Header Ads

domain percuma untuk semua

Assalamualaikum 

Bab-bab benda percuma ni mesti kena tau dan aku harus tau sebab susah nak dapat benda camni lagi-lagi bila peluang depan mata, sluppp laju je tangan ni klik link amanz.my. Domain percuma iaitu Dot ML, Dot ML ni baru dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Kalau domain yang berbayar ni kekadang kita pikiaq dua ke tiga kali nak ke tak? yang tak tau apa fungsi domain tu mesti rasa ragu-ragu nak amik jadi ini peluang korang untuk mencuba domain percuma sekali lagi ya percuma!! mesti korang tak percayakan apatah lagi aku sendiri pun sukar untuk percaya tetapi ini adalah realiti dan bila baca banyak kali sampai tekak ni nak kering baru percaya.

Ia menawarkan kepada semua tak kira bangsa dan agama, yang perting takde caj dikenakan dan tiada caj tersempunyi bunyinya menarik bukan? aku rasa nak buat satu lagi blog untuk domain Dot ML tapi pikir balik blog ni pun aku terkial-kial nak update berangan nak satu lagi blog, sian korang kena baca entry yang lama dan berdebu ni jadi aku simpan hasrat tu dulu dan kongsi dengan korang yang berhajat nak wat domain nampak la blogger profesional cikit ada perkataan Dot-Dot dekat  URL blog.

Ini bukan apam pokaldot atau baju bercorak pokaldot tapi ia untuk mengubah URL blog yang hujungnya .ML walaupun negara lain dah lama wujud domain .ML ni tapi kita kena bangga .ML ni macam singkatan MALAYSIA wah, rasa bangga kejap dengan Malaysia walaupun negara lain dah menggunakan dahulu.

Yang berminat boleh Daftar DOT ML ni segera 




No comments

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.