Header Ads

Resepi Roti Puri Produk Dari Segi Fresh

Roti Puri Produk Dari Segi Fresh, Bila menjelang bulan puasa biasa orang perempuan tak tau nak masak apa. Sebenarnya benda simple macam kita masak tiap hari tapi bila bulan puasa nak juga ada kelainan makan untuk buka.

Carian pada bulan puasa di google dan youtube mula meningkat ranking, masing-masing cari resepi nak masak tak pun cari tempat berbuka puasa kat mana sedap dan murah. Bagi yang tengah cari resepi tu boleh try resepi zira juga untuk hidangan sampingan bulan puasa ni




Cara masak pun simple Roti puri ni juga di kenali Roti arab. Ini buat minum petang pun sedap sambil tengok television dengan keluarga. Ramai juga kata selalunya roti ni biasa orang makan waktu moreh lepas solat terawih. Beza orang Arab dengan Malaysia ni mereka bakar roti, orang Malaysia pula goreng tapi dua-dua tetap sedap. 



BAHAN-BAHAN ROTI ARAB/ROTI PURI
  • 1/2 kg tepung gandum
  • 1 paket yis
  • 2 sudu gula
  • 1/4 sudu teh garam
  • 2 sudu butter/marjerin
  • 2 sudu susu tepung (taknaknletak pun boleh)
  • 1 cawan minyak untuk goreng 
CARA-CARANYA :-
  • Campur tepung, gula, garam, susu tepung dan yis kemudian gaul hingga rata
  • Masukkan air suam sedikit demi sedikit sambil uli tepung 
  • Uli hingga adunan licin
  • Jika terlalu keras tambah sedikit air
  • Buat bulat-bulat adunan agak-agak besar bola ping pong dan biarkan hingga 15 minit atau 1/2 jam
  • Biarkan hingga ia nampak kembang
  • Gelek doh selepas 15 minit hingga 1/2 jam
  • Panaskan minyak dan anda boleh mula goreng 
  • Boleh mula hidang, ia sesuai di hidangkan bersama kari ayam, daging dan ikan tapi zira makan dengan sardin, sedap juga. 


BAHAN-BAHAN BANCUHAN AIR LAICI + BLACKCURRANT :-
  • 1 tin laici 
  • Pati blackcurrant 
  • Air masak 
  • Ais
Anda tak perlu tambah gula sebab dah rasa manis. Mudahkan buah air laici ni, sekejap je dsh siap. Nasib baik kakak tolong buat juadah buka puasa ni, kalau zira masak rasa tak sempat sebab zira singgah pejabat pos nak sampai rumah pun jem. Juadah buka puasa ni makan sikit pun dah kenyang walaupun orang tengok macam sikit. Okey, selamat mencuba

Maklumat lanjut tentang produk SegiFresh 
Fb : segifresh



1 comment:

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.