Header Ads

Projek Kahwin Yang Lengkap Buat Bakal Pengantin


Projek kahwin memudahkan bakal pengantin mencari pakej kahwin, ramai yang berasa sibuk apabila hendak melangsungkan perkahwinan bermula tarikh bertunang sehinggalah tiba majlis perkahwinan. Kebiasaannya bakal pengantin yang akan tulis list untuk menguruskan sesuatu persiapan perkahwinan risau ada yang tidak cukup.


Persiapan majlis perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang mudah, ia memerlukan masa yang lama untuk buat persiapan. Tambahan pula, dengan harga yang semakin meningkat dan masa pun tidak cukup untuk buat persiapan. Bakal pengantin perlu mencari wang tambahan untuk buat persiapan majlis perkahwinan mereka. 


Jadi, mereka tiada masa untuk survey harga dan buat persiapan awal. Banyak masa yang perlu dihabiskan serta banyak perancangan yang perlu dilakukan yang perlu dilakukan dan banyak perlu diambil kira untuk sesuatu majlis supaya ia berjalan dengan lancar setiap majlis yang diadakan ia menyimpan 1001 kenangan dan ia akan membuatkan kita bahagia apabila mengenangkannya.




Bagi mereka yang tiada masa, korang boleh tengok laman web projek kahwin. Fungsinya ialah memudahkan bakal pengantin mencari perkhidmatan perkahwinan serta pakej perkahwinan yang sesuai untuk majlis yang bakal dilangsungkan dengan mengikut citarasa pelanggan serta budget yang ada. 


Lepas ini tak perlu survey satu-satu butik nak tengok budget klik je laman web projek kahwin dah boleh tengok harga yang ditawarkan.Selain itu, mesti korang pernah tanya rakan yang sudah melangsungkan majlis perkahwinan dan pergi pameran pengantin untuk mencari perkhidmatan dan pakej yang sesuai. 




3 SEBAB KENAPA PORTAL PROJEK KAHWIN INI MENARIK

1. Memudahkan bakal pengantin mencari pakej kahwin


Portal projek kahwin memudahkan bakal pengantin mencari dan memilih pengusaha perkahwinan pengikut kawasan yang perhampiran rumah mereka. 

Kadang-kala pengusaha butik perkahwinan mempunyai butik yang pedalaman tetapi bakal pengantin tidak tahu kewujudannya dan ia perhampiran dengan rumah bakal pengantin, dengan adanya portal projek kahwin pelanggan boleh mengetahui lokasi butik dan memudahkan mencari pakej kahwin yang sesuai untuk majlis yang bakal diadakan. 


Setiap pakej perkahwinan seperti wedding planner, butik pengantin, katering, jurufoto, solekan, pakej bulan madu, dewan, hotel dan sebagainya. Kesemua ini ada di protal projek kahwin ia sangat menjimatkan masa kerana perkara yang diperlukan oleh bakal pengantin ada di portal tersebut.

2. Projek kahwin membantu pengusaha bumiputra

Tak banyak portal projek kahwin inilah antaranya sebab-sebab tercetus idea portal Projek Kahwin dan timbul setelah menyedari kurangnya laman web yang menjadi tempat mengumpulkan pengusaha-pengusaha produk perkahwinan lebih-lebih lagi dikalangan pengusaha bumiputra.

Sukar untuk kita cari maklumat tentang pakej perkahwinan jika kurang maklumat di internet. Projek Kahwin juga dibina untuk membantu pengusaha bumiputra meluaskan lagi perniagaan dan jenama mereka ke seluruh Malaysia dan juga luar negara. Hebat tak, bolehlah orang luar negara datang Malaysia nak survey harga dan buat majlis kat sini.

Ramai dikalangan bakal pengantin yang sebenarnya tidak mempunyai masa yang banyak untuk menguruskan majlis perkahwinan dan kurangnya pendedahan kepada pengusaha produk perkahwinan kerana tidak banyak sumber. Sumber yang terhad membuatkan kita tiada pilihan dan terpaksa buat perkara yang kita tahu sahaja walaupun ada kekurangan.

3. Portal Projek Kahwin Mesra Pengguna
Demi memastikan portal Projek Kahwin ini mudah diakses, ia dibina dengan fungsi-fungsi yang mesra pengguna diantaranya adalah ianya mesra telefon pintar. Portal Projek Kahwin boleh dilayari melalui pelbagai telefon pintar seperti iphone, Samsung, ipad dan sebagainya.
Sementara tunggu rakan yang tengah bersiap tu korang boleh tengok portal kahwin ni banyak vendor perkahwinan yang telah sertai portal projek kahwin ini jadi bakal pengantin akan didedahkan dengan maklumat syarikat seperti logo syarikat, media sosial, nombor telefon dan hasil kerja mereka.
Kalau korang dah berminat dekat vendor tersebut dan ingin tahu lebih lanjut boleh terus lihat akaun facebook dan instagram untuk hubungi dan bertanyakan perkhidmatan yang ditawarkan.

Ada berita gembira buat bakal pengantin portal projek kahwin juga bakal mengeluarkan aplikasi ios dan android tersendiri pada masa akan datang bagi memudahkan bakal pengantin menggunakan dan melayari portal Projek Kahwin dengan lebih lancar. Lepas ni tak payah type satu-satu dekat google projek kahwin, korang klik je applikasi ios dan android terus keluar portal tersebut sambil tutup mata pun boleh klik.

Maklumat lanjut boleh ke website www.projekkahwin.com dan pilih pakej-pakej yang disediakan oleh portal projek kahwin. Banyak pilihan yang menarik serta harga yang berpatutan.

1 comment:

  1. Bagusnya sekarang ada portal sebegini yang boleh membantu bakal raja sehariZ

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.