Header Ads

Biskut Beruang

Assalamualaikum 

Masa nak cari bahan rujukan tetiba ternampak satu blog ni macam sayang jer nak makan comei, ni dia biskut beruang. Resepinya senang jer di sebabkan kecomelan dia macam nak fremkan jer bear ni tapi tak berkulat ke? yang tu zira tak tau la sebab tak pernah frem makanankan. Okey jom tengok gambar biskut beruang yang comei ni.


Resepi:
  1.  Panaskan ketuhar ke suhu 160 darjah celcius
  2.  Adunkan 110g tepung, 20g kanji dan secubit garam
  3. Masukkan 40g sirap gula, 10g madu dan 30g minyak sayuran ke dalam mangkuk
  4.  Apabila adunan sebati, canai sehingga nipis
  5. Gunakan acuan berbentuk beruang
  6. Gunakan hujung lidi untuk membuat muka.
  7. Letakkan badam di tengah-tengah 'badan' beruang dan kepitkan kedua-dua tangan beruang 'memeluk' badam.
  8. Bakar selama 10-15 minit.
yang penting korang guna acuan bentuk beruang, kalau guna acuan bentuk ayam jadilah biskut ayam, emmmm sedap jugak biskut ayam huhu. wahhh, belum rasa pun dah tau sedap tinggi sungguh imeginasi aku ni. :P

Selamat mencuba buat biskut beruang yang comel tu, kalau dah siap nak rasa boleh? sambil taip entri pepagi buta ni sambil dengar zikir kalau korang buat biskut ni jap lagi mesti sedap.

2 comments:

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.