Header Ads

Tudung iBawal Wangi Serta Exclusive

Tudung iBawal exclusive serta wangi,  bagi penggemar fesyen pasti korang takkan lepaskan peluang untuk mempunyai koleksi tudung sebagai satu kepuasan penggemar fesyen. Jenama tudung iBawal yang kini sering di sebut-sebut oleh para penggemar fesyen menjadi rebutan kerana ia sangat exclusive jenis meterial yang lembut dan mudah di bentuk apabila di pakai menjadi kegilaan para wanita untuk memilikinya.

Bukan itu saja, dengan bertemakan gosok-gosok wangi menjadikan ia lebih special. Trending masa kini telah membuatkan designer lebih kretive walaupun telah di gosok banyak kali tetap tidak kudut. Jadi bagi mereka yang mempunyai anak kecil atau baby tidak perlu risau apabila anak korang renyukkan tudung korang.

kredit mamadarwiish.com
Makin di gosok makin wangi, itulah aroma yang korang dapat hidu bila gosok tudung ibawal. Bestkan, kalau terlupa pakai perfium gosok je tudung exclusive dari iBawal ini selesai masalah. Pakagingnya pula seperti power bank, sebenarnya banyak koleksi tudung iBawal ini sudah di keluarkan sejak tahun 2015 lagi cuma aku je yang baru mengenalinya semasa SBB 2017 "sepetang bersama blogger 2017" kesiankan, orang lain dah wangi-wangi pakai tudung iBawal aku baru nak try.

Kali ni nak share 2 koleksi iBawal Serena Parfum 2016 dan iBawal inspired By SaraAli. Tudung pertama nak share ialah iBawal Serena Parfum 2016 tudung ini mengeluarkan bau fresh lemon + serai yang wangi apabila di gosok. Warna biru terang, corak pula tak terlalu penuh ia mempunyai 3 warna iaitu hitam, biru dan kuning. Tip memilih tudung supaya nampak lembut korang pilih tudung yang mempunyai 3 warna. 


kredit mamadarwiish.com

Jika ia mempunyai lebih 3 warna, korang boleh tengok jenis corak dan kain kerana ia memainkan peranan penting agar orang yang melihat kita tidak sakit mata dan sentiasa tenang apabila berasa di sisi kita. Kekemasan jahitan di bahagian tepi tudung iBawal memang cantik kerana tiada lebihan benang yang terdapat di tudung tersebut.



Tudung iBawal kedua ialah iBawal inspired By SaraAli, ini tudung kuda kepang tangerine warnanya lebih kepada funcky, chicky. ini seperti tudung biasa tidak mengeluarkan bau wangi walaupun di gosok sekuat hati. Jenis tudung juga sama tidak perlu gosok kerana tidak kedut. 



kredit mamadarwiish.com

Apa yang menarik tentang tudung iBawal?

  • Bidang tudung ni lebar, luas
  • Boleh digayakan dengan bermacam style
  • Mudah digayakan, tak mudah kemek
  • Tak perlu gosok lama², tak mudah renyuk
  • Kaler cantik² banyak pilihan
  • Jahitan kemas, cantik
  • Harga berpatutan
  • Jenis fabrik tak tebal, dan tak nipis
  • Jenis fabrik yang sejuk, tak panas
  • Design terkini dengan warna² menarik

Bagi yang berminat nak dapatkan koleksi lain iBawal, korang boleh tengok di laman web www.ibawal.com terdapat pelbagai design yang cantik dan mengikut trend terkini. Harga juga berpatutan, selain itu terdapat label yang comel di setiap tudung iBawal yang berwarna hitam. 

No comments

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.