Header Ads

Matic dan Peaaceyallfm bekerjasama melancarkan program Culture Blitzz

Assalamualaikum


Program Culture Blitzz telah mengetengahkan kesenian dan kebudayaan Malaysia di destinasi tumpuan para Pelancong atas kerjasama Matic dan Peaceyallfm. Kalau korang nak tahu program ini unik sangat sebab program ini berbeza ia memberi pendedahan kebudayaan dan warisan seperti makanan tradiri bubur lambuk dan tarian tradisional. 

Masa aku sampai matic, para chef tengah tahan kereta bagai polis trafic dan menyebabkan jem seketika. Eh, depa tahan bukan nak ajar masak tapi nak beri bubur lambuk yang di masak dengan penuh kesabaran di bulan yang mulia ini dan dengan penuh kasih sayang. Jadi berhati-hatilah kepada mereka yang telah menerima bubur lambuk tersebut pasti balik rumah teringat-ingat masakan chef di Matic. Selain beri bubur lambuk di tepi jalan para artis telah menaiki KL HOP ON HOP OFF yang merupakan bas duble dacker yang menjadi daya tarikan pelancong. Bila korang naik boleh fefeling macam kat korea selalu bila tengok cerita korea cuma dapat berangan je bila mengalaminya sendiri pasti seronok tapi di sebabkan aku terlepas masa bila dorang akan ronda-ronda KL rasa rugi sangat tak dapat alaminya sendiri. Patutlah ada yang tegur kenapa tak naik bas? masa tu aku blurrr seketika aku cakap datang naik LRT bukan bas. hahaha "malu diri sendiri" orang tanya lain aku jawab lain. 

kredit mama darwiish

Bas tersebut ronda sekitar KL Tower, Jalan Bukit bintang, dan KLCC bagi mengedarkan bubur lambuk kemudian ke Matic semula. Kerjasama yang sangat bagus apabila matic serta radio matic.fm bersama PeaceYallFm menyemarakkan kesedaran kepada masyarakat mengenai industry pelancongan dan kebudayaan Malaysia.

Program yang bakal berlangsung mulai Julai 2016 ialah:
  1. Persembahan Tarian Kebudayaan (setiap hari kecuali Ahad dan cuti umum dari 3 hingga 4 petang)
  2. Teater Mak Yong 19-20 ogos 2016
  3. Persembahan tarian klasik India 26-27 September 2016
  4. Orkestra Tradisional Malaysia 2-3 September 2016
  5. Puteri Lindungan Bulan 14-15 Oktober 2016
  6. Ambang Tahun Baru Matic 31 Disember 2016
Masa program tersebut dorang ada juga buat persembahan, yang aku ingat lagunya "jari-jari" begitu cetek daya ingatan aku. Bukan main semangat dorang menari goyang sana gotang sini sampai penonton pun ikut menari aura penari memang dasyat nasib baik aku masih boleh tepis aura tersebut kalau tak aku pun terikut menari juga.


Siapa yang belum tahu tentang peaceyallfm ia adalah Radio Online bervisual berkonsepkan Radio Interaktif yang dimiliki sepenuhnya oleh Dato' Ac Mizal atau di kenali sebagai Mr Versatile yang merupakan usahawan berjaya, pelakon, penyanyi pelawak dan pengacara serta bekas penyampaian radio popular. Datin Emylia Rosnaida merupakan 'vice president' Peace Yall Fm dalam bidang peragaan, lakonan dan merupakan seorang usahawan berjaya. Peace yall di terajui oleh En Rashidi ishak sebagai ketua pegawai Eksekutif yang professional dalam bidang peragaan, lakonan dan muzik.

PeaceYallfm bersiaran selama 24jam sehari. Korang boleh muat turun aplikasi di "app store" bagi pengguna iOs atau "Google Play Store" untuk pengguna peranti Android. Selain tu, kalau korang nak dengar Peaceyallfm boleh layari www.peaceyallfm.com  menerusi komputer atau pelayar mudah alih. 


Sedih tengok gambar ni, bukan senang nak bergambar dengan dato' AC cahaya aidilfitri telah menyinari Dato' jadi gambar pun kurang jelas dan tak cantik.


Syuk dari kumpulan balas, SYJ dan dotdot aku tak ingat apa nama kumpulannya yang ketiga. wah, makin parah ingatan aku sekarang ni. Kumpulan mana korang ingat beliau? 


Terima kasih kak Anna telah jemput ke program yang super awesome ni. Memang sangat berbeza dengan program yang aku hadir sebelum  ni. Masa berlalu begitu cepat dan santai je tidak terlalu formal walaupun ramai juga para artis yang hadir seperti Arja Lee, Datin Emilia, Wan Raja Lawak, Pemenang Dangdut Star, Zahid, encik mimpi, Syuk, wani carrie dan ramai lagi.


Tak sangka jumpa encik mimpi dekat program Culture Blitzz ni. Terkejut juga la nampak pak bertopeng ni datang, biasa jumpa dekat karvinal yang open kepada orang ramai bila jumpa kat matic dan ia khas untuk tetamu jemputan dua-dua terkejut. Nasib baik takde sakit jantung. 

program ini secara tak langsung dapat mempromosikan pusat pelancongan Malaysia (MATIC) sebagai salah satu ikon dan pusat informasi pelancongan dan kebudayaan negara. Objektif peaceyall pula bertujuan menyuntik minat Generasi Y merasai inovasi teknologi masa kini yang menjadi perantis radio interaktif bervisual dwibahasa pertama di Asia Timur Selatan. Sesiapa yang download App Store peaceyallfm semasa program ini dilancarkan satu dunia boleh tengok kitorang. Nasib akulah dan jangan terkejut kalau korang ternampak aku tengah masa dengan rakusnya tanpa menghiraukan camera yang ada di sekeliling.

2 comments:

  1. Assalam... event yg menarik dan meriah. Dari ptg smpi ke malam tu dan yg dtg pun hebat2 semua. Nice sharing... :)

    ReplyDelete
  2. bagusnyaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.