Header Ads

Harga promosi di lazada 2017 sempena tahun baru cina

Lazada 2017 menawarkan pelbagai barang keperluan yang di inginkan pelanggan, kalau nak takde masa nak beli barang dan tak suka bersesak-sesak dekat shopping mall korang boleh shopping online teknologi sekarang semakin canggih jadi gunalah kemudahan yang ada supaya dapat jimat masa dan tenaga, masa yang ada boleh spend time dengan family. Bagi yang gemar shopping online mesti korang pernah shopping dekat Lazada

Service dan perkhidmatan dari Lazada ini tidak pernah mengecewakan, kalau ada apa-apa masalah cepat je dorang selesaikan masalah tersebut. Setiap kali perayaan Lazada mempunyai diskaun berganda inilah masa yang di tunggu-tunggu bagi mereka yang mahu berjimat sempena promosi tahun baru cina. Harga yang jimat dan berpatutan sentiasa menjadi tumpuan orang ramai yang mahu shopping online.




LIMA BARANG IMPIAN DI LAZADA

Kemudahan teknologi di hujung jari ini boleh kita servey harga barang mengikut budget, dari harga murah hinggalah harga mahal sesiapa sahaja boleh shopping di Lazada. Nak tahu apa yang aku inginkan barang dari Lazada, korang boleh terus baca.

1. Nikon Coolpix W100 Wifi

Nikon Coolpix W100 Wifi antara barang yang aku teringin miliki dari Lazada, nak tau kenapa camera antara barang aku nak sebab sebagai seorang blogger pasti nak ambil gambar banyak-banyak bila pergi event, nak transfer gambar dekat pc atau laptop tak tau la bila sempat kalau event berderet.

Masaalahnya bila dah gambar banyak phone akan cepat hang dan ia memenuhkan memori nak padam rasa sayang, bukan senang nak pergi event dengan kos yang tinggi seperti kena bayar parking, tol dan minyak. Kalau gambar sudah di padam tak dapat nak buat kerja-kerja mereview.

Sebelum ni, pernah ada camera sendiri gambar pun cantik itulah camera paling aku sayang beli guna duit simpanan tapi sekarang dah tak boleh guna, sebab ada masalah bateri, sedih bila camera tak boleh guna. bila nak repair katanya susah nak cari spare bateri macam tu dan kena order harganya RM200++ juga bagi aku kalau mahal macam tu baik beli baru je rasa tak berbaloi.


Aku tertarik dekat camera Nikon Coolpix W100 Wifi kerana mampunyai ciri-ciri waterproof dan ia ada empat jenis warna yang kita boleh pilih. Warranty setahun kalau ada masalah korang boleh hubungi pihak lazada. Gambar pun cantik sebagai seorang yang gemar bergambar pasti mereka akan tengok kualiti gambar tersebut sama ada cantik atau tak.

kalau korang tak sengaja terpadamkan gambar jangan gelabah okey, korang boleh aktifkan ciri lock image untuk keselamatan dan gambar akan selamat, ia mudah di bawa serta ringan.

2. Hisense 270L Refrigerator RT-295N4CGN 

Bila tengok peti ais ni teringin juga nak bagi mak sebuah peti ais tapi memandangkan kewangan kurang mencukupi simpan dulu hasrat nak beli peti ais. Bukan apa, kesian kat mak peti ais dekat rumah banyak dah rosak tunggu masa je.

Bahagian frozen dah rosak kalau letak sebulan air kat situ ia tak kan beku. Jadi nak simpan ikan atau ayam memang tak boleh la, hari ni beli confirm esok dah busuk ikan tu, nak pergi pasaraya tiap hari kadang tak sempat.

Buat masa ni usha dulu peti ais Hisense 270L Refrigerator RT-295N4CGN mana tau rezeki akan datang dapat peti ais baru, kenapa aku tertarik peti ais ni sebab harganya mampu milik walaupun buat masa ni aku tak mampu nak beli, kalau dah tau budget dari sekarang senang nanti nak beli. Kualitinya pun bagus serta reka bentuk yang simple, sesuai untuk sesiapa yang minat design yang simple, mempunyai dua tahun warranty.




Ciri-cirinya, Hisense 270L Peti sejuk RT-2954CGN dilengkapi dengan sistem kawalan suhu elektronik untuk memastikan bahawa suhu dalaman sentiasa dikawal untuk keberkesanan optimum seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan telur dapat disimpan dengan baik dalam tempoh masa yang panjang.

Sistem dan kawalan kelembapan, pelbagai aliran udara di dalam peti sejuk untuk memastikan bahawa setiap barang yang disimpan menerima jumlah yang sama. Ciri praktikal Hisense Peti sejuk RT-270L adalah 2954CGN pembuat ais twist untuk membuat ais dengan mudah. Di samping itu, Hisense 270L Peti sejuk RT-2954CGN termasuk rak laras supaya boleh menyimpan barang-barang yang lebih besar.

3. Khind SF1688E 16 inch Stand Fan

Keadaan cuaca kat Malaysia yang tak menentu, membuatkan kita kurang selesa bila tak ada kipas, setiap rumah mesti akan ada kipas untuk menyejukkan badan di waktu panas. Walaupun sekarang waktu hujan aku tetap perlukan kipas untuk keselesaan waktu tidur.

Bila ada kipas, sekurang kurangnya dapat halau nyamuk takde la kaki bintik-bintik merah sebab kena gigit nyamuk. Di Lazada kipas Khind SF1688E 16 inch Stand Fan mempunyai warranty selama setahun.



4. Asus Zenfone 2 (ZE551ML) LTE 4GB RAM/32GB ROM Glamor Red  

Semua orang tahu ASUS adalah sebuah syarikat yang banyak bantu penyelesaian masalah dalam industri. ASUS Zenfone adalah telephone pintar yang nipis, namun ia dilengkapi dengan pemproses quad-core dan mempunyai 4GB waran memori yang diakses. Selain itu, kamera juga cantik mengikut cita rasa pelanggan.

Zenfone dilengkapi dengan 4GB memori untuk membantu pemproses Intel 2.3GHz quad-teras. Ini dua komponen digunakan untuk menyediakan prestasi sempurna dan responsif sepanjang hayat Zenfone ini. Ia menyebabkan imej yang menakjubkan dengan butiran yang terperinci.

Cara ini juga sangat baik untuk keadaan cahaya yang rendah. Di samping itu, semua orang kini boleh dimuatkan ke dalam tangkapan mengikut lensa lebar bersudut sebenar. kamera hadapan dapat dilihat dengan imej yang cantik untuk selfie dan video yang lebih jelas.


kelajuan 3000 mAh bateri yang memberi kuasa yang Zenfone 2 memerlukan untuk penjagaan sempurna. Eksklusif untuk ASUS, termasuk Teknologi BoostMaster, di mana Zenfone 2 boleh dikenakan sehingga 60 peratus daripada kapasiti maksimum dalam masa 39 minit, manakala 10 minit mengecas tambahan 4 jam.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai Asus Zenfone 2  boleh ke laman web lazada, yang menariknya ASUS Zenfone terdapat empat warna iaitu red, black, sheer gold dan silver. Jadi, korang boleh pilih yang masa satu berkenan, Di sebabkan sekarang tahun baru cina jadi aku pilih warna merah orang kata ada ong, mana tahu rezeki dapat phone. Jarang tengok phone ada empat jenis warna biasanya ada dua warna iaitu putih dan hitam.


5. Sinma Max Duo Use Eyebrow Gel Pen and Eyebrow Powder


Sinma Max Duo mempunyai lima jenis warna, bagi eyebrow pencil colour warna yang ada ialah dark coffee (01), light coffee (02), coffee (03), grey (04) dan black (05), setiap warna mempunyai kegunaan tersendiri mengikut tema pengguna si pemakai ia juga berbentuk tiga segi dan kita boleh lukis mengikut apa yang kita kehendaki. 

Eyebrow powder colour pula mempunyai lima warna yang sama seperti eyebrow pencil warna tetapi ia mempunyai permukaan yang lembut dan memudahkan makeup serta tahan lama. Jadi, korang boleh gabungkan kedua-dua eyebrow ini dengan baik.


Kalau korang nak tengok warna eyebrow powder dan eyebrow pencil dengan jelas boleh tengok di laman web lazada dan klik bahagian health and beauty seterusnya ke bahagian makeup. Korang dah boleh mula shopping barang makeup yang ada.

kalau korang perasan setiap barang yang aku pilih ada diskaun jadi boleh jimat beratus ringgit juga boleh juga ke ribu ringgit. Memang berbaloilah kalau shopping dekat Lazada, jangan lepaskan peluang dapatkan barangan dari lazada Malaysia sempena CNY Red Hot Sale 

No comments

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.