Header Ads

Makanan Western Di Makan Dalam Cafe Banting


Pada sabtu lepas aku pergi sebuah cafe yang terletak di kawasan kampung, Lokasinya memang agak dalam di kampung Sungi Lang, jadi kalau yang tak tau korang boleh waze lokasi Makan Dalam Cafe, kalau tak jumpa boleh boleh google map Gunting Karat tempatnya hanya bersebelahan Gunting Karat.

Makan Dalam Cafe menyediakan makanan western dalam citarasa Melayu ia terletak di Banting, Selangor. Makanan yang di hidangkan sangat menyelerakan, design cafe tersebut di ilhamkan oleh anak muda bernama Yazid, resepi pula adalah dari ibu beliau sendiri yang mempunyai citarasa barat. Banyak menu yang di sediakan, harga pun murah dan berbaloi makan di sini.



Inilah design yang telah di buat, ianya simple dan kemas tidak terlalu penuh. designnya juga kelihatan berada di cafe barat tetapi ia masih dalam suasanan kampung, udara yang segar serta tiupan angin yang dingin di waktu malam.



Disebabkan kawasan yang agak kecil dan ramai yang gemar datang di Makan dalam cafe kerana menu yang dihidangkan sangat sedap, Mereka membuka kemah supaya pelanggan dapat makan dalam suasana yang selesa serta santai. Korang boleh pilih nak makan di luar atau di dalam, 

Pendapat aku bagi mereka yang bawa satu keluarga yang ramai lebih sesuai makan di luar. Selain dapat mengeratkan silaturrahim, korang juga dapat makan bersama keluarga dalam suasana yang meriah serta tonton rancangan yang di siarkan di screen besar ala-ala wayang gitu.



Inilah hidangan pertama aku pesan, perut masa ni bukan main lapar jadi terus order nasi tak pandang lain dah. Aku pula penggemar nasi lemak memang berseleralah makan masa tu ada penambahan sedikit iaitu daging, Kalau korang nak order namanya Nasi Lemak Sliced Beef. Rasa sambalnya tak terlalu pedas dan kanak-kanak pun boleh makan.

Korang jangan terkejut kalau adak budak tambah nasi lemak ini. Daging blackpapper tu sekali pandang boleh meleleh air liur, sangat mengancam sebab itulah ia adalah antara makanan yang popular di makan Dalam Cafe harganya hanya RM15.90 sahaja.



Rasa blackpapper yang di letakkan atas Lamb chop membuatkan ia sedap, sauce tersebuat adalah buatan sendiri jadi dekat pasaran memang takde nak tahu sedap ke tak kena datang Makan Dalam. Harga Rm12.90, rasa dagingnya memang lembut mudah je nak kunyah dan telan. 

Aku memang tak suka bila order daging lepastu ianya liat, nak makan dahlah susah telan apatah lagi mau tercekik kalau makan danging liat. Alhamdulillah, buat masa ini aku bagi 5 bintang untuk hidangan daging ini.



Sup Kambing dan Roti harga Rm5.90 kalau korang makan sup ni semasa keadaan sejuk memang rasa segar lepas tu hirup sup panas hilang kesejukan tu. 



Pisang cheese Super remix, ini adalah antara pisang cheese yang masih viral sampai sekarang, sebelum ini aku memang teringin nak makan pisang cheese ini apalah rasanya, sedap ke tidak rasa lain macam je makan pisang dengan cheese.

Macam-macamlah anggapan aku masa tu sebelum rasa pisang yang begitu viral. Pisang cheese ini gabungan makanan melayu dan barat, patutlah meletop sampai viral. Warna yang menarik serta rasa yang berbeza memang sedap, perisa yang terdapat pada pisang cheese ini adalah strawberry, oren, nestum, peanut, oreo dan chocolate harganya hanya Rm16.00.



Menu terbaru dari Makan Dalam adalah Zinger Burger. Bila aku datang sini lagi nak order burger ni sebab rasanya beza, daging tersebut juga resepi sendiri patutlah sedap, orang kata kalau resepi tu rahsia mesti ada ramuan yang special dagingnya pun lembut. Menu ni bakal meletop dengan mayonis, dan sauce yang meleleh pasti air liur kita pun akan ikut meleleh.

Zinger Burger ini dihidangkan bersama dengan fries. Isi ayam yang rangup di makan dengan kuar blackpapper membuka selesa. Kebiasaannya kalau makan isi ayam pasti rasa muak sebab isi yang begitu banyak membuatkan kita cepat kenyang, Zinger Burger ini tidak muak dan rasanya sangat sedap.



Mushroom soup + Garlic bread Rm5.50 bila korang makan roti ni ia rasa rangup dan rasa sedikit bawang putih. Jarang kita jumpa Mushroom soup di kawasan kampung yang agak pedalaman, kalau nak rasa kena pergi pekan atau bandar baru jumpa. 



Cheezy Meetball Rm6.90 dalam satu pinggan ini erdapat 10 biji meetball dengan kuar blackpapper dan cheese meleleh di atas meetball. Budak-budak confirm suka makan, aku yang menaip ni pun rasa nak jilat screen laptop tetiba rasa lapar pula. 



Makanan yang terakhir yang aku makan ialah desert sagu longan, banyak sangat rasa makanan panas terakhir rasa pula desert sejuk baru seimbang. Buah longan ada kat dalam tu malu-malu pula dia nak timbul jadi korang nak makan longan kena ambil guna sudu, nak cepat hirup desert ni, pakai sudu lambat jadi aku ambil stro sekali sedut terus habis sejuk je perut. 



Minuman yang aku order ialah Haus Boom korang boleh cuba minuman ini harga Rm5 ini adalah air buah-buahan berkarbonat, rasa air ini tidak terlalu bergas jadi budak-budak boleh minum tapi hati-hati jangan bagi dorang pegang botol ini sebab ia botol kaca terdapat 6 perisa iaitu strawberry, laici, mangga, blackcurrent, epal dan lemon.



ini antara blogger yang hadir, kenangan berada di Makan Dalam Cafe terima kasih kepada owner iaitu Yazid dan food hunter ina ainaa menjembut kami merasa hidangan yang sedap.  



Cafe tersebut berkonsepkan santai, makanannya pun kebanyakkan hipster jadi nak cari makanan barat berkonsepkan melayu boleh datang Makan dalam. Nampak je logo MD dah betul la tempatnya. Selamat menjamu selera.

Untuk maklumat lanjut boleh tengok detail di bawah:-

Lot 1671, Kampung Sungai Lang Tengah
42700 Banting Selangor.

014-725 7366 / 017-652 2365

instagram: https://www.instagram.com/makandalamcafe/
Facebook : https://www.facebook.com/makandalamcafe

Waktu operasi 
isnin hingga sabtu ( 6.00 petang - 12.00 malam )

2 comments:

  1. kalo lalu pergi morib boleh singgah lagi.. heheheh..

    ReplyDelete
  2. wow..nampak macam sedap semacam..boleh cuba juga nie

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.