut view atau trafik korang.

Contest - Dengan joint contest korang boleh mengenali blogger lain dan melawat blog mereka jika berkelapangan, Walaupun korang blogger baru siapa tahu rezeki korang joint contest dan menang wang tunai tetapi jika tak memang jangan sedih ada juga manfaat joint contest ini sebab apabila aku joint contest kebiasaannya trafik akan naik itu adalah satu bonus jika trafik naik. 

Banyak kelebihan bila korang ada blog ni, boleh berkongsi macam-macam di blog selain jana income. Menulis bukan perkara yang sia-sia kalau blog korang dah di kenali ramai mungkin satu hari korang akan jadi duta produk. Berminat nak dapatkan Ebook belajar buat blog boleh klik segera dan isi maklumat yang diperlukan.


4 comments:

  1. ada jugak buat review...tp takat suka2 je la...xde bg caj pape...hehe

    ReplyDelete
  2. Good luck dgn belajar buat blog contest..

    ReplyDelete
  3. Semoga berjaya dalam contest ini.

    Salam perkenalan daripada saya hiburansabah.com

    ReplyDelete
  4. Salam Iuzira... Wah join Contest SEO Belajar Buat Blog juga. Sambil tu bolehlah uji tahap SEO blog sendiri.

    Harap-harap boleh menang. Semoga berjaya...

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.