Header Ads

zack kapcai filem komedi baru

Assalamualaikum  

ada satu cerita yang korang kena tengok ia dekat dengan masyarakat seperti elemen persahabatan, kekeluargaan, kasih sayang dan percintaan yang sedang di tayangkan pada 14 Julai 2016, korang kena kunci tarikh untuk tonton. kalau semua dah kunci boleh tengok reramai. Sebuah filen komedi yang membariskan pelawak terkenal dan korang akan gelak sampai sakit perut.




barisan pelakon yang membintangi filem zack kapcaai ialah Fad Bocey, Syuk SYJ, Julia marin dan Rahim R2



Zack Kapcai : Movie Day Out Bersama Bloggers


kalau korang minat dengan motor atau tengah stress inilah ubatnya, boleh hilangkan stress bila gelak, lipa sementara stress yang ada. Selain itu, Epy Kodiang, Shahfiez yang terkenal sebagai "stun man" dalam dunia permotoran dan juga Serina Redzuawan kini membuatkan "comeback" di dalam dunia lakonan.

Filem komedi memang aku selalu tangok, orang banyak masalah katakan kena hilangkan stress sekejap kalau tak sakit kepala wooo, kalau asik pikir je. Semakin membesar semakin banyak dan besar dugaan yang mendatang jadi bila aku tengok movie Zack kapcai dengan para blogger lepastu jumpa pulak blogger yang sekepala dengan aku memang lupalah segala masalah yang ada lepaih tu tengok pula movie komedi gelak terbahak-bahak la cuma belum ke tahap keluar anak tekak je. Kalau keluar ini kes berat, risau ada yang sakit tekak lepas tengok filem Zack kapcai.

Untuk pengetahuan korang antara filem yang bakal muncul pada masa akan datang ialah Volkwagen Kuning (22 september), Dorm Melati dan Hospital. Eh, ada pulak mana kakak aku kembang kuncup la nanti bila ada nama dia. Sikit-sikit melati, Lagu nama melati, taman nama melati, nama tempat melati, bunga pun melati. Tak jadi pelakon, nama pun dah femes amos apatah lagi kalau dia belakon. 




Apesallah aku senget, takut kena langgar motor kot. Eh, zack ( fad bocey) bawak motor jangan laju-laju na. aku masih sayangkan nyawa dan tak mahu duduk hospital, bosan tau duduk situ. Inilah seketul iuzira yang dah senget. "Dahlah berdiri senget makin senget pulak tu, yang pergi marah bannar apasal?" 


Sinopsis Filem Zack Kapcai

Sebuah filem yang menunjukkan seorang remaja gemar berlumba motor iaitu zack (fad bocey), minat Zack terhadap motor sukar untuk dihalang tetapi ditentang keras oleh ibunya Minah (Serina Redzuawan). Ini kerana suami Minah seorang raja kapcai ketika dahulu dan darah raja Kapcai mengalir ke dalam badan zack, kerana geralan Raja kapcai hubungan Minah dan Rudy berakhir

Selepas memenangi Qistina "buah hati Roy" yang selalu bersama Roy kini ia di rampas oleh Zack. Qistina adalah motosikal kesayangan milik Roy. Zack dan Roy dulunya kawan baik kini hubungan mereka bertukar kepada musuh. Minah yang tidak mahu zack ikut perangai ayahnya terus memarahi zack dengan teruk sehingga insaf dan berjanji tidak akan  berlumba dan merempit lagi. Apabila zack menjumpai poster lama Rudy (rahin sepahtu) dia nekad untuk menjejaki ayah dan adik kandungnya yang telah lama terpisah.


Apabila hendak ke luar berjalan Roy akan menaiki Qistina tetapi ia sudah di rampas oleh Zack. Sehingga Roy sudah gila bayang merindui Qistina. Untuk dapatkan semula Qistina, Roy nekad mencuri motosikal tersebut daripada Zack. Apabila hendak mencari ayah dan adiknya Zack sangat kecewa kerana Qistina sudah hilang dan dia tidak tahu bagaimana hendak cari ayah dan adiknya tanpa kenderaan. 

Minah memberi semangat kepada Zack dan terus mengeluarkan motosikal lagenda Raja Kapcai yang selama ini disorokkannya. Di pertengahan perjalanan, Roy dan Zack bertembung, zack terjumpa sekeping gambar lama semasa mereka bergambar dan menjadi sahabat baik. Mereka mengenang kembali kenangan lalu dan terus menjadi sahabat baik semula. Nak tahu adakah Zack dapat mencari ayah dan adik kandungnya yang telah lama terpisah ataupun Zack putus asa tujuannya ke Kuala Lumpur dan pulang ke kampung. Adakah kehidupan Rudy dan Tasha (Julia Marin) menjadi kaya selepas berpisah dengan Minah atau sebaliknya. saksikan Zack kapcai yang sedang di tayangkan sekarang.



Okey, yang tadi senget yang ni pulak teleng. hahaha, aku tak paham kenapa kena bergambar sebegitu rupa. Mungkin taglin atau masing-masing dah penat. 


kesimpulannya, filem Zack Kapcai sangat berbeza walaupun ia mengisahkan kisah mat rempit tetapi ia lebih kepada kekeluargaan dan sahabat. Filem wajib di tonton, mesti tengok. 




Yang tak sabar nak tengok kat wayang, meh tengok trailer dulu. Cantik motor kapcai, suka sangat tengok motor lagend tu. Disebabkan ia warna oren makin aku suka terhadap motor kapcai milik Rudy ni 


4 comments:

  1. hooo, ini cerita kita mesti tengok, hoooo, motor racing, dan jugak FAD BOCEY !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. racingnya kejap je, tapi ceritanya best

      Delete
  2. Sekejab senget sekejab tegak meniang... Alignment lari ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, tak betulkan lagi alignment tu yang senget

      Delete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.