Header Ads

jumpa doktor di MPH

Assalamualaikum  

Baru baca tajuk entry mesti korang dah pelikkan sambil kerut-kerut dahi, awat aku jumpa doktor kat MPH bukannya dekat hospital. Korang ingat lagi entry ini tak? sebelum aku gerak ke event tu, saja baca entry kakpatin , aku salah seorang pembaca setia blog beliau. Sementara tunggu masa berlalu, terbaca post yang kakpatin berada di MHP. Memang dah lama nak jumpa doktor sorang ni, humble je orangnya, asik baca blog je tingin juga nak jumpa empunya blogkan. 

Selain itu, korang mesti tertanya-tanya buat apa la doktor kat MPH, takkan bedah orang kot. Sebenarnya penulisan yang di tulis oleh para doktor telah jadi best selling iaitu Diagnosis 2 dan mereka menang ANUGERAH BEST OF MPH TOP 3 BUKU MELAYU NON FIKSYEN TERBAIK 2015 bersama 6 doktor yang lain, tahniah ya kepada semua yang terlibat.

inilah doktor Fatin Liyana dan Doktor Anwar Fazal, baby Ajda sedang di buai mimpi. zzZZZ "tidur tanpa hiraukan orang keliling"

disebabkan penulisan tersebut menjadi top selling, MPH telah melantik para doktor menjadi duta membaca sambil beramal. Cara ini mudah kita dapat pahala secara tak sedar beli buku dapat pahala. Siapa yang suka beramal sama ada di bulan puasa atau pun bukan kena beli buku yang di khaskan oleh MPH, bukan sahaja Diagnosis 2 je banyak buku lain boleh pilih tapi tak semua. Pelantikan mereka adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang SDH. 



SDH bermaksud syima dan hasyim. huhu, yang tu tipu macam tajuk budak-budak sekolah tengah bercinta tapi maksud sebenarnya ialah SEKOLAH DALAM HOSPITAL. SDH ini penting kerana kalau ada budak yang tak dapat hadir ke sekolah akibat kemalangan dalam jangka masa yang panjang, lepastu ada peperiksaan penting macam UPSR atau PT3 jadi inilah pentingnya SDH. 


Cuba kita pikir mereka yang perlu duduk hospital dalam jangka yang lama, tak kan nak ulang alik pergi sekolah lepaih tu pergi hospital semula. Takut dalam perjalanan tetiba dorang sakit dan perlu rawatan segera masa tu pulak jarak hospital dengan sekolah jauh, kan dah susah nak panggil ambulan "nino ninoooo"  dah ambil masa yang lama tu belum lagi jalan jem. Jadi, inilah kepentingan SDH mereka boleh belajar dengan happy dan kalau tetiba sakit doktor boleh bergegas jumpa dengan pesakit tanpa perlu tunggu masa yang lama untuk rawat tapi tak banyak hospital ada SDH kerana mereka masih kekurangan tenaga pengajar dan gadget untuk membantu dari segi pembelajaran. 

Cara untuk membantu mereka adalah;


1. Pergi MPH 
2. Beli KAD MUTIARA KATA yang berharga RM10
3. Beli buku yang tersenarai dalam list RAKAN MPH MUTIARA KATA dan enjoy diskaun sebanyak 15%
4. Baca sambil beramal dan niatkan di hati untuk bantu mereka yang memerlukan

Kalau korang nak tau buku apa yang tersenarai untuk SDH boleh pergi ke MPH dan tengok sendiri senarai yang ada. Memang banyak sangat sampai tak tau nak beli yang mana satu. Semoga dapat pahala berlipat kali ganda. 

2 comments:

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.