Header Ads

Ramadhan Fest Meraikan 40 Anak Yatim Dan Ibu Tunggal Di Black Box@SACC Mall


Ramadhan Fest Meraikan 40 Anak Yatim Dan Ibu Tunggal Di Black Box@SACC Mall. Alhamdulillah, dapat juga aku buka puasa dengan anak yatin dengan kesibukan bulan ramadhan lalu, memang tak sempat nak joint event buka puasa dengan anak yatim. Di sebabkan ada pemantauan sekolah, korang taukan kalau ada pemantauan sekolah dari JAIS ni segala dokumen dorang cek tau termasuk kantin, surau, kelas dam macam-macam lagilah.


Memang debar rasa cuti sekolah 2 minggu pun rasa macam tak cuti sebab kena pergi sekolah siapkan fail. Selepas 19 jun tamat rasa best sangat boleh kembali normal dan joint event. Okey, back to the story untuk raikan anak yatin dan ibu tunggal ni korang buat dekat pusat membeli belah di Jameela Street dan acara di Black Box@SACC Mall dari Sekolah Rendah Ibn Khaldun dengan majlis buka puasa dan pemberian sumbangan cenderahati serta duit raya.

Pemberian bantuan kepada mereka yang memerlukan dapat memberi sedikit kegembiraan kepada anak yatim. Aku tengok wajah mereka rasa seronok dapat duit raya walaupun ada rasa sayu dalam hati apabila terkenangkan orang tersayang telah tiada. Siapa yang tak rasa sedih orang yang kita sayang tak ada di sisi ketika meraikan hari kemenangan menjelang Syawal.


Program Ramadhan ini juga turut di sertakan dengan perasmian dan penutupan Jameela Street By Jedan yang oleh pemilik bangunan iaitu Fakru Radzi, selain itu ia dapat memperkenalkan ruang acara di SACC Mall iaitu Black Box yang di wujudkan oleh PREC bagi memberi ruang sewe untuk pelbagai acara lain.

Banyak jenama-jenama yang memeriahkan dan mewarnai Jameela Street termasuklah Ziana Zain World, Jannah By Jemari Kreatif, Iddyqa, Casa De Esilista, Tina K, Anis Al Idrus Wardrobe, Hijrah Couture, Wafa's Closet dan banyak lain. Kalau korang nak tau jenama apa yang ada lagi boleh datang ke SACC Mall Shah Alam. 



Kewujudan Jameela Street di SACC Mall ia memberikan sumbangan kepada peningkatan ekonomi rakyat dari segi memberikan ruang perniagaan dan melahirkan ramai usahawan. Bagi mereka yang buntu mencari ruang perniagaan korang boleh sewe di SACC Mall untuk meningkatkan ekonomi keluarga dan mengubah kehidupan yang lebig baik. 


Ruang sewa ini memang memberi kelainan nama Black Box terletak di tingkat 2 SACC Mall Shah Alam memberi kelainan di dalam pusat membeli belah kerana ia menyediakan 4 ruang yang berlainan pengurusan seperti:-
  1. Majlis Resepsi Pertunangan
  2. Sesi Penganbaran
  3. Perasmian Produk
  4. Pelancaran Album Terbaru
  5. Majlis Hari Lahir
  6. Bengkel
  7. Private Party

Untuk mengetahui mengenai  PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) sila layari www.pknsre.com dan facebook PKNS Real Estate Sdn Bhd-PREC serta insragram pknsrealestateofficial. Bagi mereka yang ingin sewa di Black Box@SACC Mall boleh ke laman sosial

instagram    : @blackboxsaccmall
instagram    : jameelastreetofficial
Number Tel : Arsyad ( 019-682 9476) / Shahidan ( 012-272 8121)

No comments

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.