Header Ads

innergie pengecas 3 USB

Assalamualaikum 

sebelum mula membebel, aku nak ucap selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua tak kira muslim atau bukan. Alhamdulillah, rezki di akhir ramadhan dapat INNERGIE iaitu produk terbaik yang bakal berlegar-legar di pasaran tak lama lagi. Bayangkanlah, produk yang orang jarang tengok dan gambar pun tak menjelaskan secara terperinci apa kegunaannya siap ada yang cakap macam earphone, tenaga solar serta benda yang tengok dari jauh macam berudu. Siapa yang tak tahu berudu, meh aku bagi tau... ala, binatang yang lompat-lompat tu sebelum jadi katak "ong gedek-gedek" . lawak hambar huhuhu.

Kalau sekadar tengok jer memang tak puas, mesti kita nak tahu apa kegunaannya dan kenapa bentuknya sebegitu rupa. Bila dah dapat, amboi bukan main berat lagi kotak ni bentuk berudu pun berat ke? tapi gambarnya nampak menarik. 

bila dah buka kotak, tadaaa... bukan main puas hati, seronok la raya dapat innergie lifehub pengecas 3 USB yang menjimatkan plug, korang tak payah bawak extension ke hulu ke hilir lepas ni kalau nak charge phone atau powerbank. Bila ramai adik beradik macam aku ni, semua orang nak guna charger untuk charge phone, zaman sekarang smart phone walaupun pakai sekejap, bateri cepat habis nak upload gambar pun susah lepas tu bila nak charge phone, semua orang tengah guna plug, kadang-kadang baru sesaat pergi dapur, tengok phone adik tukar phone belum sempat penuh bateri phone aku. Kekadang aku mula naik angin, walaupun USB dan charger itu dia punya.... emosi lebih dan tak sedar diri namanya. hehehe

Seronok raya kali ni, tak payah bergaduh lagi berebut plug atau charger nak charge phone, sebab dah ada INNERGIE tiga dalam satu. Satu plug boleh charge 3 phone dalam satu masa. wahhh, syokkan macam ni, charge sama-sama makin erat lagi silaturrahim sesama adik beradik di hari raya ni. Siapa ada pengalaman berebut charger dengan adik beradik?? korang kena dapatkan INNERGIE secepat mungkin tak seronok la raya-raya semua orang bermasam muka, takut air yang manis pun jadi masam kerana berebut charger. 


Bila tengok gambar ni korang suka yang mana satu? belah kiri ke belah kanan? 

Sesuai juga untuk travel, kalau travel berduet dengan suami boleh kongsi plug guna INNERGIE nampak sweet gituuu. Biasa kat hotel tak banyak plug, pakai innergie semuanya mudah tak payah lagi tunggu giliran nak charge phone. Yang nak dapatkan pengecas innergie tunggu ia merada di pasaran ya.

info lanjut 
laman web : Innergie 

4 comments:

  1. bila keluar kat pasaran ni? cam best je.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. insha'allah launchingnya 20 julai ni (^_^)

      Delete
  2. Berbaloi kalau bawa ini pergi travel.

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.