Header Ads

Cara-Cara Untuk Berjimat Ketika Menghias Rumah Dan Mengimbau Kenangan Lalu

Cara-Cara Untuk Berjimat Ketika Menghias Rumah Dan Mengimbau Kenangan Lalu, bila nak bila hari raya je semua orang sibuk kemas rumah. Tetamu nak datang mestilah nak rumah kita sentiasa bersih dan kemaskan. Mengikut baget aku kalau ada rumah sendiri, eceh berangan sat na kalau nak rumah nampak lain dan menggunakan buget rendah. Korang kena ikut tip yang aku nak share ini.

TIP BAGET RENDAH HIAS RUMAH 
  • Wallpaper Rumah
Biasanya kalau orang dulu-dulu nak raya mesti ada yang cat rumah, perbezaan warna rumah setiap tahun membuatkan rumah kita nampak lain dan berseri ketika tetamu datang. Sekarang harga cat bukan murah kalau nak pilih yang berkualiti dan cat tak cepat tertanggal. Bila ada anak mula dorang tunjuk bakat di dinding segala lukisan ada dah jadi tak cantik dinding bila dah cat.

Korang haruslah untuk jimat di bulan puasa dan nak menjelang hari raya ini, Untuk mengukuhkan bukti tip baget rendah di hari haya aku ni berkesan korang boleh survey harga di pasaran yang sememangnya semakin naik. Untuk kelihatan lain rumah kita korang boleh pasang wallpaper di rumah tak perlu berpeluh-peluh cat rumah.

Pelbagai corak wallpaper rumah yang korang boleh pilih mengikut cita rasa dan tema rumah masing-masing. Lagi pun kalau pasang wallpaper lagi cepat siap dan rumah korang mesti nampak lain. Kesesuaian corak yang di pilih boleh membuatkan rumah lebih luas serta tenang bila tetamu datang tapi korang kena pandai pilih seller tiap orang beza harganya.

  • Kad Hari Raya
Letak kad raya di dinding atau tiang rumah boleh mengibau kenangan masa kecil, aku masih ingat lagi dulu suka kumpul kad raya. Lagi-lagi kad raya yang ada gambar carton-carton suka baca bualan carton tu ada yang kelakar ada yang sedih memang best sangat bila dapat kad. Berbeza dengan zaman sekarang semua orang hanya bagi whatsapp je sebagai ucapan tiada kenangan untuk di simpan pada masa akan datang.

Selain tu, korang koleh hias menggunakan sampul raya. nampak sikit kretif di situ kalau tak dapat kad boleh guna sampul raya. Best tau hias rumah nak sambut tetamu nak raya ni tak perlu duit yang banyak yang penting kita kretif menggunakan apa yang ada di dalam rumah untuk nampakkan sedikit kelainan di rumah kita.

  • Gubah Bunga
Bunga yang lama-lama dekat rumah tu korang boleh gubah sikit, buatlah bentuk lain pula campur sedikit bunga yang ada, kalau bunga tu warna merah korang campur la warna hijau barulah nampak lain. Bentuk bunga kalau sebelum ni bulat korang boleh tukar ke bentuk panjang. Jika tak tahu boleh je search di youtube cara-cara gubah bunga. Tak susah pun nak ubah bentuk ikut je step yang ada.


Korang rasa jimat tak kalau ikut tip hias rumah yang aku share ni? kalau rasa nak cuba boleh save baget dulu lepas tu korang boleh survey harga yang ada dekat instagram pun ada tak jumpa google je banyak corak dan cara-cara hias rumah agar nampak cantik dan kemas.

Selain tu kalau tak tau nak cari dekat mana, korang boleh ke laman web Lazada Riang Ria Raya di situ ada macam-macam barang dan wallpaper pun ada tau harga pun murah ya la nak raya mestilah ada diskaun bagi mereka shopping di Lazada. 



Okey, korang boleh tengok design yang ada, kalau nak tengok design yang lain boleh intai website LazadaSelamat mencuba tip jimat daripada saya.

No comments

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.