Header Ads

Buffet Ramadhan 2020 Di Laman kayangan Shah Alam

Buffet Ramadhan 2020 Di Laman kayangan Shah Alam, tahun ini rasa macam sekejap ke nak bulan puasa walaupun baru bulan mac tetapi lagi berapa bulan je lagi nak sambut Ramadhan. Umat islam di Malaysia pun tak sabar nak sambut Ramadhan tentu ada yang sudah buat persediaan. Tiap tahun Zira mesti akan datang di buffet Ramadhan di laman kayangan sebab makanan dia sedap dan harga juga berpatutan sesuai bagi mereka yang ingin buka puasa dengan buffet Ramadhan.

Preview kali ini mereka ada sediakan makanan yang sama seperti buffet Ramadhan akan datang nanti, di sini juga sesuai untuk buat majlis perkhawinan, majlis pelancaran produk, majlis hari jadi dan macam-macam lagi. Jika anda booking awal untuk bulan puasa 2020 akan dapat harga diskaun. Setiap tahun pihak Laman Kayangan akan membuat buffet Ramadhan jadi anda boleh buat tempahan awal untuk buka puasa. 



Kemudahan yang di sediakan di Laman Kayangan juga selesa kebiasaannya pada bulan puasa akan ada tambahan surau supaya umat islam mudah mengerjakan ibadah solat. Selain itu, tempat letak kereta juga di sediakan,ada juga Ghazzal musical yang membuatkan kita rasa tenang untuk nikmati hidangan buka puasa.




Setiap tahun tema untuk buffet Ramadhan berbeza-beza, kali ini untuk Buffet Ramadhan di Laman kayangan 2020 bertemakan ''Teste of Malaysia'' makanan yang di sediakan lebih kepada semua bangsa Malaysia. Semasa makan hidangan preview memang cita rasa rakyat Malaysia macam-macam ada seperti ABC, speghetti, nasi dagang, buah, laksa Johor, dan bermacam-macam jenis air. Masa nak pilih air rasa rambang mata, ada lebih 3 jenis air yang ada memang nampak colourfull.




Cuba anda tengok perbagai jenis air yang di hidangan dengan warna yang sangat menarik tentu tak sabarkan nak minum, lagi-lagi pada bulan puasa rasa dahaga sangat tengok air sejuk. Kredit Fadzi Razak


Bukan sahaja air yang berwarna warni nasi pun sama, sangat menarik warnanya.





Bagi yang ingin datang ke Shah Alam dan mencari hidangan Buffet Ramadhan pada bulan puasa anda boleh datang Laman Kayangan. berikut adalan alaman lengkap untuk datang ke Laman Kayangan.

ALAMAT:
Laman Kayangan Shah Alam
Dataran Karyawan,
Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor,
Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor.

HARGA BUFFET RAMADHAN 2020 LAMAN KAYANGAN SHAH ALAM

Jika anda berminat untuk berbuka puasa di Laman kayangan Shah Alam, Zira cadangkan anda buat bayaran sekarang sebab harga masih promosi sehingga 24/4/2020. Jika anda buat bayaran pada bulan puasa harga adalah normal. Anda boleh bandingkan harga promosi dan harga normal memang berbeza, jadi buatlah tempahan serta bayaran sekarang.

Harga Normal : Dewasa RM69.00 dan kanak-kanak (5-12 tahun) RM39.00
Harga Promosi : Dewasa RM59.00 dan Kanak-kanak (5-12 tahun) RM35.00

DETAIL BUFFET RAMADHAN 2020 LAMAN KAYANGAN SHAH ALAM

Sekiranya anda ingin buat tempahan, boleh contact terus kepada pihak pengurusan. Anda boleh contact di media sosial atau website Laman Kayangan.

Contact Number : 03-5885 9224 , 011-18784681, 019-2503090

1 comment:

  1. It's a great buffet. All the foods are delicious. Thanks for sharing this topic.

    Looking for food delivery in johor bahru?

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.