Header Ads

Operasi X Filem Terbaru 2018

Operasi X Filem Terbaru 2018, Filem Aksi polis terbaru iaitu operasi X, bakal di tayangkan tak lama lagi. Zira pun suka tengok cerita aksi ni nampak mencabar rasa debaran tu kadang lain macam. Nak tau sangat apa yang akan terjadi seterusnya.

Bila tengok trailer ni, kita boleh nampak bagaimana cara polis bekerja dan ia satu pekerjaan yang sukar kerana melibatkan nyawa demi menjaga keamanan negara. Kita juga boleh tengok strategi bagaimana polis jejak penjenayah yang di kehendaki.


Bunyi muzik trailer juga gempak, yang menunjukkan debaran aksi Operasi X tersebut. Penggunaan senjata juga seperti bom dan pistol juga nampak real, dengan penggunaan senjata api kita boleh tengok ia melibatkan operasi "antara hidup dan mati" ia adalah tagline Operasi X, tentu sedih jika ada anggota polis yang mati.

Nampak semua pelakon hebat-hebat, lagi-lagi ada Awie dalam operasi X the movie, Datuk Yusof Haslam juga terkenal dalam cerita berkaitan polis atau jenayah, yang pernah popular seperti Gerak Khas, boleh di katakan ramai pelakon lagend dalam movie aksi Operasi X.

Kita memang perlu buat filem lebih banyak berkaitan pakaian beruniform supaya ramai tahu tugas dan tanggungjawab tersebut bukan mudah. Mungkin ada keluarga yang tak faham tugas badan beruniform mungkin melalui filem ini ramai yang tahu kadang bila kita terangkan tugas polis atau askar macam ni mereka susah faham, lepas ni dengan tontonan filem tersebut kita sudah tidak perlu terangkan sebab mereka dapat rasai sendiri bagaimana menjaga negara yang pelbagai dugaan.


Sekarang teknologi semakin canggih, bukan saja polis menggunakan teknologi untuk membanteras penjenayah tapi penjenayah sekarang juga tidak kurang hebat menggunakan teknologi untuk melakukan jenayah. Itu juga antara perkara yang polis perlu hadapi bagaimana nak tangkap penjenayah serta teknik-teknik lain.

Adakah Operasi X Movie filem terbaik 2018 gabungan Awie dan Aaron dapat menyentuh hati penonton? Nak tahu okey ke tak, anda wajib tengok di pawagam yang akan di tayangkan pada 1 November 2018 serbu ramai-ramai pasti gempak. Antara pelakon dalam filem Operasi X ialah Dato Aaron Aziz, Dato Awie, Datuk Yusof Haslam, Nasir Bill Khan, Hairul Azreen, Hefny Saad, Gbab dan ramai lagi.

7 comments:

  1. tak tengok lagi..best ke tak tu..berapa bintang nak bagi hihi..kalau gandingan awie ngan aron mesti best ni ye

    ReplyDelete
  2. bila dah baca review filem ni, rasa macam nak pergi tengoklah.

    ReplyDelete
  3. Pelakon2 pun hebat2.. Nanti ada masa nak jugak lah p8 tengok..

    ReplyDelete
  4. dah lama tak tengok wayang..ramai dah tengok cerita ni ye..mesti best banyak aksi semua ni..aaron aziz pelakon feveret kita..hehe

    ReplyDelete
  5. Tak tengok lagi filem ni. Xtau lah bila free nak tengok. Banyak review kata bagus. So kena tengok jugak ni

    ReplyDelete
  6. Tahun ni macam banyak filem melayu yang best2. iday memang plan nak tengok movie ni sebab ada awie. hehehe

    ReplyDelete
  7. Wah! I read many good reviews about this movie, must watch la.

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.